Langkawi-Part 1

2
COMMENTS
assalamualaikum..

ni baru terhegeh2 mau update vacation sempena pulangnya si ayah haritu..
last minute punye planning..
perut tengah berat kalau ikutkan p mana pon malas..
tapi kalau tak p sekarang..entah bile laaa nak jejak langkawi nun..
hahaha..

padahal bukan jauh mana pon Changlun-Langkawi..
tapi laki bini memang tak penah sampai.


Tp disebabkan macam dipermudah je urusan nak p sana..dapat homestay..sebab kami p seminggu sebelum mulanya cuti sekolah..p pon weekdays..
kebetulan umi pon tengah cuti sem
..so..jalan aje la kan..


rezeki la dapat tempat duduk dalam feri tepi tingkap..kalau dapat seat tengah kebosanan la bebudak nii..

ya ampun...pipi zakwan..hahahah

sampai kat homestay lepak-lepak saja dulu..
keluar pon lepas Asar..ni masalahnya bila p tempat dekat2..
tak boleh nak jama'..makanya nak senang kena la asar siap2..



so 1st day ..petang tu hanya p makan-makan dan jalan-jalan tengok pantai Chenang je la..











ni view sket rupa homestay..




Homestay ni bayaran RM150 satu malam. rumah teres corner lot
3 bilik..adala dapur periuk belanga bagai kan..
macam biasa laa..

rasa selesa aje..
lagipon memang sesuai amik homestay sebab MIL n sorang anak menakan folo jugak..

Kot berminat ni no tepon owner , En Puadli 019-456 2005

Malam tu kami p berjalan umah kawan sekerja umi..ustaz zukilan..
tu pon jenuh sesat larat jugak..
dulu-dulu umi bayang langkawi ni cam Pangkor je..huhuhu..
rupanya kalah Changlun..


ok..sket2laa..

nanti sambung untuk aktiviti 2nd day












assistant baru..

1
COMMENT

assalamualaikum..

ya ampunn..
berabuk abess..
tak berupdate berbulan..

tah kemane ilang mood mengupdate blog..
sebab husben ade kot??

so sekarang incik suami sudah kelautan lagi (onboard 21 Disember)

dalam sejarah ni..
selalunya waktu2 cenggini la beliau sign off..
sekarang..sign on pada minggu ke 29 (huuuu)


dengan harapan..
dapatla dia balik sebelum deliver..
kita hanya merancang..belayar 2 bulan saja kali ni..insyaAllah
wait n see..

dan umi akan super duper menyibukkan diri..
biar 2 bulan tu macam 2 hari..kekeke
kalau dulu bz dengan master..

sekarang bz dengan trendyzs dan shaklee la kan..
(berangan nak p oberc belanja husben dengan income shaklee-boleh??kekeke)
cabaran ni okeh..baru semangat!

terima kasih suami sebab kali ni walaupun ditinggalkan dengan perut yang tengah sarat..
umi tak keseorangan nak jaga 3 orang tu..
sebab dah ade assistant..

alhamdulillah segala urusan dipermudah..
hari Jumaat, sehari lepas husben p melapor diri di opis.. pengasuh budak2 ni dah sampai..walaupun plan asalnya dia mai hari Sabtu..dapat jugak sampai awai..
elok2 aje ayah p, zakwan sakit mulut plak..serawan orang panggil..
penat uminya jangan cakap..sebab dia dok merengek dan merap..
nak menyusu pon tak boleh..
kasik makan ice cream, nasi dia x boleh makan,moi pon tak mau..
petang Jumaat pas amik pengasuh diaorg, terus p kfc..sb nak beli mash potato utk zakwan..
alhamdulillah..habis sebekas dia mkan..harusla laporrr..

eh..eh..
sekali sekala dapat keyboard cenggini laaa..
kekekek..

pasni nanti plak akan diupdate bila berkelapangan..
insyaAllah..



apa nak di kata..

