ulang tahun ke DUA..

3
COMMENTS
assalamualaikum..

 

 
pejam celik..pejam celik..hari ni genap sudah 2 tahun sy berblog..
bermula entry pertama pada 29 Jun 2009..
hinggalah entry ini , membawa kepada entry ke 656..

 

 
banyak benda dah dicatat dalam blog ni..
milestone kakak dan adik semestinya..kisah suami yang jauh dimata..kisah seorang umi membesarkan anak-anak. tentang keluarga .tentang kerja..tentang study..tentang kawan-kawan..segala dugaan..pahit..manis..sedih..gembira..semua ada..
moga ada ulang tahun blog ini yang ke 20..ke 30..selagi hayat dikandung badan..
moga blog ni dapat dijadikan rujukan kakak..adik..dan adik-adik di masa depan..

dari blog ni juga dapat kenal dan baca pengalaman mereka yang senasib iaitu geng-geng isteri pelaut..boleh kilik list - mereka senaseb- disebelah ya..

sedikit tentang blog ni:
  • entry paling banyak dikomen >>sini
  • bila blog pertama kali disergah anon>> sini
  • entry paling banyak dibawah label ape ye?>>sini
  • entry menangis>>sini
  • hanya tentang kakak dan adik >>sini
  • orang yang paling setia komen blog ni adalah kak abby
tak tau apa nak tulis sempena anniversary kedua ni..
moga terus dapat berblog..menulis yang baik-baik..dijauhkan dari menulis perkara-perkara yang boleh buat pembaca sakit hati..maklumla,kalau blog private bolehla tulis sesuka hati..tapi bila open macam ni..harus la jaga adabnya kan..walaupun ada orang suka kata -blog aku..aku punya suka..-hmm..tak baik tau..sendiri mau ingat la..satu hari anak-anak akan baca apa yang kita tulis..-ingatan penting untuk diri sendiri juga nih-moga apa yang ditulis jika memberi manfaat kepada orang lain.ada la sedikit saham "di sana" nanti kan..insyaAllah..

terima kasih kerana sudi membaca -it's all about zahirian..a walk to remember-

pssttt:..Terima  kasih kepada 206 orang follower blog lekeh ni

..alahai perempuan..

4
COMMENTS
assalamualaikum..


saya dapat emel dari seorang student..terima kasih akmar..
sempena isra' mikraj..(ramai yang terlupa agaknya)
perkara yang baik elokla dikongsi bersama..untuk teguran dan ingatan buat diri saya sendiri juga..


** Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.

















KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA



1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan:

Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:

Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?



3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...


 ***********************************************************************************

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:




1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.
6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.
8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

..memang patut..

6
COMMENTS
assalamualaikum..
tadi tengahari semasa lunch hour berkunjung ke suatu tempat..
siap buat belanjawan lagi..
dan hasilnya yang dapat saya rumuskan...

MEMANG PATUT!!


LCD

TOSHIBA


1899-15kg
1799-13kg




Cepat-cepat balik ek b..
survey semua dah buat..
total semua dah kira..
borang KWSP pon dah setel
(^____^)








sepetang dengan ayah

2
COMMENTS
assalamualaikum..

ini kiranya sambungan entry -SR itu ayah kami yang punya-
ini aktiviti sebelah petang dengan ayah..
petang tu en zahir bawa kancil pulak untuk dibasuh..
dengan kancil tu la en zahir angkut barang balik dari Batu Rakit ke Changlun
besar jasa si kancil tu..cewah..tetiba..


tengok apakah?
zikry dah nak membooolat balik..tengok perut dia..hehehe
berbeza kan dengan gambar kurus dia sebelum ni

cheeky!
kakak sejak dua menjak ni dah mau berposing..
dah nak berubah umur kot..
lagi sebulan sudah mau masuk 3 tahun maaaa...

alallala..dua beradik ni..bila nak bertiga?
hehehheh

..like ummi,like amani..


ini gambar kenangan hari Sabtu..
Hari Ahadnya ayah bertolak ke ALAM Melaka pulak..
ada course lagi..course lagi..lagi-lagi course..
kita tunggu ayah balik next weekend pulak ye!!

SR itu ayah kami yang punya..

4
COMMENTS
assalamualaikum..
en suami sudah pon habis coursenya di terengganu..how time flies..pejam celik je dah 6 bulan..
jadinya hujung minggu lepas en zahir ada di rumah..
hari Sabtu, kami ke Alor Star membeli barangan keperluan kedai..
OTW balik ke Changlun, singgah ke secretrecipe Jitra..

