mengasuh anak mengikut fitrah


assalamualaikum..

sekarang adalah minggu study week..maknanya..takde kelas!! boring jugak bila datang kerja, tapi tak da kerja.. untuk menghilangkan rasa boring..saya gugel..gugel je la kerjanya kan.. gugel benda-benda yang berfaedah..lepas tu kongsikan pulak,rasanya adalah bagus dari p merewang tempat orang lain, buat ketupat mengumpat, abeskan duit bila tengok katalog yg bermacam-macam..
sangat menarik artikel yang ingin dikongsi ini.. tentang mengasuh anak-anak.. saya rasa, ada ketika saya sangat garang dengan anak-anak..tambah-tambah dalam keadaan penat dan letih..biasa la budak kecik..kadang-kadang memang boleh buat kita pening kepala..tapi bila kat tempat kerja..rindu pulak kat depa..bila balik rumah..rase nak gigit-gigit jek geram..ilang rindu.. so, sajala gugel..nak jadi umi yang baik..cari tips2 mendidik anak-anak..dapatla mendidik hati ni supaya banyak bersabar dalam melayan kerenah kakak dan adik.. *******************************************************************************


Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.


Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing). Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga.

Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak. Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.


Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.




Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). -ingatan untuk ummi dan ayah. Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.


Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari.
-makan sepinggan ..berkongsi-


Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:


1. Sensitive period: menyonteng

Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.


Kesalahan kita:

Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata) Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala

                                           -moga sampai besar pon rajin macam ni ye-

2. Sensitive period: main pisau

Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.


Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur. Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya.3.


                                                                -kakak dan tepungnya-

3. Sensitive period: basuh pinggan

Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.


Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.


Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!


4. Sensitive period: makan sendiri

Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan. Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.


Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua.



Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.

sumber: anakkusayang.com


8 tukang conteng sambilan:

Ainul Hayat said...

Baguslah maklumat ni kak. Boleh di praktikkan satu hari nanti. TQ

noradzlina.kamdani said...

hmmm betul tu sume betul..kak lin pun msh blajo lg..thanx.

OneSimpleMother said...

good info.. tapi tang makan tu tataula.. dah suruh dah dia makan sendiri tapi dia cam tak reti lagi. dia buat main lagi makanan tu. nak kita suap gak.. hehehe

Unknown said...

hihi, bertambah ilmu saya hari ni.. :)

Melati Qistyna's Mummy said...

alahai... sedih plak akak baca artikel ni, akak ni garang sgt ngan anak akak tuh...hehehe. tks kin, sudi kongsi... gd info.... :)

@ MaMa ALyA @ said...

kak ekinn..
nurul suka entry nie..hehe.. nurul linkkan k untuk entry kat blog nurul.. ehehe...

sharEna said...

nice =)

Ann said...

thanks for sharing kak. sangat berguna pd saya especially tang jerkah tu sbb kadang hilang sabar jerkah jugak sikit2. kena banyak sabar lah lepas ni.

JOM SHOPPING!!