Menu mudah untuk anak-anak : cucur nasi ikan bilis

assalamualaikum..
nampak tak di bloglist ~dapur mereka~
ada blog encik Mat Gebu kan?
selalu jugak skodeng menu-menu dia..
dan semalam teringin nak cuba menu yang dia buat..memandangkan barang-barang semua ada..
Cucur nasi ikan bilis..
apa yang bezanya dengan cucur biasa adalah ada NASI..
dan of kos la rasanya lebih sedap dari cucur biasa..
biasala bila ada extra bahan,rasa nya adalah ekstra juga..


BAHAN-BAHANNYA :-)


2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

*ini adalah kuantiti bahan asal..tapi saya main agak-agak saja..ala..cucur je pun kan..bukan nak buat banyak sangat pon..

CARA MEMBUATNYA :-)

-saya buat laju-laju pas balik keja sebab nak kena p amik MIL..so, takde la snap gambar step by step..orang yang dah terer..setakat buat cucur ni mesti pejam mate pon boleh..huhuhu..so, maaf tiada banyak gambar ye..

Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.

Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.

Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.




Nampak macam cucur biasa saje kan?tapi silalah cuba buat..pasti anak-anak suka..rangup diluar,lembut didalam..dan seperti biasa..licin..kakak saje makan berapa ketul..


selamat mencuba!!

sumber disini : MAT GEBU



2 tukang conteng sambilan:

Melati Qistyna's Mummy said...

ehehe, br smlm akk tgk kt blog CMG... cm nk terai je, tp lom try g, huhuhu

bella mike said...

nak buat cekodok laarr ptg ni..terliurr...;p

JOM SHOPPING!!