buku merah seribu rahsia..

assalamualaikum..
semalam p buat buku merah..
perkara biasa yang perlu di buat bila mengandung..

di klinik kena buat test sekali lagi untuk sahkan betul ke tak pregnen..
ade kes yang cek sendiri pregnen, tapi bila ke klinik tak pulak..(kesian)
sebenarnya sebelum ni dah cek 2 kali..tapi negatif..agak kecewa..
tapi rasa loya-loya tu memang ada..ingat kot salah makan..
rupa-rupanya..cek kali ketiga baru positf (maklumla anak ke3..mesti cek 3 kali!)

dan alhamdulillah..saya memang pregnen ketika test di klinik..
selepas tu buat prosedur biasa..
misi ambil maklumat..sebab ini anak yang ketiga, maka tau dah..kena bawa buku merah yang lama..
ada maklumat yang diaorang nak dari buku lama..

kali ni untuk cek darah, husben pon kena cek sekali..polisi baru kata misi tu..
tapi tak boleh buat semalam..hanya boleh buat pada hari ahad-selasa..
so, buat appoinment lain untuk cek darah..lepas raya laa..insyaAllah en zahir masih belum on..

semalam sudah tau EDD adalah pada 10 April 2012..(beby sudah berusia 5 minggu)
sempat la untuk en zahir sign on, dan sign off..
kakak dan abg ngah lahir ayahnya ada..
yang no 3 harus ada juga..planning tu penting..tapi kita hanya merancang..mana tau apa nak jadi nanti kan..
berdoa semoga suami sentiasa ada di waktu melahirkan..satu kekuatan di situ..


..the red book..


Bila mengandung je..saya akan gugel pasal 40 minggu nan ajaib..syok..

Minggu 1

Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.



Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Selain itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium..

Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat..


Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung..

Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukan..


Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)..

Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan..

Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung..

Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat..

Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menhubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan..

Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas..


..bersambung dalam 40 Minggu Nan Ajaib (Part 2)-sumber SINI
 

lebih kurang macam ni la beby dalam perut sekarang..5 weeks..
source: here



ok..kami sekeluarga akan bertolak balik ke Parit, Perak petang ni..doakan perjalanan kami ya..

6 tukang conteng sambilan:

@ MaMa ALyA @ said...

kak ekin..baru jer tahu good news nie..huhu...Tahniah kak!! jaga diri elok2 & sama2 kita share experience mengandung lagi..hehe..

ZuRaNaI said...

kak ekin!!tahniah!!!..hiiii..byk btul tande seru..=)))

Noriz sini.. said...

owh, bestnye...
berita baik di bulan baik...

congrats!

jaga diri n jaga makan...

klu tak larat leh excuse puasa, tpi kena la ganti nanti...hihi

Melati Qistyna's Mummy said...

Owh nk blk kg ke..... Mesti seronokkk.... Mg selamat semuanya...... :)

feeqa said...

tahniah sbb pregnant lg..
bila la ai nk pregnat gak nih..mau tapi takot..huwa hua hua

feeqa said...
This comment has been removed by the author.

JOM SHOPPING!!