..tips mendapatkan anak/bayi yang mudah dijaga..

assalamualaikum..

..tips mendapatkan anak/bayi yang mudah dijaga..
saya gugel ni..
insyaAllah pabila anak kami yang ke tiga ini lahir nanti..saya masih belum habis kelas di UUM..
ada 3 sem lagi..makanya, saya perlu mengharungi lagi 2 semester (1 sem lg ketika mengandung) dengan 3 anak yang kecik-kecik..

hanya mampu berdoa supaya anak-anak nanti semua sihat dan baik-baik belaka..
dan ini antara artikel yang saya jumpa..


Seorang sahabat saya memberi petua,




“Untuk mendapatkan anak yang mudah dijaga, bacalah al-Quran 30 juzuk sepanjang tempoh kehamilan. Niatkan khatam untuk bayi dalam kandungan”.
Sahabat itu bercerita pengalamannya,

“Seseorang memberikan petua ini semasa saya hamil anak pertama namun saya tidak pernah amalkan. Saya masih membaca al-Quran namun tidak pernah khatam.

Ketika hamil anak ke 4, saya mula membaca al-Quran untuk janin dalam kandungan. Alhamdulillah, saya dapat khatam 30 juzuk sepanjang tempoh hamil 9 bulan. Bacaan-bacaan itu saya niatkan untuk bayi dalam kandungan.

Setelah ia dilahirkan, saya dapati bayi yang dibacakan al-Quran 30 juzuk lebih mudah dijaga berbanding 3 anak terdahulu.

Semasa bayi, dia tidak banyak meragam. Meskipun begitu, kita tetap harus bersedia melayani kerenah biasa seorang bayi yang merengek ketika mengantuk, lapar atau napkinnya basah.

Saya rasa sungguh berbeza mengasuh bayi yang dikhatamkan al-Quran dan yang tidak dikhatamkan”.

Saya tidak bertangguh untuk mengamalkan pesanan sahabat tersebut. Sejak hamil anak sulung, saya berusaha membaca al-Quran sehingga khatam 30 juzuk. Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya meskipun sering berdepan dengan keadaan diri yang serba kekurangan. Kekurangan yang dimaksudkan ialah menguruskan rutin harian yang memakan banyak masa dan juga alahan semasa hamil.

Alhamdulillah, saya dapati anak-anak mudah dijaga semasa kecilnya. Meragam biasa-biasa itu adalah juga. Namun tidak pernah berdepan dengan anak-anak yang menangis berpanjangan. Sebagai seorang yang suka bermusafir bersama suami, anak-anak biasa di bawa berjalan jauh sejak mereka bayi. Ibu saya dan ibu mertua selalu bimbangkan anak-anak kami bila kami berjalan jauh. Mereka bimbang anak-anak menangis dan meragam tanpa henti. Alhamdulillah, sehingga saat ini, anak-anak selamat berada dalam lindungan Allah.

Semasa hamil anak kelima, saya tidak berjaya mengkhatamkan al-Quran kerana alahan dan keadaan diri yang semakin teruk. Saya mengalami alahan sehingga hampir waktu bersalin. Sementelah saya berada di Sydney lebih kurang 3 bulan pada bulan-bulan akhir kehamilan. Sydney pada masa itu musim dingin. Cabaran yang dihadapi adalah lebih besar.

Allah tahu saya berusaha membaca al-Quran sedikit demi sedikit dan mempunyai azam untuk mengkhatamkannya sebagaimana kehamilan yang lepas-lepas. Apakan daya, tanpa izinNya, saya tidak berdaya melakukanNya. Saya pasrah pada ketentuan Allah.

Alhamdulillah, anak kelima adalah paling mudah dilahirkan dan juga paling mudah dijaga.

Oh ya… saya tidak amalkan membaca surah-surah tertentu seperti Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Yasin dan lain-lain sebagaimana yang pernah diamalkan sesetengah orang. Saya belum menemui nas yang menyatakan kelebihan membaca surah tertentu semasa hamil. Sebaik-baiknya, bacakan semua al-Quran untuk janin dalam kandungan.

Sesungguhnya Allah itu amat memahami hamba-hambaNya.

Ummu Abbas
6.26pm
28 Muharram 1431H


sumber disini ya..


saya cuba untuk praktikkan..tambah pula sekarang bulan Ramadhan..harap-harap boleh khatam..waktu yang ada hanya di ofis saja..di rumah memang tak berkesempatan..kebetulan ketika ini anak didik sedang menghadapi mid sem exam..memang saya sangat lapang..

ohhh..terima kasih juga untuk BOS BESAR..tuan pengarah..kerana sudah mengawalkan waktu habis bekerja..dari pukul 5..boleh balik pukul 4.15..sangat menghargainya!!!


psssttt: petang ni en zahir masak ape eh? (^__^)

7 tukang conteng sambilan:

dieha said...

betul apa yg ada dalam artikel tu..
akk pun nak share dengan ikin..b4 saidatul lahir,akk ada pergi dengar tazkirah dkt ustaz yg bernama us tahir..dia pun ada mengingatkan perkara tu..

sepanjang akk preggy till 9 bulan..alhamdulillah akk dapat abiskan 2x 30 juzuk..

klu ikut istilah "khatam"..kena ada org dengar bacaan kita..macam akk..sorang2 tp di bantu dengan us tahir tu.

alhamdulillah spnjg saidatul di lahirkan..dr awl kehamilan senang di jaga,xbyk langsung ragamnya...

dan niat utk menyusu pun mudah..

masa melahirkan dia xder sakit teruk..

Alhamdulillah..amalkan tau ikin tambah di bulan ramadan..:)

Ummi said...

tq kak..harus sy gigih nak buat..tq utk info ya!

Ena Mazly said...

Insyaallah...

Akak amalkan juga bg baby dgr bacaan suci alquran 30 juzuk tu dr cd setiap malam... ^____^

Masriezz said...

salam syikin... masz ni geng kapal gak tp xde blog... Sekadar nk berkongsi pengalaman... Alhamdulillah, dua2 anak masz masa preggie mmg masz khatam AlQuran... =) mmg takda baca surah2 tertentu... Alhamdulillah preggie time mmg mudah n masa deliver pun dipermudahkanNya... Boleh kata sakit kontraksi tak sampai 30 mins terus deliver... Selamat mengamalkannya... InsyaAllah... n bak kata dieha, menyusukan anak pun mudah.... =)

Ummi said...

kak ena,yg dengar cd tu memang sy buat sebelum ni..kdg2 letak nset buh kat perut..so, kali ni bolehla try khatam plak..insyaAllah..

Ummi said...

massriezz..seronok dapat dengar pengalaman org yg dah buat..lagi semangat nak buat..thanx ya share!!

noradzlina.kamdani said...

wah tumpang baca..dpt ilmu...terima kasih cekin...

JOM SHOPPING!!