Pernah 1 hari dulu, masa bawa kakak ke Cmart, dan lalu depan kedai kek Fairy..kakak kata
"alamak !!lupa nak beli kek hepi besdey to you kak ina"
laju je mulut dia berkata-kata
hahahah..umi ingat la kakak oiiii..sebab masa tu dah dalam kereta,payah nak parking dan segala macam benda..hold dulu la beli kek hepi besdey to you kak ina..(walaupun belum tiba masa hari jadi kak ina lagi)
so, haritu dah kebetulan lalu Jitra, ajak ayah bawakla kakak dan adik p SR

kebetulan masa tu kami je customer yang ada..
kakak dengan adik punyala super duper aktif..tak duduk diam..
memang diaorang buat SR tu macam ayah depa yang punya.

berlari si adik kejar si kakak..
umi ngan ayah sakit peparu tau..takut kalau tetiba terjatuh melantun dari sofa tuh..

tak taula apa yang syoknya duduk disitu..
selagi foods n cake tak sampai..tak statik diaorang tu..bergerak je..
terlebih gula ke apa..aktif semacam


dan seperti biasa..
aktiviti berkepit dengan ayah


lain kali ajak ayah p lagi ye..
(^__^)



balik tu, sempat menyinggah la ke otomatic car wash..kakak ina dulu-dulu takut bila masuk car wash ni..la ni dah makin biasa..dah makin ok..si zikry saja yang fobia lagi..

tengok betapa kontara muka kakak dan adik..
kakak bukan main sengih seronok tengok air..
si adik muka cuak je..siap menyorok belakang kakak
hahaha

alalalala kesian nye boy nih..

dok melekat dengan si kakak..takut punya pasal..


no caption..hehehe




ok..itu saja kali ni..
nanti sambung lagi..ade lagi la kisah anak-anak dengan ayahnye...
sebelum ayah ke Melaka..course lagi!!
ate...bile nak dok rumahnye ayah oiiii..





..penyanyi yang asyik lupa lirik..

3
COMMENTS
assalamualaikum..



ayah sengih-sengih gelak dengar radio free ni masa drive..
nak menyanyi asyik tak ingat lirik si kakak nih..
umi jugakkk nak kena tolong ingatkan..
huhuhuu


Jin siang..Jin malam..

3
COMMENTS
assalamualaikum..
kalau perasan..banyak sangat gambar kakak ina, yag pakai seluar jeans..
p mana-mana nak seluar jeans..
lepas mandi je dia dah tanya siap-siap "mana seluar jin kak ina?"

sebelum ni lagi kronik..
sampai tido malam pon nak pakai seluar jin dia..
kena pujuk pulak..
"kalau kakak pakai seluar jin malam ni, esok p sekolah takda dah seluar jin"
baru la dia nak pakai yang lain..







masa kecik-kecik ni la umi nak tengok kakak pakai skirt..pakai gaun..pakai dress..

dah besar sok tak boleh dah kakak..tapi memang dia tak mau..tiap kali stok kedai sampai..ada je seluar jeans..maka adela stok untuk dia..sekarang ni dah 7-8 helai seluar jeans saja..

1 saja cara nak bagi kakak pakai dress..
kena letak dalam beg sekolah dia la..bila mandi kat sekolah, kakak dah takde pilihan lain..kena pakai baju yang umi letak dalam beg..
bila tanya kat cikgu..cikgu kata lepas mandi kakak akan menung panjang dulu..baru pakai dress tu..macam kesian pulak umi dengar..
tau tak kenapa kakak tak mau pakai dress/skirt/gaun/ kawasan yang sewaktu dengannya?
cubalah tanya..jawapannya:

"kakak malu...."

ayah mesti bangga kan..kecik-kecik anak dara ayah dah tau malu..tapi kena sediakan seluar banyak-banyak laaaa...jangan nanti dah besar kakak mintak nak pakai skirt..sebab kecik2 tak pakai..haaa..cari pasal tu!!
dan bila "terpaksa" pakai dress bila kat sekolah..
sampai saja rumah dia terus mintak seluar jeans dia ok...


tengok bukan main gembira dia dapat seluar "jin" dia...
ohh kakak..

i lebiu very strong laaa!!!



..buat pertama kali..

