..cukup..

assalamualaikum..
(kali ini saya cuba menulis dengan menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul..setelah sekian lama tidak melakukannya di blog ini..moga berjaya)

suatu tengahari,saya bergegas ke C-mart..untuk membeli beberapa senarai keperluan..tiba-tiba saya di sapa oleh seseorang..ohh..rakan sekelas pada semester yang lalu..sedikit soalan tentang perkhabaran diri masing-masing ketika ini..Saya bertanya bilakah dia akan menamatkan pengajian sarjananya? Lantas beliau menjawab ini adalah semesternya yang terakhir..wah..tumpang gembira saya mendengarnya. Apabila soalan yang sama diajukan kepada saya, lantas saya menjawab, saya masih ada 9 "courses" dan rasa seolah-olah sangat lambat lagi boleh diselesaikan (mungkin kedengaran bagai orang mengeluh). Lantas si dia berkata

"sekurang-kurangnya syikin sudah bekerja,sudah ada suami, sudah ada anak..saya ni walau sudah habis belajar nanti masih belum ada apa yang syikin ada sekarang ini.sedangkan umur makin bertambah"

saya hanya tersenyum dan mohon untuk minta diri memandangkan masa yang agak terhad untuk kami terus berbual. Kami sempat bertukar nombor telefon,memungkinkan kami untuk berhubung lagi di lain masa.

Kata-kata ringkas si dia itu sebenarnya memberi kesan yang mendalam. Betapa menunjukkan seolah-olah saya lupa untuk bersyukur dengan apa yang saya ada ketika ini. Saya lupa akan nikmat disekeliling yang saya perolehi hanya kerana sedikit dugaan dan tekanan yang dihadapi. Mungkin Allah pertemukan saya dengan dia pada hari itu sebagai satu pertemuan untuk mengingat dan menyedarkan saya..betapa saya harus sentiasa bersyukur..selalu bersyukur..

*********************************************************************************

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:



"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang.
Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."




Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.


 
lihat sini dan sini



Moga entry kali ini memberi manfaat kepada anda yang sudi membaca hingga ke ayat yang terakhir. Saya mahu bertugas sebagai pengawas peperiksaan pagi ini. Moga para pelajar diberi ketenangan dan diterangkan hati untuk menjawab soalan-soalan penentu masa depan mereka..amin..

6 tukang conteng sambilan:

Unknown said...

:) lega saya baca entry kak ikin pagi ni.. terima kasih kak..

noradzlina.kamdani said...

tatabahasa slh...di sapa...sepatutnye disapa..kerana di utk perbuatan kene dekat he he he

Ainul Hayat said...

Kak Syikin,
Entri yang betul-betul membuka mata dan minda saya. Menyedarkan saya bahawa pentingnya kita mensyukuri nikmat Allah tu. Nice entry.

Unknown said...

sya pun selalu alpa dgn nikmat allah...astaga...
alhamdulillah semua ada....

mizzbutterfly said...

thax for sharing cikgu....

Melati Qistyna's Mummy said...

kita selalu lupa dan alpa, terima kasih krn mengingatkan............ :)

JOM SHOPPING!!