1
COMMENT
assalamualaikum..


Bina pendapatan kedua

0
COMMENTS
assalamualaikum..

Sumber artikel

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!


Artikle ni akak jumpa masa surfing internet suatu masa dulu.
Dah lupa kat mana akak dapat.
Hehehehe.. Baru sekarang akak nak kongsikan.
Minta maaf yer.. Hehehe
Jangan marah aaa..

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku. Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!



7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.

sumber atrikel: http://shuhaidablog.blogspot.com/2013/10/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html


nice sungguh entry ini..

dan saya suka point ke 4 beliau..

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!








walaupun dah ada Trendyzs, saya masih lagi nak join berbisnes dengan Shaklee..
selain hampir TIADA risiko..bisnesnya mudah..modalnya rendah..hanya RM75 seumur hidup!!
bayangkan saya yang bekerja 8-4 boleh sambil2 buat bisnes ni..inikan pulak orang lain yang bergelar surirumah sepenuh masa..
Apa-apapon, saya percaya minat dan kesungguhan itu perlu..
walau apa bidang yang kita buat pon..

sapa2 yang berminat untuk join bisnes shaklee bersama saya..boleh saja pm saya di FB syikin zahir..
dah banyak testimoni rakan-rakan dah sy publishkan..
pm, we chat, wassap, sms pon boleh 019-357 1510






4 bulan yang lalu..

0
COMMENTS
assalamualaikum..


ni gambar 4 bulan yang lalu..
sehari dua sebelum si ayah sign on..

dan sehari dua lagi..insyaAllah ayah nak balik..

Di restoran upin & Ipin di Ipoh..





bila balik perak selalu p jusco..
kat kedah sebijik Jusco pon takde..
heran..heran..huhuhu




ekceli gambar ni dah rotate tp tetap kuar macam ni jugak..
ayah beli beg baru untuk sign on..
beli sebijik beg..nak tergelaknya bila balik siap pos2 barang sebab beg tak muat..kekeke










ayah balik ni rambut zakwan & angah dah lebat..umi tak penah bawak depa p potong rambut pon sepanjang 4 bulan ni//rambut zakwan ok lagi..tp rambut angah dah "semak" sangat..hiii


 bertambah syoknye..ayah balik ni..kebetulan waktu umi pon dah nak dekat cuti sem..
ni siap hapdate blog pasal kebosanan bile study week..next week dah final exam..
exam pon dapat excuse takya jage..pregnen la katekan.. (^__^)


lately mata ni letih sangat..
rasa nak tido tapi tak boleh nak lena..
bila tgh malam bangun buatkan susu zakwan..lepas tu mula la terkebil2 tak tau nak buat apa pasal tak boleh lena..
semalam sepatutnya p checkup..tapi malas..nak p dengan encik suami saya laa...lalala

insyaAllah plan nak p Mahsuri..
dan mari kita nantikan adik kak ina, angah & zakwan ni boboi ke gegirl..
















melatih otak kanan anak-anak..

0
COMMENTS
assalamualaikum..

Bismillah

saya kongsikan info dan ilmu ini

saya copy and paste dari FB kak long Mie
(jom kita sedekahkan Al-fatihah, di atas kebaikan ilmu yang diberikan oleh saudara kita ini. Aameen)

====================================
Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2

thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card semingguje,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.

memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lahmerapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai

Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

============================
semoga bermanfaat utk kita bersama..

jom kita sama2 berdoa, permudahkanlah Ya Allah dalam urusan kami semua dalam membentuk dan mendidik anak kami menjadi Addin sebagai perjuangan hidup/ pedoman dan jadikanlah anak kami ini khalifah yang memberi manfaat kepada sekelian Alam ... Aameen ya Rabb




 **************************************************************************


melatih anak kupas kulit telur pon sebenarnya salah satu cara melatih otak kanan :)
yang ni umi belajar dari nursery diaorang laaa..






