anak perempuan

assalamualaikum..

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Berbanggalah anda jika anda mempunyai anak perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh memasukan anda kedalam syurga Allah S.W.A.
Wallahu A’lam…

dipetik dari sini 


kakak ina..umi dah ajar kakak bertudung dari kecik ni..ingat ye..jaga aurat sampai akhir hayat..

kakak kata sayang ayah kan..kakak kata tak mo ayah masuk neraka kan..


Alhamdulillah usaha untuk mencelik mata k.ina untuk solat sudah nampak hasilnya..
belum cukup LIMA waktu lagi..
pelan-pelan kayuh ye..

da boleh harap solat sendiri..tak sempat dengan umi sebab umi kena kejar waktu untuk solat..kalau tak..kena buli dengan zakwan..boleh telepas waktu solat dibuatnya..



yang ni namanya -solat ikut dan-..hahaha..takpe..yang penting ada kesedaran untuk solat..


tengok gambar ..tengok cd..follow umi solat..dan amali solat kat sekolah..harap-harap kak ina sedar kewajipan solat ye..

jom didik anak-anak kita solat sejak dari kecil..
slow-slow pon takpe..
biar sebati dalam diri..biar tahu wajib solat walau dimana jua..


beri mereka motivasi..
belikan telekung..sejadah..ajak solat sekali berjemaah..
jangan tunggu diaorang dah jadi buluh baru nak dilentur ..takut patah..

umi bukan bagus sangat..
cuma berharap dapat mendidk anak-anak umi jadi anak-anak yang soleh dan solehah..
takut nanti dipersoal di sana..jalankan kewajipan sebagai ibu-bapa sebaiknya..

takut bila tengok ramai anak remaja sekarang berpakaian..nauzubillah..
terfikir..mak ayah diaorang tak marah ke?tak malu ke?

dalam hati..doa terus supaya anak-anak umi dipelihara dari melakukan perkara yang sama..
dan semoga anak-anak orang itu..diberi petunjuk oleh Allah untuk kembali menjaga adab dan aurat..

jagalah anak kita sebaiknya..meraka adalah AMANAH..




1 tukang conteng sambilan:

Shuhaida said...

Suka baca blog umi. Jarang2 comment. Sy suka entry ni. Sy pun ada anak perempuan jugak. Baru 2 bulan. Terima kasih sebab share.

JOM SHOPPING!!