heroes

5
COMMENTS
Assalamualaikum..
huhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
keluhan panjang..
lama sungguh rasanya tidak berupdate blog ni..kesian..
tidak ada alasan lain melainkan sibuk..sibuk..dan sibuk..
itula alasan utama blogger tak update blog kan?

banyak cerita nak diconteng di blog ni..
tapi disebabkan skill mulut lebih baik dari skill jari untuk menaip..
harusla yang lambat diupdate terperam begitu saja..
abesla nanti kakak dan adik miss moment2 diaorang membesarkan..
rugi...rugi..jadik..kena update jugak..


ok..TERbebel plak..
ini kisah last week la..
en zahir balik..(balik lagi....hiiii)
adik kakak tengok gambar je lah..
tak larat umi nak taip..takda idea sebenarnya..
yang penting..bila ayah balik adalah best kan??


ni di rumah Tok ton..
setiap hari Sabtu,bila umi p kelas..
kakak dan adik duduk dengan tok..
suka sangat la diaorang sebab ada member anak-anak Pak Ngah..
lagipun, Pak Ngah ada kedai runcit..
si kakak suka buat kedai tu macam ayah punya..
dan adik pon sedang menjejaki si kakak..
si kecil berbaju biru adalah Kak Cu..
kakak ina lahir seminggu awal je dari dia..
tapi badan kakak ina tegap tinggi macam tua lebih setahun dari kak cu.
kakak konfem tinggi macam ayah la..
pastu ayah suka kata, tinggi macam ayah, "tembun" cam umi..
..ceh...


..en zahir and zahir's junior.. 


ecececehhh..manjanya dia dengan ayah..
masa ni takde perebutan ayah antara adik dengan kakak sebab kakak sedang sebok shopping free dalam kedai Pak Ngah..




.. tak lepas okeh..

minggu ni mungkin ayah balik..
mungkin tidak..
bergantung kepada cuaca..
moga Changlun tidak banjir lagi kali ni..
2-3 hari ni asyik hujan tak berhenti..


nanti-nanti update lagi..
saya update dari rumah..
bercuti hari ini..
suri rumah sepenuh masa
ohhh indahnya dunia....

..demi masa..

5
COMMENTS
assalamualaikum..

hari ini sangat SIBUK..
cepat saja sudah pukul 12.30..
kelas memang dah habis..
tapi sibuk dengan benda lain..
Paling sibuk bila asyik teringat kat en zahir yang nak balik..wiii..
sangat tah hape-hape okeh..

bila hari gaji..
banyak benda nak kena setel..
line tenet sangat slow..
tak tau kenapa..
langsung tak bleh beronline banking..
berblogwalking je boleh..
(hahaha..alasan bebel di blog)
jadi tak boleh la nak setel bil-bil yang berkenaan.
maka tertangguh sudah perkara yang sepatutnya diselesaikan hari ini..

dan syikin..
sudah siapkah assignment?
..BELUM..
malam ini harus siapkan
-draft sudah ada..tinggal mau kasi mekap jek-

Esok en zahir sudah ada di rumah..
please say bubbye to assignment
Sabtu sudah kena p kelas..
terasa waktu itu sangat mencemburui kami..


dan kepulangan en zahir kali ini..
buat pertama kalinya dengan BAS..
sudah letih bermotor nunnnn ke Terengganu..
tambah dengan cuaca yang agak tak menentu ketika ini..
bas adalah pilihan terbaik
moga chenta hati saya selamat sampai..


dan APRIL..
tidak sabar menuggu ketibaan kamu juga..
mahu melangkah ke fasa baru Zahirian..
moga dipermudah..
(kak abby..terus bersabar menanti apakah projek itu ye..)




okeh..
cukup disini..
jangan buang masa..
..rebutlah masa lapangmu sebelum tiba waktu sibuk.

jumpa lagi next entry..
InsyaAllah..





..hari ini hari dia..

4
COMMENTS





sempena bertambahnya umur baru..
moga segala yang terbaik untuk chenta hati ini
..ameen..
see u tomorrow b!!!!!

