Tips-tips melawat ZOO TAIPING

Nov
27
2012
assalamualaikum..


Hari tu, on the way nak balik Perak, kami sefamily ambil kesempatan menyinggah ke Zoo Taiping.
alang-alang dah menempuh jalan nak balik Parit kan..
singgah la..dah berjanji pon dengan anak-anak.

Kakak & angah pon bukan main excited bila tau nak p zoo..hari2 cakap pasal zoooooooo..huhuu..


Hari cuti sekolah memang la ramai orang..yang datang dengan rombongan, yg datang dengan famili..parking pon jauh sikit la dari entrance..

tiket masuk untuk dewasa RM12..
warga emas dapat diskaun...Mil dapat potongan 10% ke 20% eh..lupa plak..
Kak ina & angah RM10
zakwan free aje..

eh tajuk pon TIPS nak melawat zoo kan..

1. bila mula-mula masuk..kite kena berpikir jap..heheh..nak naik trem atau nak jalan kaki? memandangkan haritu ramai orang, malas nak Q. tapi kena set dalam kepala awal2..perjalanan adalah sejauh 2.5kilometer..bagus untuk bakar lemak.



bila tengok gambo ni..nampak si ayah lebih excited dari anak-anak..hahahaha


2. Kalau bawak anak-anak, rasanya lagi seronok jalan kaki..naik trem kita bukan boleh turun..lalu je..sambil driver tu bgtau itu haiwan apa..ini haiwan apa..(dengan suara yg mcm dah bosan jek)huiihuii..umi tau la pasal tiap kali berselisih dengan trem, dok dengar driver tu cakap apa..naik trem menyebabkan kita payah nak bergambar jugak..

semangat ooo..kak ina..



3. Untuk bawak anak kecik macam zakwan..ada stroller pon bagus. jalan elok saje..kot la anak kecik mengantuk ke ape kan..tapi zakwan sangat excellent.tak meragam..tak mengantuk.cuma mata jadi bolat-bolat tengok macam-macam..kami p haritu bawak babycarrier saja.itupon zakwan tak boleh dok lama pasal berpeluh2 dia..so,bermula acara dukung berganti-ganti antara umi dan ayah..



seronok la budak-budak ni dapat tengok
 dengan dekat macam-macam haiwan..ni tengah tengok ikan..ada keli afrika yang besar lengan dalam tu..


yang ni lupa dah ade haiwan ape eh yang diaorang tengok..

  



ni tengah tengok Flamingo..sekarang bila tengok kak tv kak ina kata "umi..tu BINGO macam kat zoo.."huuu

4. tips lain: umi perasan semakin jauh berjalan, semakin besar haiwan yang akan kita jumpa.awal2 tu kita akan jumpa haiwan yg kecik2..monyet,burung,ikan,landak..etc2..sampai kak ina pon bosan..asyik tanya mana zirafah???gajah??..saja ye dia nak bagi kita gigih berjalan..haiwan2 besar ada nunnn di hujung perjalanan.huhuhu..


yesss...dah start sampai area haiwan besar2..ada zebra!!!angah..awak posing macam YB menag pilihanraya..nampak sikit kemuncitan perut dia..hahaha






 5. jangan risau kalau penat berjalan..ada banyak wakaf untuk kita berhenti berehat.umi pon boleh bf zakwan..ada je wakaf yg agak tersorok,redup pon iya.


6. haritu kami langsung tak bawa apa-apa bekal untuk berjalan sejauh 2.5 km..kesian kakak & angah..asyik kata penat..dahaga..masa ni jenuh la ayah pujuk budak 2 orang tu untuk terus berjalan..mana larat nak dukung diaorang.huhuhu..so, parent..nak p zoo ni make sure sekurang-kurangnya bawak air mineral..untuk yg mau berjalan macam kami laa..JANGAN bawak makanan..keropok..kerepek..semua tu tak payah..sebab nati ade monyet..ke beruk..ke kera..ntah..dok aim nak amik..hahahah..kalau nak bawak gak, sila simpan dalam beg galas.

nak bergambar dengan zirafah..diaorang sombong plak..hihihi





yang ni captured by kak ina..berlatarbelakangkan unta..pandaila kakak!

7. bila berjalan, kita boleh tengok haiwan dekat2..tapi dilarang bagi makanan.perbuatan budak dua orang kat bawah ni tidak boleh dicontohi.dahla bagi makan daun kering jek..hahahaa..sian kat kangaroo tu..tertipu!!




8. Dihujung destinasi, ada la orang jual souvenier, aiskrim,roti, etc2..dan seperti biasa,harganya macam harga dalam zoo la kan..mahai juga..biasa la tu.. dah penat, beli je.siap dapat upah aiskrim untuk kakak & angah sebab gigih menghabiskan perjalanan sejauh 2.5km.Bravo!!!

lakonan semata-mata..konon dia pon penat berjalan..haussss..hahahah


ohh..lupa nak bagitau..masa mula2 masuk akan ada orng offer untuk ambik gambar..kami pon posing la sefamili..bila nak keluar ada la nanti gambar kita terpampang kat board dia..boleh pilih nak amik ke tak..

dan seperti biasa...harganya lagi hebat dari kedai gambar...kui.kui...





ate..dah ini je complete 1 family punya gambar..nak bawak tripod macam agak poyo..hahaha.mahal pon bayar jugakla..yg ni size 8R berharga RM30 sekeping..-nangesssss!!



okeh..sekian entry bertajuk  Tips-tips melawat ZOO TAIPING..

1 tukang conteng sambilan:

lily lotus said...

seronok tengok ;) jenuhlah menapak jalan dalam tu yer. takpe exercise hehehe

JOM SHOPPING!!