Lasagna ibu mengandung..

assalamualaikum..


kemarin lepas terbaca resepi lasagna dari kak ana suzana terus keinginan meluap-luap nak buat jugak..
kepingan lasagna memang dah ada stok kat dapur..
sejak dari encik husben ade kat rumah..
tapi entah..tak bernafsu nak buat pon..

tapi semalam memang beria-ria la nak buat..
gila kentang punya teringin..

sebelum balik keja dah sms kat kak na..staf trendyzs..mintak dia belikan barang apa yang patut..
balik tu terus bersilat di dapur!!

meh tengok resepi yang dicilok dari blog kak ana tu..bagus betul entry dia pasal lasagna..penuh gambo step-by-step..sesuai betul utk org yg baru pestime nak buat.

Sambil-sambil nak menyedia bahan-bahan bolehla panaskan oven dengan suhu 180 dan guna api atas bawah ye.

Bahan-bahan
Kepingan Lasagna
rebus lasagna dulu


Bahan untuk inti daging:

sos prego-14oz
cendawan butang dalam tin-buang air dan potong ..belah 4 (dadu)
daging cincang-umi guna daging kisar Ramli 400gm
serbuk black pepper
serbuk oregano
bawang besar sebiji-potong dadu
bawang putih 5 ulas-cincang
Keju mozarella
Keju parmesan
Garam secukup rasa


antara bahan untuk inti daging


Bahan untuk sos putih
2 sudu besar butter
Keju cheddar-umi guna 3 keping cheesedale
250ml susu HL
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa


Cara buat inti daging

1. Tumis bawang yang dicincang hingga naik bau
2. Masukkan daging
3. Tuang sos prego-gaul sebati dan masukkan garam secukup rasa
4. Masukkan serbuk oregano..-agak2 la banyak mana
5. Masukkan cendawan butang
6. (lepas tu k.ana bubuh sos cili sesudu-umi tak buh pon )
7. Tabur serbuk black pepper
8. Selesai..

daging dicampur sos spageti


Cara buat sos putih

1. Cairkan butter
2. Masukkan tepung gandum..kacau selalu dan guna api kecik
3. Tuangkan susu-kacau lagi
4. Masukkan cheesedale-kacau dan terus kacau
5. Bubuh sedikit garam dan seterusnya kacau sampai likat
6. Siap.

ini nak buat sos putih..caikan butter

tambah susu cair..lepas tu chessedale..i bubuh 3 keping




Cara melapik lasagna.

1. Guna loyang saiz agak-agak sesuai.
2.susun kepingan lasagna
3. tuang daging sampai tutup lapisan lasagn
4. tuang sos putih sampai tutup lapisan lasagna..kasik banjir..heheh
5. taburkan parmesan dan mozarella..

ulang sampai 3 lapisan..




lapisan bawah yang dah letak daging..


tutup aurat dia dengan lasagna second layer,..heheh



ni bahagian atas sekali..tabur habis penuh cheese..

Lepas tu boleh la bakar lasagna tadi ye..
proses bakar dalam 30-40 mint..

taraaaa....tak sangka lasagna berposing dengan hensem sekali..



sepinggan ni pas kat jiran sebelah..



yang balance ni bawak balik rumah mak mentua..barula jadik menantu kesayangan kan b..muahaha

 lepas ni dah berazam..nak buat lagi!!!
sedap woo..
dengan chesse yang melimpah2..

tapi kos nak buat lasagna ni bukanla murah..
kalau nak buat jual ni tah berapa puluh la satu loyang

haishh.ibu mengandung punye pasal..

dan promis..nanti encik zahir balik buat lagi..hiii..konfem tak beli kat Domino dah..


 sori tak mampu nak snap 1-1 pic macam k ana buat..umi masak daging dan sos putih tu serentak..
nak kejar masa amik anak-anak di nursery
lasagna ni umi buat dalam tempoh tak sampai sejam (tak termasuk proses bakar)
sebab lepas masuk oven tinggalkan aje p amik anak-anak..
balik-balik harum semerbak bau dia 1 rumah..
sampai angah tanya..umi masak apa ni? (^___^)

berbaloi penat masak pas balik kerja bila anak-anak makan dengan gumbira





5 tukang conteng sambilan:

Marsha~ said...

Syikin mengandung lagi? Bestnyaaaaa.... Mesti girl pasni.... Congrats!!!!

Anonymous said...

ibu mengandung 1st trimester tak elok mkn keju ..huhu..

zahirian said...

sis..iye..mengandung pulak..rezeki..harap2 girl..kak ina nak sangat girl..


anon..
sy dah gugel tentang ibu mengandung dan keju..ada kesempatan nti sy update..mekasih ye

Melati Qistyna's Mummy said...

Terus akak bookmark sbb Ada stepbystep, kekekeke

Norfaziana Junaini said...

Kin aka yang! Tahniah...

JOM SHOPPING!!