 
(^______________^)





en zahir dan chentanya

11
COMMENTS





assalamualaikum..

mula-mula..
sangat excited untuk dicatatkan di sini..
pada 20 MAC 2011..
zaid zikry buat pertama kalinya panggil umi "UMI"
yeyyyy!!! tahniah adik!!
sebelum ini dia panggil umi "ma..mama"
sekarang hari-hari sudah panggil "mi..umi"..
sekarang sudah makin pandai usik si kakak..
dia kasik kakak naik hangin..
lepas tu dia cabottttt larikkk..
adeh..
besar sikit lagi tak tau la macam mana..

dia orang ni kalau tengah baik..sangatttt la baik..
aman rumah..
tapi bila dah mula adegan usik mengusik..
yang pada awalnya acara gurau-gurau dua beradik..
lepas tu tersalah cuit..
haaa..
siapla..
kalau tak kakak..si adik la yang meraung..

oppss..
tapi kali ni tak bubuh gambar dua beradik tu..
ada gambar lain..
dan malas mau uplod-uplod lagi..
nanti-nanti adela gambar diaorang yang berderet-deret dalam HD


**************************************************

encik zahir dan chentanya..

en zahir sudah beli broadband baru..
maka..makin senang la mau berkomunikasi..
kalau bervideo kol..si adik dok berebut handset..
dia nak pegang..
orang lain tak boleh..jenuh..
dan..
si kakakla yang jadi pemonopoli duduk depan lappy..
masa ni sebok nak tunjuk skill "melakar" kat ayah..

si adik memang tak boleh la duduk depan lappy..
dia nak naik atas meja..
lepas tu nak taip guna kaki..
moley???
 
ecececeheh kakak..
 
tiba-tiba jek rasa macam berskpye dari kapal..
padehal en zahir nun di teregganu..
huuuuu
 
 
 
ok b..
see u this friday...




*********************************************




psss..sedang gugel2 resepi brownies cheese..huuu..bila nak buat???





7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

0
COMMENTS
assalamualaikum..
Entah ape kena minggu ni ade sedikit rasa-rasa kemalasan dan ketidak seronokan bekerja..
tak tau kenapa..
tak tau mana silapnya..
rasa letih semcam..
budak-budak nak exam..chegu yang terlebih sudah?
hari ni sudah hari ketiga bekerja dalam minggu ini..
kebetulan hari ni ada 1 kelas saja..
patutnya masa terluang harus dilakukan sesuatu yang berfaedah..
maka..sebelum memulakan sesuatu kerja hari ini..
harus cari sedikit suntikan vitamin motivasi untuk bekerja..
dan..ini antara yang saya jumpa..
meh kongsi sama-sama dan moga kita sama-sama bermotivasi untuk bekerja hari ini..esok..lusa..sampai pencen.




7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :



1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.



2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.



3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.



4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!



5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.



6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.



7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.



Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.




Ok jom mula kerja dengan penuh senyuman!!!

Kuala Pilah part 2

6
COMMENTS
assalamualaikum..
sambungan kisah di Kuala Pilah lagi..
dulu kalau ade program kolej malam-malam..
saya p tau..
sangat komited..heheh..
alaaa..
rumah sewa pon sekangkang kera ja jaraknya dari kolej
lepas tu main redah suka hati bawak kakak ina..
gambar-gambar dibawah adalah ketika majlis perasmian penutupan KAKOM kot..
inagt-ingat lupa dah..
haa..
kak lin pon bawak anak-anak jugak..
kakak ina takde hal..
ok jek dia ikut..sebab tu boleh bawak berjalan..
kakak ina memang kekurangan rambut okeh..
ini adalah kaunselor..
puan zaidah..
kenapakah kak ina tenung macam tu??
rasanya puan zaidah ni tak berkhidmat kat kmns dah ..
sudah bertukar..

kakak ina dengan uncle fadzil..
ini adalah bos saya yang paling muda
x-ketua unit
ambil berkat tu dukung kakak ina..
masa ni uncle bujang lagi..
laa ni dah menikah dan berkat tu memang lekatla..
anak sulong uncle Fadzil girl jugak..


.. ustazah zuraidah & ustazah zakiah..
kakak nak jadi ustazah tak?
kot la lekat berkat juga..
ameen..



dan yang sorang lagi ni..
kami pernah jadi housemate..
dalam 2 bulan lebih kot..
ustazah siti..
sekarang berkhidmat di KMJ..
sudah lama tak mendengar khabar berita..
sudah ada anak kah?

hujung minggu..

