..tahun ke 5!!..

assalamualaikum..

hari ini..21 Februari 2012..
genap sudah 5 tahun berkhidmat dengan Bahagian Matrikulasi, KPM..
cepatnya masa berlalu..
dan anak didik saya bukan sahaja ada yang sudah tamat pengajian di U,sudah bekerja..bahkan sudah berkahwin! dan 2 orang sudah ada anak!-ini sy tau sebab yg masih keep in touch-..(wahhhhh!!)

posting pertama adalah di Kolej Matrikulasi N. Sembilan..
pada umur 25 tahun..
kalau tak pakai nametag..pengajar dengan yang diajar nampak sebaya saja..sighh!!

setelah hampir 2 tahun berkhidmat di KMNS, sy berhijarah pula ke KM Kedah..
sebab perpindahan harusla kerana mengikut suami..
dah menikah dengan orang kedah kan..
mungkinkah akan tetap dan berpencen di sini?
Allah saja yang akan menentukan..

apa-apa pun, sempena genap 5 tahun perkhidmatan ini, sy amat bersyukur dengan rezeki yang diberi..
keselesaan tempat bekerja..dipermudah urusan menguruskan anak-anak..
tak perlu overtime..tak perlu kerja sampai tengah malam..
maka, jika diberi sedikit tanggungjawab lebihan..tak perlula merungut..perlu dingat bahawa ada orang lain berhempas pulas mencari kerja..
yang dah dapat kerja pula mungkin dibebani dengan tugas yang bertimbun-timbun..

bukan nak kata saya takde kerja bertimbun..cuma mungkin tak sehebat bebanan kerja orang lain..
bersyukurrr..
dikesempatan ini nak ucapkan selamat ulangtahun penempatan mengajar kepada rakan-rakan seperjuanagan..
Kak lin, Mira, May dan Fadzil..
yang pernah sama-sama mendaftar dengan saya di KMNS pada tarikh hari ini..
kepada kawan-kawan ex-UUM batch 2002/2006 juga begitu..
berbanggalah menjadi pendidik..tugas mulia ni..


ketika hari persaraan pengarah Januari lalu..preg 7 months..bersama rakan-rakan unit Akaun, Bisnes & ekonomi, KMK Changloon..

9 tukang conteng sambilan:

ainanana said...

sy pun i/allah hujung tahun ni grad..terima kasih atas semua ilmu yg cikgu curahkan..:)syg cikgu..-aina-

Ummi said...

terima kasih aina..sudah add blog awak dlm student list sy :)

amal said...

akak lecturer kat KMK ke.. saya dulu student KMK gak.. tahun 2004-2005 hehe.. seronok dok sana.. mcm2 pengalaman :)

Ummi said...

amal..2004-2005..mase tu akak dok ngaji kat uum lg..heee..same2 student la kite mase tu..

Melati Qistyna's Mummy said...

Due April ye kin?

Ummi said...

haah kak abby..akak ni tanye mcm nak tolong jaga sy dalam pantang pulak..hahahah..ampun ye kak..gurau2..heheheh

amal said...

lerr akak kat uum ke masa tu.. saya pun selalu pegi uum sebab abang & akak ipar saya belajar kat situ masa saya kat kmk ehehe.. selalu sgt ulang alik changlun-sintok

Melati Qistyna's Mummy said...

ahahahah... kalau dekat2 akak tlg jaga bb je, jaga mak bb akak x pandai... :P

smallittlefinger said...

salam puan syikin..blog sy y ade dlm list puan tu y ''pelita kecil'' tu da xde..sy buat y baru, http://atap-rombhia.blogspot.com
hehe..tq puan :))

JOM SHOPPING!!