Status darah.

Mase nak bersalinkan kakak dulu, tanda awalnye ialah umi turun darah sket.
mase tu belum masuk waktu zohor n tak sakit sangat..
mase tu timbul la persoalan,boleh ke solat?
so, untuk kepastian, tanye pada sorang akak ni,ustazah di KMNS mase tu..
setelah die pon merujuk2 pada orang lain,katenye boleh solat..
darah tu dipanggil ape ye..lupe dah..
baru2 ni en zahir sy plak tolong carikan jawapan..
dan inilah penyelesaian kepada persoalan saye tu..


Status Darah Sebelum Bersalin
Posted on Thursday, 22 May, 2008 by Abul Harith
Soalan : Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Dijawab oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-
Mazhab Hanafi & Hanbali : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.
Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.
Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.
Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-

الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض


Ertinya : “Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :
“Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID” ( Al-Majmu’, 1/412)
Sekian,
Sumber : Zaharuddin Abd Rahman, http://www.zaharuddin.net/, 1 Mei 2008



4 tukang conteng sambilan:

ZuRaNaI said...

kak ikin keje kmns ke dlu..
hii saye kmns skjap b4 msuk uia..thun 2006..

Ummi said...

zuranal : xjupe la kite..akak posting feb 2007..

lily lotus said...

ooo gitu..dah faham..thanks kin ;)

Ummi said...

lily:kite kongsi2 ilmu yer..

JOM SHOPPING!!