5
COMMENTS
assalamualaikum..
hujung minggu kami kali ni dirumah saja..
sebab en zahir takde...dok rumah baik2 ye..

adik n kakak macam biasa tetap bangun awal..
mandi awal jugak macam nak p sekolah..





menikmati panorama luar rumah..
kakak kata nak tengok abg joging..
tapi tah p mane bebudak matrik nih..
takde sorang pon joging!!
huuuuu..

hai hensem...



 
umi bubuh meja ni kat luar..
dah dieorang tak mau masuk rumah..
nak main kat luar..
amboi adik...
duduk atas kerusi la...




alang-alang dah ade meja..
bagi buku sekali..
dieorang kan tengah mabuk dengan buku..
tengah tekun study nih..


ohhh..

bahagianye tengok dua orang ni tak bergaduh..
tak mengusik..
tak cari pasal..
***********************************************************


masa adik tidur..
masa tu la umi nak buat keja-keja dapur..
dan kakak ina sangat la "rajin menolong"
dia tak mau tidur..


acara membasuh periuk sambil main buih..
mainla kakak..
main....
belajar membasuh jugak la ni kan..



sambil kakak ralit main buih..
cepat2 umi buat feveret kakak n adik..
aiskrim malaysia..
dulu-dulu sekupang jek
sekarang mane dapat kan??




aiskrim milo feveret umi jugak..
puas hati buat sendirik!!


************************************







our weekend..
FRIDAY
18 MAC 2011


ndaaaaaaaaaaaaaa...



..books and cars..

6
COMMENTS
assalamualaikum..
Khamis lepas.semasa shoping barang-barang dapur..
beli jugak barang untuk buah hati dua orang itu..
tiap kali shoping jek mesti nak beli sesuatu untuk diaorang jugak..
maka mulala membeli barang-barang yang takde dalam list budget..
biasela kan..
untuk anak-anak jugak..

bukan banyak atau mahal pon..
books untuk kakak
cars untuk adik..
tapi buku beli 2..persiapan awal takut berebut..
cars pon mesti beli lebih dari 1..



balik dari sekolah..
lepas diaorang mandi dan makan..baru tunjuk mende-mende ni..
kalau tak payahlah nak kerah suh makan dan mandi..


dan seperti yang dijangka..
tengok je la gambarkan..
books semua kakak pegang sebab dia dah declare books semua dia punya..
masalahnya..
tengok cars..
3 tu ade kat kakak..
dia bagi adik 1 jekkkkk...
itupon mujur dia nak bagi 1 kan..


bila adik nak cuba amik yang lain..
sebok dia jerit..
"janganla...ini kakak punya.."
mujur sangat-sangatla adik tu jenis bersyukur dengan ape yang ada..
1 pon ok..
dia tak kacau kakak dah..
memang suka mengalah adik ni..



dan mujur juga selepas dipujuk-pujuk..
kakak nak bagi 1 books dia tu kat adik..

legaaaaaa umi....
kalau tak jenuh nak pujuk si adik yang konfem mengamuk tak dapat books juga

 

khusyuk la si kakak ni dapat buku baru..
tak heran dah kat buku lama..
walhal buku lama tak abes study lagi..






si adik pon bukan main gigih nak menyonteng..
kakak kan mentor dia..
ape kakak buat..dia pon nak buat juga..
rajin-rajin baca buku sampai besar nanti eh kakak adik..

takde kerja?try la gugel nama sendiri..

5
COMMENTS
assalamualaikum..
sudah pukul 1am..
tapi mata belum mau mengantuk..
en zahir pon tak reply sms..
harus sudah ke laut tu..wiiiiii
blogwalkin..singgah blog bride to be..



terus nak buat entry ni..macam yg si jazz buat
nak bagi mata mengantuk..
cuba gugel nama sendiri..
tengok ape yang keluar..
huuuu



MD ZAHIR
kurang glamer la b..
mujur ada gambar kakak ina..nampak beby in pink tu?
yang berbintikan md zahir..




NORASYIKIN ARIF

kalau gugel norasyikin jek..
memang tak kuar la..
kene letak name abah..
taraaaa..
ade la jugak kan..


ADLINA AMANI

uishhhh..
memang penuh la dengan gambar si kakak..
sila gugel kalau tak caye..hiii


ZAID ZIKRY
pon sama macam hasil carian si kakak..
penuh gambar zikry..



ZAHIRIAN
yessss..
ade laaa
4 of us..
dan jugak gamba me n him..


selamat menggugel nama anda pulak ye!!




contest PHOTO ANAKKU CERIA

4
COMMENTS
assalamualaikum..


sudah lama tak join kontestlaa..
disebabkan ade orang buat kontest.mau join laaa..


