Anak membesar tanpa ayah adalah BERMASALAH??

assalamualaikum..

statistik membuktikan bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih baik jika mereka tinggal dengan kedua-dua ibu bapa. Masalah kewangan dan ketidakstabilan boleh menyumbang kepada prestasi kanak-kanak dengan keluarga yang bermasalah. Bagaimanapun, sebagai seoarang sarjana yang mengkaji semula 28 kajian kehadiran bapa berkata, "Kekurangan paling besar yang berkaitan dengan ketidakhadiran bapa kepada anal-anak mereka ialah kekurangan perhatian daripada ibu dan bapa.

Bapa yang tidak menetap boleh menghadapi pelbagai jenis cabran dalam menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak. Bapa yang tidak tinggal dengan anak mereka kurang hadir semasa membesarkan dan memberikan panduan kepada anak-anak. Dalam kes penceraian,beberapa ibu bapa menghadkan masa bapa dengan anak-anak mereka. Tambahan pula, jarak geografi yang wujud di antara beberapa kanak-kanak dan bapa mereka menjadikan hubungan yang rapat sukar dikekalkan. Kebiasaanya, seluruh keluarga menikmati tahap kasih sayang yang lebih rendah apabila mereka tinggal berjauhan.


Di sebalik kekurangan ini, bapa yang tidak menetap boleh mempengaruhi hidup anak-anak. Pengaruh yang terbaik adalah dengan memberikan sokongan wang yang berpatutan. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai ayah yang membiayai kewangan anak mereka mempunyai prestasi akademik dan kurang masalah kelakuan. Kanak-kanak yang rapat dengan bapa yang tidak menetap juga cenderung mempunyai kelakuan yang baik. Dan apabila bapa yang tidak menetap berupaya menggunakan masa mereka bersama anak mereka dengan bijak seperti menolong mereka dengan kerja sekolah dan menetapkan peraturan dan menyelia anak meraka, kanan-kanak akan memdapat kebaikan daripada perkara ini.



dipetik dari majalah mami & baby, Jun 2010.

Kesimpulannye..

jangan kate anak-anak pelaut ni terabai..
baca perenggan yang terakhir..
moga isteri-isteri pelaut yang lain tersenyum juga..

2 tukang conteng sambilan:

Anonymous said...

gerun mula2 bc tajuk..hehe.pas bc fuhhh,,naseb baek=)

Anonymous said...

btul apa yg ditulis tu.tp x semestinya berjauhan kurang kasih syg.sbbnya seafarers skrg ni ramai yg family man.dan mereka sbgi bapa,wlu berjauhan ttp sedaya upaya mencuba supaya ank sentiasa mnjadi keutamaan n memantaunya dari jauh.. alhamdulillah,ank ttp membesar dgn penuh kasih syg...

JOM SHOPPING!!