..perut yang sejukkk..

May
24
2010
Assalamualaikum,


Sebelum kita teliti seterusnya secara terperinci ibadah solat, elok kita ingatkan diri kita tentang tanggungjawab mengajar, mendidik dan menyuruh anak-anak kita mengerjakan solat, i.e. bagi mereka yg ada anak atau yg akan mendapat anak atau ada anak-anak saudara, suruhlah bapa dan ibunya ajarkan anak-anaknya bagaimana nak solat.

Diriwayatkan hadith daripada Abdul malik bin Rabi’i bin Saburah hadith daripada bapanya hadith daripada datuknya berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w):

‘Perintahkanlah oleh kamu akan anak-anak kamu dengan (mengerjakan) solat ketika baligh (yakni, sampai umur) tujuh tahun (7), dan ketika baligh (yakni, sampai umurnya) sepuluh (10) tahun, maka pukullah atasnya (jika tidak mengerjakan solat).’ [Hadith Abu Daud]


Rasulallah (s.a.w) nasihatkan kita supaya ajarkan anak-anak bagaimana bersolat ketika umurnya mencapai 7 tahun. Dan, ketika sampai umurnya 10 tahun, kalau mereka tidak mahu mengerjakan solat, maka hendaklah di pukul (i.e. dirotan).

Yg utama diajarkan adalah menghafalkan surah-surah pendek (i.e. Juzz 'Amma, yakni Juz 30 al-Quran), kemudian mengajarkan mereka cara dan kaedahnya, rukun-rukunnya (i.e. rukun qauli, rukun fe'li dan rukun qalbi ketika solat), tasbih dan lain-lain bacaan, tertibnya, tomakninah antara rukun fe'linya; tentang termasuk wudu', Solat Jum'at, solat jama' dan qasar, solat-solat sunat yg utama spt Solat Tahajud, Solat Witir, Solat Tasbih, Solat Duha, Solat Taubah, dan solat-solat sunat yg dijemaahkan, spt Solat Aid, Solat Jenazah, dll

Kalau mereka masih kecil, mudah bagi mereka untuk menghafal surah-surah pendek al-Quran. Kalau dah menjadi tabi'i mereka bersolat, maka insya Allah amalan tersebut akan berterusan sampai ke tua.

Mudah-mudahan kita menyedari tanggungjawab kita trhadap anak-anak kita, khususnya mendidik mereka mengerjakan ibadah wajib, terutama solat. Amin



Jazakallahu khairah
sumber : sini
 
 
 
 
 
 
 




 
 
 






sejuk perut umi nih kakak..


kakak..
harap2 kakak dapat jadi anak yang solehah..
kakak kan anak sulong..
ayah ngan umi harap kakak dan adik-adik nanti lah yang doakan kami bile kami dah takde nanti..
mintak maaf kalau umi dengan ayah kekurangan dalam mendidik kakak
ayah ngan umi takde harta lagi nak bagi kat kakak
jadi..ilmu aje lah yang boleh kakak warisi..
harap2 ayah dan umi dapat tunai tanggunjawab dengan baik pada kakak dan adik (adik-adik..insyaAllah)
semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga kita..
Ameen..



p/s: ayah balik nanti kite ajak ayah beli telekung ye sayang..

6 tukang conteng sambilan:

Marsha~ said...

hehehehe... doa apsal berlunjur sayang oi?? doa apa tu?? rambut dia mahal tuuu..

Ummi said...

xreti lg dok bersila la auntie marsha..rambut bangun tido ala2 alleycat!!hiii

i n n z c h u b b y said...

kakak rukun ke depan sgt...

nasib baik x kena almari...

hehe!!!

OneSimpleMother said...

alhamdulillah.. kecik2 da tunjukkan minat..

Ummi said...

innz: die x mau belakang dari umi die..hihihi

Ummi said...

kak mas: harap2 berterusan sampai bila2 kan kak..

JOM SHOPPING!!