PHOTO ANAKKU CERIA..

 
meh la join..syarat pon tak susah








Ini gambar adlina amani,ketika umurnya cukup setahun.
Ayah: Md zahir b Samah
Ummi : Norasyikin Mohd Arif

saya nak mengetag mereka-mereka ini untuk join kontest kekacang ini..hiiii

mama kembar 3
diana suke senyum
erin mommy schamimi
kak abby
kak lin


Kuala Pilah Episod1

11
COMMENTS
assalamualaikum..
dalam entry sebelum ni saya pernah kata nak publish kisah di Kuala Pilah dulu-dulu..
sementara rajin ni saya update sikit2..
kalau ada blog mase dok pilah dulu kan senang..hiii..


episod 1 ni nak bercerita tentang..
sape eh??
jiran tapi mesra..
kak lin and family..

siapa kak lin (ohh kak lin jangan terkejut ini entry khas untukmu..cewah!!)

kak lin berposting pada tarikh yang sama dengan saya..
21 feb 2007..
as english lect
mulut sangat kepohchiii...hahaha..

kak lin sefamily menyewa rumah dekat dengan rumah sewaan saya..
dan rumah sewaan kak lin itu sudah menjadi rumah "belian" beliau..
tetap dan berpencen di KMNS kah?  (^_^)

selalu kalau ada pape boleh jerit2 je panggil kak lin..
hiii..

ini gambar tahun 2009..
family kak lin ni memang kaki jalan..
so, kalau wekend nak p mane2..and en zahir takde..roger2 saje..
mase ni kami p al-ikhsan nun di Seremban 2..
pastu keJJ la kan..
tengok kakak ina pon sangat okey dengan husben kak lin..abg fendi
anak-anak Kak Lin..Ikhram & Syaza


ikhram..
konfem sekarang dah makin besar panjang kan..


sampai sekarang pon kami masih roger2 lagi..
kak lin pon sudah berblog..
meh jenguk blog dia..
sape2 nak kurus boleh la jenguk blog dia..hahaha
banyak tips weh..


************************************************************

bila sebut Kuala Pilah haruala teringat dekat Bukit Putus..
mula-mula dulu sangatla mengerikan bila nak lalu situ..
dengan lori besar yang banyak..
gaung..cerun..iskkk..
lama-lama sudah jadi sangat expert..
tak heran dah dengan simpang siur nya..
maklumla dulu memang kaki jalan p Senawang..seremban..

ini gambar kenangan ketika kejadian tanah runtuh kat bukit butus..
sekarang dah ada jalan baru..
tak sempat nak merasa jalan baru dah pindah dok Changlun..
ada rezeki nanti insyaAllah boleh sampai Kuala Pilah lagi..



nanti ada sambungan episod seterusnya pulak ye..




al-fatihah untuk abah izz..

2
COMMENTS
assalamualaikum..
terkejut dan tak sangka..
ketika berblogwalkin di sini..
dapat khabar sedih..
pemergian abah izz..
abah izz adalah salah seorang follower blog ni..
yang rajin tinggalkan komen..
dan saya juga rajin singgah blog beliau..
saya suka pada gambar-gambar cantek di blog arwah..
arwah abah izz seorang yg ramah tamah walau hanya kenal melalui blog sahaja..
pemergiannya tidak diketahui punca..
terkenang anak-anak arwah..
moga isteri dan anak-anak arwah tabah,..
**sedih**
al-fatihah..

..syukur..

5
COMMENTS



assalamualaikum..
sekarang semua geng chenta hati orang kapal yang nun berada di lautan,
terutama bintulu-japan dan yang seangkatan dengan nya masing-masing risaukan
keselamatan orang kapal dari bencana tsunami..
mane tak risau kan..macam-macam boleh terjadi..tengoklah bencana itu di
tv..kalaula saya pon sangat risau..syukur ketika ini en zahir berada di
darat..untuk mereka-mereka yang suaminya sedang meredah lautan mencari
rezeki..moga doa kalian tak putus untuk mereka..hati mana yang nak
tenteram..selagi tak mendapat khabar berita yang mengatakan anak-anak kapal itu
okey..semoga semuanya selamat..hanya yang mengalami akan memahami..tabahla wahai
hati..



-syukur en zahir di darat-








..penat tapi berbaloi-baloi..

8
COMMENTS
assalamualaikum..
hari Khamis lepas..seharian berjalan-jalan dengan en zahir..
en zahir sudah selesai 1st phase exam..abes exam hari Rabu terus balik Kedah..semangat nak jumpe anak bini kan..
kalau chegu ni tanye macam mana..boleh buat tak..
jawapan standard dia.."bolehlaaa"..
huuu..boleh la tu..insyaAllah..

jalan-jalan kami ada tujuan..sy siap amek cuti..
ada banyak perkara nak di setelkan..
Keluar dari rumah sebelum pukul 9 lagi..trus ke alor staq..breakfast kat McD..
lepas tu terus ke destinasi utama..