7
COMMENTS
assalamualaikum..
buat pertama kalinya zahirian menang contest..
tempat pertama pulak tu..
contest dianjurkan oleh blog Geng Kapal


nak tengok contest apa kami menang?>>klik sini
hadiahnya sebijik toto dengan fridge magnet..
terima kasih auntie liza..hadiahnya kami dah terima semalam..

zikry excited lebih-lebih..
syok dia main lompat-lompat ats toto..
dan totonya sudah pon dirasmikan..
ingat nak simpan dulu..baru lagi kan..pakai yang ada saja..
tapi kakak ina dengan zikry dah sebok2 bising suruh bentang..
so, malam tu kami tido dengan 3 lapis toto..puas hati!

bukan main rajin zikry baca buku atas toto baru..
si kakak pulak mencebik pasal dia susah nak kena butang baju..
mane taknya..baju tu sempit dah..kakak nak pakai jugak..
umi suruh tukar..tak mau..

 dapat fridge magnet jugak..
kakak ina tanya "apa ni umi"
dan umi kata.."yang ni letak kat peti ais"..
si kakak pon ke dapur..umi tak tengok pon apa kakak buat..
sebelum tido, ke dapur nak bancuh susu..umi tanya kakak..mana benda tadi?
dengan selamba dia bukak peti ais..
ya ampunnnn..dia buh dalam peti ais rupanya..
salah umi jugak..tak explain clearly..hahaha..





..belum terlambat..

2
COMMENTS
assalamualaikum..
belum terlambat lagi untuk entry hari bapa..
teristimewa untuk seorang suami bergelar ayah..
en zahir sudah 3 tahun menyandang gelaran ayah..
hakikatnya, dalam tempoh 3 tahun, bukan selalu ayah ada bersama anak-anaknya..
berbulan-bulan berjauhan untuk mencari rezeki di lautan..untuk isteri dan anak-anak..
tapi..bila sign off..ayahla ayah yang terbaik untuk anak-anak..

bila nak melahirkan kakak dan adik..
memang ayah dah plan betul-betul supaya dapat sign off sebelum umi deliver..
bila ayah bercuti, kakak dan adik seronok sebab ayah akan bawa berjalan..
bila ayah ada..ayah boleh jadi pengasuh bila umi p kelas ujung minggu..
ayah rajin masuk dapur masak macam-macam..
bila ayah ada jugak la kakak dan adik p sekolah ayah yang hantar..ayah yang ambil..
zikry pandai sebut ayah dulu baru tau sebut umi..
kalau kakak atau adik selsema ayah boleh sedut hingus adik dan kakak..selamba je..takde geli-geli pon..

bila orang kata anak orang kapal ni kurang kasih sayang ayah..
anak orang kapal tak kenal ayah..
FRUSSSTTTTT!!kecik hati tau..
zaman dulu boleh la nak kata gitu..
la ni dah canggih..walau jauh beribu batu..ayah sentiasa di hati..



kakak adik dari kecik-kecik lagi dah ber3G..berskype..berYM dengan ayah..
sapa kata dia orang tak kenal ayah?
bila jauh-jauh macam ni..mendidik diaorang untuk sentiasa rindu ayah..
mangajar mereka sayang ayah..dan mengajar mereka memahami kerja ayah..


bila ayah ada..mereka berkepit dengan ayah saja..

masa ayah ada la nak manja sepuas hati..

apa-apa pon semua nak dengan ayah..ayah..ayah..
dan ayah pon memang sememangnya ayah yang baik..
kakak dan adik bertuah la dapat ayah..
bila ayah cuti 100% masa ayah untuk kakak dan adik ..24x7(umi jugakla)
menggantikan masa-masa yang hilang semasa dilautan..
   
selepas hampir setengah tahun ayah di darat..
tak tau la nanti macam mana bila ayah kembali ke kapal..
moga kakak dan adik baik-baik saja..
kakak dan adik kan anak pelaut..
anak pelaut kena hati besi..

 SELAMAT HARI BAPA EN ZAHIR!!
teruskan menjadi ayah kesayangan kakak dan adik..




tak lupa untuk tok arip@abah jugak..
SELAMAT HARI BAPA
terima kasih sebab dah kerja kuat berpuluh tahun untuk besarkan kami 8 beradik..


parcel untuk abah..
sok lusa sampaila..


**********************************************************************************


masa hari bapa kakak buat craft untuk ayah di sekolah..
semangat dia nak masuk rumah lepas amik dari sekolah..nak tunjuk kat ayah..
tapi kakak lupa ayah dah balik Ganu..
bila umi kata, jom ambik gambar bagi kat ayah..
tengok betapa cerianya dia berposing..
see how much she loves her ayah..
walhal kakak bukanla senang nak diajak bergambar..
tapi untuk ayah..kakak buat..

adik zikry pon ada..tp craft dia memang hancur..
kak ina kata."adik buat tak cantek"..hhahahah
alaaaa..adik kan kecik lagi...

