..JANGAN jika belum sampai masanya..

assalamualaikum..

Mendesak pelajar di usia tadika dan rendah untuk bergelumang dengan ‘stress’ belajar berlebihan, kerja sekolah yang menggunung serta terlalu keras dalam penekanan pada peperiksaan hanya akan menghalang sebahagian pelajar pada usia ‘bermain’ itu mengembangkan aqalnya dengan sempurna. Kesan negatif ini sering menimpa kanak-kanak lelaki yang mana cara belajar mereka lebih perlu bersifat santai dan tidak fokus berbanding kanak-kanak perempuan. Mungkin itulah salah satu faktor mengapa ramai lelaki gagal ke universiti.


Selain itu, muncul pelajar yang ‘bencikan sekolah dan pelajaran akibat terlalu tertekan dengan peperiksaan di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Jika berjaya pun, lahir pelajar yang ‘kaki’ menghafal tanpa faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisyen di dalam dunia kerjaya. Hasilnya, berterusan Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir, kreatif, inovatif dalam pelbagai bidang, sama ada agama, sains dan teknologi, ekonomi dan sebagainya.

Tentunya saya tidak menafikan ramai juga telah berjaya melalui sistem ini, namun saya kira jika ia diubah, statistic kejayaan itu mungkin akan lebih membesar.

baca artikel penuh di sini

ketika membaca artikel ustaz zaharuddin ini..saya terfikir..bila masa yang sebenarnya sesuai untuk mengajar anak kita membaca? belajar mengira?..
kakak ina dan adik zikry memang sudah mula belajar di sekolah..
di rumah umi sibuk beli macam-macam buku supaya mereka "sayang" pada buku..
bukan umi paksa..cuma mahu kakak dan adik biasa dengan buku..
kadang-kadang buku yang dibeli -bukan level- mereka pun..
asalkan ianya BUKU..
bila baca artikel ustaz..takut juga kalau nanti umi berlebihan mahukan anak-anak yang cepat pandai membaca..mengira..
takut kalau kakak dan adik stress..
tapi, alhamdulillah setakat ini mereka gembira dengan buku yang ada..
gembira menconteng kertas dan dinding..dinding okeh!!
kadang-kadang buku rujukan umi juga menjadi mangsa..jika dibiarkan sahaja di atas meja ..
mau lebih santai..pasangkan saja cd..mereka akan ikut..kadang-kadang menari dan menyanyi sekali..
dulu ada beli  cd "your baby can read"
tapi tak pasang secara konsisten..sebab ada banyak cd lain..umi gila beli cd juga..huuu..
maklumla kadang-kadang tak sempat nak baca buku dengan kakak dan adik..on cd sajala sambil masak..
umi tak harap kakak dan adik boleh membaca dibawah umur 5 tahun..
tapi kalau mampu, tahniahlah..
TAPI (tapi lagi..) insyaAllah umi pastikan umur 5 tahun kakak sudah boleh baca blog umi (^__^)




semalam umi beli buku BESAR untuk kakak..
dengan sukukata yang berwarna..
yang macam ada disekolah kakak..
tapi zikry yang lebih-lebih..




sempat berposing selepas berjaya mendapatkan buku dari kakak..
kakak sekarang dah banyak mengalah dengan adik..
umi suka!!


zikry bokbekbokbek..
konon tengah baca buku..


bila kakak nak baca juga..
dia boleh landing atas buku tu..
hahaha..
cheekyyy!!!
kakak tak marah..
kakak ambik kura-kura buh atas zikry..


zikry bergolek nak tolak kura-kura..


sudahnya umi padam lampu dan kita tidoooo...
esok je la umi bacakan cerita buku tu ya..






4 tukang conteng sambilan:

OneSimpleMother said...

tenkiu for sharing syikin. akak pun pernah baca di baby centre, tiada bukti saintifik yg baby yg boleh membaca di usia yg terlalu awal akan dapat belajar dengan lebih baik benda2 yg lebih kompleks waktu dia meningkat dewasa nanti. jadi biarlah kita mengikut fitrah kan. akak pun tak nak paksa sangat luqman. santai2 jer.. dia pun mmg tk fokus nampaknya.. nak main jer.. hehehe..

noradzlina.kamdani said...

bio la ank2 membeso secra semulajadi..blm umonye utk ke arah bijaksana mcm tu jgn la dipaksa...tp utk encourage ank2 suka baca buku mmg kene pupuk dr peringkat awl lagi.
syaza dgn ikram skrg pun dh ikut habit kak lin baca buku b4 tdo...terpaksa tutup lampu utk paksa tdo plak...

mizzbutterfly said...

saya dulu ade buku ceruta mcm kakak tuh...sama...huhuhuhu

Anonymous said...

kak mas..tambah-tambah luqman tu boboy kan..memang nak main jek..heeh..biarkan mereka bergumbira dulu kan..
kak lin..kirenye betul care saye memupuk bace buku ni eh?sila la beri tunjukarjar sifu..
cik rerama..beskal n kete mainan ank sye pon sume same ngan awak eh?hahaha..awak sezaman dengan mereka..cewah!

JOM SHOPPING!!