ketika membaca beberapa status di fb..sy terbaca status syahirul.com
berkenaan menjana wang haram dari berblog..
saya baca sekali lalu saja..
dua hari kemudian saya terfikir semula..lalu cuba mencari semula status syahirul itu..
p ke website dia pon tak jumpa la pulak artikel berkenaan isu itu..
lalu seperti biasa, ambil inisiatif sendiri..sangat perlu mencari penyudahnya kerana saya sendiri menempek iklan nuff di blog ini.
google je la..
lalu berjumpa la dengan banyak blog yang mencoretkan isu duit nuffnang ini..
seperti biasa..ada yang setuju tentang keharamannya..ada yang tidak..
semuanya berdasarkan hujah-hujah tertentu..
antara hujah yang diguna pakai oleh mereka yang tetap -kipas susah mati- nuffnang adalah:
1. iklan yg dipaprkan dari nuffnang boleh ditapis (filter).ini bermakna..kita boleh elak dari iklan arak / rokok
2. terdapat syarat dan perjanjian antara blogger dan nuffnang/pengiklan. tidak dibenarkan klik iklan sendiri atau menyuruh orang lain klik iklan yang dipaparkan.
awak klik saya..saya klik awak eh
tolong klik ke tabung kahwen saya3. Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.Nuffnang selalu je bayar dengan bayaran yang sepatutnya diperoleh oleh blogger..
dan ada la lain-lain hujah..contoh mereka yang bersetuju dengan nuffnang adalah blog ini
antara artikel lain adalah seperti berikut:
Menurut Ustaz Amin, menyertai iklan perklik ( contoh nuffnang ) ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.-sumber SINI
pandangan dari ustaz zaharuddin pula boleh di baca di sini .
Saya bersetuju sekiranya semua syarat mengikut kaedah Islam itu jika dipatuhi..maka tiada sebarang masalah.semestinya halal. TAPI..satu yang saya pasti tidak dapat saya elakkan adalah apabila iklan-iklan yang dipaparkan tidak menutup aurat. Tidak menutup aurat tidak semestinya model yang berpakaian seksi..yang berpakaian sopan pon, tapi tidak menutup aurat..aduhh..tak pasal-pasal saya tumpang tambah share dosa kerana menyebarkan gambar itu..cukuplah dosa yang sedia ada..
Saya pernah menerima sekali cek dari nuffnang, tapi cek itupon tah hilang entah kemana. Alhamdulillah lah hilang. takde la rasa ralat sangat, sebab saya tak pasti adakah duit itu datang dari iklan yang halal/haram..
dalam islam, eloklah kita jauhi perkara yang syubhah kan.
Jadi, dipendekkan cerita..tak serabut kepala, remove kan sajala. Pada mereka yang lain, tepuk dada tanya iman. Saya hanya mahu berkongsi.
Kalau ada kaedah lain untuk menjana pendapatan suam-suam kuku dari blog bolehla share. Heartbeat? ke..yang lain?entah..
sharing is caring (^__^)
pssss: sedang berkira-kira mau menukar rupa paras blog ini..tetiba!
4 tukang conteng sambilan:
betul gak tu, model nyer seksis. baru saya sedar..thanxx :)
owh ye ke kak? thanks sharing.. :)
p/s ; ubah sket boleh gk.. tahun baru kata kan.. hehe
Kin,
Alamaaakkk...biaq betoiii...sib baiklah x banyak pun income dari nuffnang nih...
Sekali jelah dapat cash-out...pastu x dapat2 dah...:-)
tolong ajarkan cara nak buang iklan nuffnang tu boleh?
Post a Comment