TAPI..
nama saje destinasi utama..
takde gambar la pulak..nape??
sooo excited..huuuu..
membeli 'barang-barang keperluan' di sana..
pilih itu dan ini..
itu pun belum beli secukupnya..kena tunggu hujung bulan ni..
nanti terover beli bazir jek..
tambah sakan membeli bila harga barang yang dibeli sangat murah dari apa yang dijangka..
amik..amik ..amik..
en zahir pulak asyik kate ok..ok..ok..
harus la sebab dia pon excited tengok kemurahan barang-barang yang di beli..
jangan ditanya apa yang kami beli..
sebab..nanti-nanti la..
dah jadi nanti insyaAllah mesti buh dalam blog ni punye laaa..
al kesah zahirian..a walk to remember..
harus la update nanti..


lepas tu..
menyinggah ke tempat feveret en zahir..

 en zahir melawat moto idamannye..
harganya..
aiyakk..huuu...oh tidakkkk..
sudah ada cita-cita mau let go KCM..
ala b..
beli mahai-mahai p keje moto tinggal jugak berbulan-bulan..
hahahaha..
minat punye pasal..nak kata ape..




kebetulan selang beberapa kedai adela pulak kedai perabot..
pon kami jenguk jugak..
cuci mata..survey harga..
nak beli tah bila..nguehehe


destinasi seterusnya adalah tesco..
en zahir mau beli barang dapur..
lunch n zohor di sana juga..
itu si dia berbaju merah adalah suami saya..
 (^_^)

sepatutnya lepas p tesco ada kedai lain nak p..
tapi sudah di helo2 oleh pemaju..
suruh amik kunci rumah n sign agreement..
maka memecut la kami balik ke changlun..



yayyeey..
pondok kaseh sayang kami sudah siap..
sudah dapat kunci..
tapi konfem takkan pindah dalam masa terdekat ni..
kena renovate dan fully furnish baru boleh cuci kaki masuk..
bukan senang nanti dah pindah masuk baru nak buat itu ini..
kena plak time en zahir dok atas kapal..kan payah..

wakil pemaju ni sangat bagus orangnye..
segala-gala diterang dengan detail..
rumah dalam gambar di atas itu adalah rumah jiran kami..
fasa yang dah dibuat lebih awal..depan rumah..
rumah kami nanti tah nak buh kaler ape eh?
kurang-kurang mau lagi setahun kot baru pindah..


lepas itu..
kami menuju ke printing shop..
pon survey-survey harga..design..
eh..mau print ape kah??
wait n see ya...


..1 hari yang penuh dengan agenda..
agak penat..
tapi sangat berbaloi sebab hampir semua objektif tercapai..
cewah..


 

dan ini hasilnya...

8
COMMENTS
assalamulaikum..
cerita kakak dan adik kali ni..
skill mereka..
ketika kakak 2t 7b...adik 1t 2b..






ni kerja kakak..
kakak dah pandai pegang pensil dengan betul..
yang lagi bagus dah makin kemas bila dia mewarna
yang kaler blue itu kakak buat..
yang black memang dah ade kaler...
ala..beruang panda kan black and white..
die bubuh kaler biru..

sangat tekun buat ni..
nak ajak sembang pon dia buat dono jek..
nti la kalu rajin uplod videonya..



haaa...
ni si adik pulak..
kerja sekolah pertama adik..

selalu kalau budak2 buat kerja kat sekolah,
cikgu akan bubuh dalam beg.
ini la yang umi jumpa dalam beg adik..


cikgu dia buh bentuk-bentuk aneh itu..
dan zikry conteng..
hasil tangan budak setahun 2 bulan kire ok la tu ..
zikry memang rajin ikut apa kakak dia buat..


sekarang ni pensil dan buku boleh la buat diaorang leka sat..
kate anak cikgu kan..
mestila ade home tuition free..
hahaha..jenuh la..





dan yang paling tak larat..
bila dua beradik tu terlebih skill..





ini lah hasil nya..

hadesssssshhhhhhhh!!!
tak bagi pencil color,macam menyekat kreativiti pulak..
bila dah bagi..haihhh..
nanti suruh ayah cuci..
umi tatau..
huuuuuu...


dan ini gambar latest budak bucuk 2 orang neh!!
tengok si kakak..
masukkan baju kat lutut..
abes kembanglaaaa..
erk..
zikry dah makin besar kan..
bila duduk nampak sama besar dengan kakak..
tapi kalau berdiri kakak masih lebih tinggi..



*************************************************************

hari ni bos besar balik rumah..
(^_^)

mau masak apekah?




JOM SHOPPING!!