ni aktiviti mengguntuing..
seenarnya kalau nak jimat, suruh je diaorang gunting surat khabar atau majalah. :)






 



umi suka sangat dalam artikel kat atas tu..tentang permainan teka teki..
tak pernah try lagi ..nampak menarik..
alhamdulillah baca artikel ni, so dahdapat idea nak buat ape weekend ni










artis masuk Trendyzs :)

1
COMMENT
assalamualaikum..

Jumaat lepas ada orang kol umi..
perkenalkan diri dia sebagai..sekian..sekian..
dan dia mohon kebenaran nak tumpang jadikan Trendyzs lokasi penggambaran sebuah drama..

Umi pon ok aje..
ni kan salah satu cara nak market Trendyzs :)
Encik X itu (sudah lupa nama laaa) mintak umi berada di kedai sepanjang proses penggambaran.

dan kebetulan kak ina & angah weekend akan melepak di rumah pakngah diaorang..
so bawak zakwan sorang :)


ni umi tempek sikit gambar sepanjang proses penggambaran..
bukan umi yang snap pon..
staff Trendys, Lia yg snap

sepanjang penggambaran umi tak dok dalam kedai..


sat lagi takut zakwan tu mengganggu..huhuu
dok luar kedai aje la..



Lia dan mak Engku...ekceli umi pon tak tau nama dia ape..tapi biasa tengok..dah depa kata nama dia mak engku..

ni hero dia..shah jaszle --betuk ke pon eja tah..

ni antara krew..ramai jugak..termasuk tukang mekap, bancuh air semua ade dekat 15 orang..

diaorang ejas barang & rak ikut kesesuaian..tu yang bertudung hitam siti saleha..berlakon mengandung tuh..



jasmin hamid & siti saleha

kalau tak silap diaorang ni berlakon jadi anak & mak..jasmin tu mesti jadi mak jahat ..hahaha..selalu macam tu kan..

shooting ..

lepas tu krew akan kemas balik ..letak balik barang yang mana diaorang ubah






Penggambaran dua babak aje..
tapi amik masa dekat 2 jam..
zakwan dah merepek-repek dok luar kedai..takmo dok diam..haiisshh..



penggambaran dah selesai..lega dia dapat masuk dan tengok upin-ipin.

dapatla bergambo dengan siti saleha..kalau permanent bertudung gini kan cantik..doa-doakan..

okeh..zakwan dah ngamuk sakan..hahaha..tak kasik can langsung


So, sapa-sapa nak tengok Trendyzs boleh tunggu siaran drama ni ye..
Tayangan sempena awal Muharram..
slot Cerekarama..
Tajuk drama ni Dari sinar mata..


Share satu lagi..
ramai gak tanye berapa diaorang bayar Trendyzs?
Jawapanya..FREE..


tumpang sat saja..
nanti diaorang kasik kredit kt Trendyzs je..
n bagi DVD sebijik..
kata bos dia laa..

okeh..
ni pon pengalaman kan..












Bibik ku sayang..

0
COMMENTS
assalamualaikum..


kekekeke..ape ke mende tajuk aih..hahaha

alhamdulillah syukur tak terkata bila dah berbibik ni..
ringan segala kerja
balik rumah lepas penat bekerja dah boleh berlapang dada..

bila nak p kerja pon tak susah hati dengan lantai melekit likat dengan tumpah itu dan ini..
tak sakit kepala menengokkan kain baju yang nak dibasuh..nak di sidai..nak dilipat pon bertimbun
segala kabinet yang berhabuk..
sekarang semua dah clear..

mendapat bibik yang bagus itu adalah salah satu rezeki dari Allah juge..

kenapa umi kata bagus?
bibik ni @ sarah senang diajar..
nak guna mesin basuh tunjuk sekali aje..
bagaitau ape nak buat pon bgtau sekali aje..
dan ada benda yangumi tak suruh buat pon tapi semua setel..

