PERSOALAN AGAMA KERJA KAPAL
Soalan:
Terlebih dahulu sy ingin mengucapkan ribuan terima ksh pd ustaz mjwb bbrapa soalan sy...sy br dapat kerja dan bkal mnjlnkn tgjwb tdk lama lg...sy bekerja sbg pelayar dgn company misc..sy akan belayar ke seluruh dunia lbh krng 6-8bulan...mslhnye skrg cam ner sy nak menunaikan solat,adakah sy boleh uat jamak selama 6 bulan tu?jumaat pun tak dpt dilakukan di atas kapal,(dr maklumat kwn2 yg dah blyr).sy risau krn hal ni...
2.sy bkal mendirikan rumahtangga dan sudah pasti akan tinggalkan isteri mlebihi 3 bulan..mcm mane hukamnye ustaz...
sekian terima kasih.....
--------------------------------------------------------------
Jawapan:
wa alaikumsalam
Dalam masalah tuan ini sebaiknya beramal dengan pendapat yang lebih cermat yaitu tidak melakukan jamak atau qasar selama berada diatas kapal tersebut kerana kapal tersebut dikira sebagai tempat tinggal tuan.
Ada pun solat jumaat maka tidak sah di lakukan di atas kapal. Oleh itu tuan tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat selagi belum sampai di daratan bermakna tidak berdosa meninggalkan jumaat dan wajib melakukan solat zuhur pada hari jumaat selama berada di atas kapal.
Masalah meninggalkan isteri lebih dari 3 bulan tidak menjadi masalah selagi di persetujui oleh isteri tuan kerana apabila isteri menggugurkan haknya maka tidak mengapa meninggalkannya dalam masa yang lama. Taklid hanya berlaku jika isteri mengadu kepada qadhi bahawa suami meninggalkannya tanpa sebarang alasan yang munasabah.
wallahua'lam
DIPETIK DARI : http://akademilautmalaysia.blogspot.com/2009/10/persoalan-agama-kerja-kapal.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 tukang conteng sambilan:
wajib diketahui oleh pelayar2 dan juga isteri2 seaman...pndapat nih sama dgn pndpt yg pnh za dgr seblm nih
sebab tu saje masuk dlm blog..utk info kite sesame :)
Post a Comment