..korang buat apa dengan duit KWSP?

assalamualaikum..

sempat lagi ni nak mengupdate..beberape minit sebelum ketik-ketik kad (punch card)..
hari ni ada driver kesayangan ambik..so, tak payah berjemur tengah panas nak kena jalan p tempat parking kereta (siap kena fikir parking kat mana sebab tiap hari berubah tempat ;p


ok..tak payah mengarut tah apa-apa..kembali ke tajuk asal..
kemarin p ke Alor Star dengan en zahir..
tujuan utama adalah untuk mengeluarkan duit dari KWSP..keje gomen kan..normalnya akan ambil skim pencenla..mula kerja pada tahun 2007, tapi tahun ni baru keluarkan duit KWSP..kawan-kawan seangkatan dah lama keluarkan..saya ni lambat sebab ada masalah keciciran..ala lambat pon tak apa..tak ke mana pon duit tu kan..

TAPI..ramai yang sedia maklum (ke..buat-buat pejam mata)..pelaburan yang dilakukan oleh KWSP bukanlah 100% mematuhi syariah,..ini bermakna..ada la duit hasil titik peluh kita yang masuk ke KWSP dilaburkan ke tempat yang haram..dan kita dibayar dividen dari hasil pelaburan yang bercampur halal dan haram..[halal + haram = halam laaa=haram!!]






semester lepas sy ambil paper Muamalat Principle in Islamic Banking(betul ke..panjang namenye okeh..kalau silap itu perkara biasa)..memang ada sentuh hal ini..tentang prinsip "Shariah Compliance"..dan bagaimana menguruskannya bila kita berhadapan dengan isu ini..saya juga sangat beruntung sebab dapat suami yang sangat mengambil berat tentang halal haram duit yang dapat sebagai rezeki..awal-awal lagi soulmate sy tu sudah pesan.."nanti yang mintak kt orang KWSP tu penyata..nak tengok berapa dividen yang dibayar dari 2007-2011.."

KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.

sumber disini:



motif entry ini adalah untuk mengingatkan rakan-rakan yang lain supaya -BERSIH-kan dulu duit hasil KWSP ye..(bukan suruh join perhimpunan BERSIH ;p)
duit KWSP tu jgan lupa dizakatkan juga ye..berzakat menambah berkat..berkongsi apa yang ada..yang baik dijadikan teladan..yang buruk jadi kan sempadan..rezeki yang halal lebih berkat..
 
 
 
 


8 tukang conteng sambilan:

OneSimpleMother said...

oh.. malaysiaku yg tercinta. katanya negara islam tapiiiii...

sebelum ni dok dgr2 cerita jer tapi sebab tak dapat bukti yang nyata lagi bersuluh kan macam buat tatau jer la. akaun 2 duit dah habis dikeluarkan buat downpaymnt rumah. camano ye..? :)

Ummi said...

ohhh.. kak mas cuba tanya dengan mana-mana ustaz yang semestinya lebih arif..x pasti la pulak sy kalau dah guna pakai duit tu nak buat cmane..

noradzlina.kamdani said...

blm kuarkan lagi..msh dok peram dlm tu...

Ummi said...

so,ok latu kak lin..nanti kak lin boleh tolak dividen tu siap2..dah tolak dividen pon masih banyak lagi..yg penting berkat.

jooleata said...

nak kire camane tu kak ikin? xberapa faham lah.. huhu

Ummi said...

jazz,bila dapat penyata, kat penyata tu ada jumlah dividen yg kita dapat.so, senang dah, tolak je dividen tu.

jooleata said...

owh, da dpt penyata tu masa g GLC open day hari tu.. :)

kak ikin bz ke? email boleh?
jazzeyra.aj[at]gmail.com

Noriz said...

sya berangan nak renovate umah guna duit KWSP tpi kena tgok budget dulu, tapi tu lah kan..kena "bersih"kan dulu part yang tak berkat tu...huhuu

JOM SHOPPING!!