Ummi;s talk: Mencari susu formula terbaik untuk anak?

assalamualaikum..

sehari dua tak update blog rasa tak berseri je blog ni..
hehehe..
lalu hari ni nak bercakap sikit tentang topik SUSU FORMULA TERBAIK..
memandangkan hari ni baru saja membeli 6 peket Dumex Dugro..
baru lepas payday dan C-mart plak ada buat sales..harusla borong..
sila bijak berbelanja (^__^)

ok..kembali kepada topik..
selalunya ibu-ibu (terutama ibu baru) kalut memikirkan susu formula terbaik yg boleh diberi kepada anak tersayang selepas anak-anak berhenti BF.
saya dan suami juga begitu dulu..
ibu bapa zaman moden kan..klik..klik saja dapatla info..

cuba anda google..dan tolong bagitau sekiranya terjumpa mana-mana info dari pengeluar susu yang berani declare FM mereka terbaik?terbaik dari segi marketing,mungkin..tapi terbaik dari segi khasiat?
jawapannya..tiada susu yang mampu menggantikan khasiat susu ibu..

ada golongan ibu yang sangat percaya pada kandungan DHA yg terkandung dlm susu formula tertentu (rasanya semua  fm ada DHA). DHA secara bahasa mudahnya mempengaruhi perkembangan minda anak-anak..dan semua ibu bapa mahukan anak-anak yang cerdik pandai..kalau minum susu ada DHA boleh jadi orang bijak pandai alangkah indahnya..
Penambahan AA, DHA, Spingomielin pada susu formula sebenarnya tidak merupakan pertimbangan utama pemilihan susu yang terbaik. Penambahan zat yang diharap berpengaruh terhadap kecerdasan anak memang masih sangat kontroversial. Banyak penelitian masih bertolakbelakang untuk menyikapi pendapat tersebut. Beberapa penelitian menunjukkan pemberian AA dan DHD pada penderita prematur tampak lebih bermanfaat. Sedangkan pemberian pada bayi cukup bulan (bukan prematur) tidak menunjukkan perbedaan yang bermakna mempengaruhi kecerdasan. Sehingga ESPGAN, British Nutrition Foundation, dan WHO/FAO hanya merekomendasikan pemberian AA dan DHA hanya pada bayi prematur saja.
Sumber : sini

Di negara pengeluar susu formula sendiri, susu formula tak dijual secara meluas macam di negara kita. Di negara itu sendiri, mereka tidak boleh mengiklankan susu formula secara KETERLALUAN seperti di negara kita. Di sana, kebanyakan ibu memberikan susu badan. Bukan seperti di negara kita ~ Suhaili
Sumber: sini

Rezeki kakak ina dengan susu umi hanya hingga berumur 8bulan..lepas tu dia sendiri nak stop..mungkin instinct seorang kakak..tau sudah ada adik dalam perut uminya..

Kakak ina dulu, masa nak stop BF sebab umi preg zikry, macam2 susu yg kami cuba..bukan kerana mau mencari susu terbaik, tapi mencari susu yang sesuai..senarai susu yang pernah kakak ina cuba di sini
boleh baca kisahnya disana tentang masalah kak ina dengan susu formula.. zikry pulak  baru saja berhenti menyusu badan sepenuhnya.

sekarang dua-dua anak kami minum Dumex..sebab?cuba Dumex buat pertama kali, dan diaorang ok, tiada masalah..teruskan saja..kalau percubaan pertma dengan Dutch lady..mungkin sekarang dengan Dutch  Lady..kalau anmum, mungkin dengan anmum..begitulah jika dengan brand apa pun..

Ada seorang kakak ni kata "anak akak dulu minum Lactogen je..ni dah hafal 5 juzuk..toksah membazir sangat la dengan susu tu..p invest untuk benda lain yang lebih berfaedah dan bg manfaat kat anak-anak"
terkesima di situ..fikir-fikirkan bersama (^__^)






psssttt: ini semua pandangan peribadi umi semata-mata..berkongsi rasa seorang ibu

9 tukang conteng sambilan:

@ MaMa ALyA @ said...

lama tak comment kat sini...hehe... mmg tiada yg terbaik selain susu ibukan kak.. kak long yaya pun dah minum FM...tapi sampai sekarang jugak dia menyusu badan..huhu...mamanyer x tahu cemana nk stopkan.... ni dah naik sakit2 pinggang dok breastfeed yaya dengan perut yg membesar nie.. huhu... kakak ina stop BF cemana yer??

UMMI YL said...

alhamdulillah, saya tak punya apa2 komplikasi masa saya tekad untuk susukan Umar bila saya mengandung lagi semasa Umar baru 8 bulan. Kemudian teruskan tandem nursing hinggalah Umar 2 tahun. Sekarang Ammar pula sudah 1 tahun 4 bulan. kiranya ,saya tidak menyusukan anak masa nak bersalin tu je selama 3 hari..orng kata nanti baby dalam perut tak cukup zat, tapi Ammar lahir seberat 3.85kg.hihi
Tapi untuk orang lain kena tengok kondisi badan untuk menyusu semasa mengandung.

pasal susu formula saya pilih Biomil. buatan malaysia dan produk islam. sebab saya pilih biomil juga saya khuatir lambakan susu yang offer peningkatan itu ini tu cuma market dan peningkatan berlebihan boleh beri effect buruk pada anak. mula2 risau sangat nak beri FM pada anak. dah macam2 cuba. mula beri susu mahal, kemudian sederhana, last2 dengan kesedaran ustaz kazim saya cuba cari susu yang dihasilkan oleh org islam sebab seperti yang saya pernah tulis di link ni..http://rulza.blogspot.com/2011/06/tak-rasa-ke-nak-makan-pun-takut.html..

harap2 oklah pilihan biomil tu..:)

w|cKa` said...

saya pulak pilih karihome sbb org kata susu kedua terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing. susu kambing juga adalah kegemaran nabi kita. skang ni iman cuma minum fm bila xcukup ebm yg saya bekal ja.

Melati Qistyna's Mummy said...

Anak akak kale xde eczema, akak cr je susu lactogen, tp Dia ni alah, nak kena cr soya base yg x wape byk pilihan Dan mahal....huhuhu

Anonymous said...

sy pon preggy..ank br setaun..ebm tggl 6botol je kot..smlm bli biomil..sma gk ngn alasan rulza.sbb nk cr buatan org islam..susu kmbing pon ade trpikir..tp xtau nk cr ktne..

sWeeTmiMiEe iN tHe BloG said...

saya nk pendapat ibu2 d cini blh?

sWeeTmiMiEe iN tHe BloG said...

saya nk pendapat ibu2 d cini blh?

Unknown said...

tgah servay, then jumpa produk nestle kan produk yahudi...dumex,dutch lady pun sama.termasuk milo....nestum...search lebih detail..

Mar Mansor said...

as salam..salam perkenalan..
tp iklan di tv xde pulak sentuh utk baby bwh 2 tahun...susu untuk kanak2 ada la..kan bagus iklan macam tu..
& kita juga dikurniakan akal utk memilih bukan saja dr segi kebaikan y ada dlm susu & dari segi kewangan kita sndri..

JOM SHOPPING!!