-supper-

assalamualaikum..
berjaya juga mengupdate di tgh malam..

ni entry panas dr oven ye..
baru saje supper dengan encik zahir..
menunye adalah Pizza..HomEmade tau...
hasil tangan encik zahir..

ini rupa sebelum dibakar..

sebelum masak bulat..selepas masak bujur..heheh..
kenape??
sebab ni adalah kepingan yang kedua..
kepingan pertama gambarnye TERdelete.....ceshhh

buat sendiri jek..
rasenye sebijik cam pizza hut..
tak percaya sila la try..



encik zahir kate esok nak buat lagi..
yeyeyy!!
silala buat lagi..

maka konklusinya disini..bertambah lagila kalori dalam badan nihh..





opppss..lupe..
dibawah ni resepinye ye..
tak taula encik zahir cilok kat mane..
tau2 dah ade dlm doc resepi.






PIZZA

Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi

15 g butter

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim

1 sudu kecil garam

180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam

1 sudu kecil yist segera

Bahan-bahan topping :


Sosej
SotongSos Pizza
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.

2. Larutkan gula dan garam di dalam air.

3. Cairkan butter.

4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.

5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.

6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.

7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.

8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.

9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.

10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.

11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.

12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.

13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.

Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :

Sos Pizza

1 labu bawang besar } di cincang

2 ulas bawang putih } dicincang halus

2 sudu besar minyak

2 biji buah tomato } dicincang

3 sudu besar tomato puri

2 sudu besar sos tomato

3/4 sudu kecil gula

1 sudu kecil oregano

garam secukup rasa



Cara membuat sos:

Panaskan minyak.

Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu

Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam

Kacau sehingga pekat















10 tukang conteng sambilan:

Unknown said...

yummiee :)

nad orient said...

bestnyer akak..teringin nk buat:)

rynas said...

kagumnya pandai masak pizza

Ummi said...

@Ieda Al-Habsyi
ieda..buatla..ida buat lg sedap kot ehh??

Ummi said...

@nad orientbuat..buat..nanti bolehla bukak bisnes pizza melysia kat sane..hehehe

Ummi said...

@rynas rynas..ade resepi bolehla buat..kalau takde tak mau jadik jugak..hiii

ZuRaNaI said...

sedapp..da copy recipe..hiii..mekasih kak ekin.. =))

Ummi said...

@ZuRaNaIwaahhh..bagusss!!pantas sungguh ye!!

ez@din said...

kak ikin,za ada gak pnh try wat pizza awal bln ri tu..tp doh dia x baper masak la...tebal sgt kot..mak ckp butter terlebih..last2 mkn tppping jer...hahahaha...

Anonymous said...

wah bahagia nyer.huuuu

JOM SHOPPING!!