..selamat hari bapa..




..roti canai..

0
COMMENTS
assalamualaikum..
ini kisah hari Jumaat lepas..
hari cuti..
kakak dan adik tak kira hari cuti ke..tak cuti ke..tetap bangun awal..
pagi-pagi lepas mandi umi bawa p pasar..
dan mau breakfast diluar juga..dah lama tak bawak kakak makan pagi kat luar..
zikry lagi la tak pernah..


ni tengah menunggu oder..
oder roti canai..
melilau mata kakak dan adik tengok orang ramai..

kalau takde makwah memang mimpila umi nak bawak makan luar..
sapa nak kontrol..




sementara menunggu..takdenya nak duduk diam..
boleh tahan ramai orang Q beli roti canai..

semangat zikry makan..
kembung-kembung pipi dia..

kakak ina pon sama..
makan bersungguh-sungguh..
tapi comot baju kena air milo..dah la baju putih..huuuu
balik rumah rendam terusss!!!


nanti ayah abes course..kita ajak ayah makan breakfast kat luar lagi ye..

..16jam penuh makna..

0
COMMENTS
assalamualaikum..
melangkaui entry2 lain..
selepas blog senyap beberapa hari..entah apa yang disebokkan dek tuan blog tak taulaaa..

semalam en zahir balik ke Changlun..
selepas perjalanan 9jam..
Terengganu-Perak-Kedah..

en zahir balik ke Perak untuk mengambil si Kancil..
pejam celik dah nak habis tempoh course 6 bulan..
khidmat si kancil diperlukan semula untuk en zahir balik mengangkut barang dari Terengganu nanti..
bertolak dari KT lebih kurang pukul 2.30 pm..sampai di Parit, Perak dalam 7pm++..dengan motor..

bertolak pulak dari Parit ke changlun dalam pukul 8.30pm..
mula-mula dok pujuk juga suami terchenta itu..tak payahla balik Changlun..
dengan perjalanan beratus kilometer,dan berada di rumah tak sampai 24jam..hushhh..fikir panjang..
paling dirisaukan adalah keletihan dalam perjalanan yang jauh itu...risau weh..

tapi rindu punya pasal..setelah 2 minggu tak balik..en zahir gigih jugak drive balik changlun..
alhamdulillah selamat tiba jam12.30am..
dalam hati 50-50 nak en zahir balik..jauhhh..tapi bila dia dah sampai rumah,dah depan mata..boleh senyum bergumbira kan..
terima kasih b..(*_*)

tumpang riang gumbira haruslah si kakak dan adik..
celik mata pagi-pagi tengok ayah ada..
dan seperti biasa kakak akan kata "sekolah kakak cuti"..hahaha

agak spoil sebab kena kerja hari Sabtu..
nak cuti raya lebih kan,.so, kena gantila..mujurla kelas 2 jam saja..
habis kelas 8-9am..bawa anak-anak p rumah MIL..
syok diaorang naik kancil..excited!!bosan dah naik kereta ayah..huuuuuu

senyum lebar si kakak..
zikry pon bahagia jek sebab tak payah duduk dalam carseat..

antara aktiviti wajib di rumah tok..beramah mesra dengan kucing yang ada..


anak ayah..
duduk dalam sejam di rumah tok..lepas tu hantar kakak dan adik ke sekolah....
ayah dan umi berjalan lagi..ayah melawat kedai Trendyzs..kemudian beli sikit barang..
destinasi seterusnya adalah ke Taman Seraya


en zahir beli peti surat ..
senang kalau ada bil api,letrik sampai..takla basah kehujanan..


Seterusnya..masa yang ada tak dipersiakan..
ngedate berduaan..lunch di Hotel EDC UUM..sekali sekala..
en zahir yang sangat suka merosakkan gambar wife die..huuuu
ade gambar desert jek..menu lunch dah kena kutip..heheh

Selesai lunch..baru balik rumah..umi ade kelas pukul3-4..
lepas kelas balik lagi..sebab en zahir sudah mau bertolak balik ke KT..
..dan seperti biase..en zahir sombong bergambar..hahaha
sekeping memori tiap kali en zahir nak balik..
bolehla sengih-sengih lagi..nak balik Ganu jekan..
kalau naik kapal????

Cukup sudah 16jam yang diisi penuh makna..jumpa next week plak ye b..Petangnya melepak dirumah MIL sampai malam..rasa kosong jek bila tiap kali en zahir balik ke Ganu..rindu kat anak dia..boleh p umah mak dia..hiii..tak relevan langsung..

JOM SHOPPING!!