contohnya cuci peti ais..
tak teringat nak suruh buat.tapi bukak2 peti aih..
ehhh..macam baru gitu..hiii

cadar anak2 pon dia tau bila nak basuh..
cuma haritu pening sikit sebab dia tak cam mana satu baju kak ina..angah.. n zakwan..
tapi sekarang dah makin ok..


banyak kali dah umi balik rumah waktu yang tak sepatutnye..
unexpected gitu..
tapi tak pernah sekali pon waktu umi balik tu dia tengah dok saja2..ada je benda yg dia lap..sapu..mop..

 umi selalu pesan makan ajela apa yang ada kat rumah tu..
tapi,..pemalu orangnya..
tengahari suami dia bekalkan nasi bungkus siap milo ais..
walhal setakat milo tu ade je kat rumah

 pagi-pagi bila buat breakfast umi tinggalkan untuk dia..
tu pun siap pesan "tolongla makan" ..huhuhu

hampir sebulan sarah berkhidmat..
secara keseluruhannya..umi sangat puas hati..

terima kasih sarah (walaupun memang dia tak bace blog ni)

terima kasih jugak suami sebab bagi ijin berbibik.. (^___^)
 










yeyyy..nama sudah keluar :)

1
COMMENT
assalamualaikum..





klik sini


 MBA..1 december 2013-sunday okeh :)
alamak..pagi..huhhu..konfem tak boleh sampai kat sane pukul 7.00..7.30 pon belum tentu tu..huhuhu

mesti kalut dengan anak-anak..nk hantar p sekolah..nursery..
gmana kah ini husben?



okeh..nama saya ade disitu :)




seronoknya berkongsi testimoni ESP Shaklee

0
COMMENTS
assalamualaikum..


ye..
memang umi tengah mabuk berShaklee sekarang ni..
happy tengok rakan-rakan yang mencuba shaklee puas hati dengan produk yang diaorang beli.


jom tengok testimoni dari seorang sahabat lama ni...memang lama..sejak dari sekolah rendah..nama dia tak kasik publish..hehehe


dia guna set bajet utk ibu menyusu..
so umi suggestkan set ESP + Alfalfa







 sapa-sapa yang berminat untuk mendapatkan set menyusu ni boleh roger-roger umi eh..
bila beli siap boleh dapat konsultasi percuma..
yang penting puas hati..anak cukup susu..mak pulak slim..
nak beli pon boleh ikut bajet masing-masing..
dan harga adalah terbaik di pasaran...




kenapa saya suka MEALSHAKES!!?

2
COMMENTS
assalamualaikum..


umi sangat excited dengan mealshakes!!
haruslaaa..
tak sampai seminggu pon guna..dah nampak keberkesanan pada anak-anak..
terutama pada si angah..yg memang sangatlaaa memilih kalau bab-bab makan ni..

dia suka makan roti..tak pon spagheti..ala-ala mat saleh la konon..
kalau suruh makan nasi..dia akan makan nasi saja!! taknak lauk..sayur..kicap pon takmo..


tapi..
jeng..jeng..jenggg..

sejak umi campurkan mealshakes dalam susu dia..
nampak ketara perubahan selera makan dia..
takde masalah nak makan..

seronok sangat weekend hari tu..bangun tidur dia kata nak makan nasi..wiii!!




ke-eksaite-an itu harusla dikongsi dengan si ayah..





malam tadi pon puas hati sebab apa yang dimasak memang licin..
tak ke heppi bile penat balik keja, pulun masak..pastu anak-anak makan dengan seleranya air tangan umi depa?

ini sedikit info tambahan mengenai mealshakes:


Fakta menarik tentang Mealshakes:

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.



so, sapa-sapa yang berminat nak dapatkan mealshakes ni..
siap dengan konsultasi & resepi..

meh roger-roger umi eh..

biasalaa..umi memang akan test sendiri dulu..
dah puas hati bolehla dikongsi dengan kawan-kawan..

nantikan review untuk vitamin lain jugak eh..











JOM SHOPPING!!