Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Terimalah kekurangan Suami seadanya

3
COMMENTS
assalamualaikum..

di copy paste dari emel..

Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?
 
Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
 
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
 
Lalu saya perjelaskan, 
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?
 
Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.
 
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?
 
Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
 
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
 
Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.
 
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata     "NO MAN IS PERFECT"




suka pereggan terakhir itu..
apa-apapun, saya tetap berbahagia menjadi isteri kepada md zahir b samah..
no man is perfect..yess!!
hari ini si dia sudah tiba di Futsu..
insyaAllah nanti akan anchor di Bintulu..saya SANGAT suka!!!
moga Allah sentiasa memelihara perjalanannya ..jauh dimata tapi tetap dekat dihati..



anak adalah ujian Allah

8
COMMENTS
assalamualaikum..

ini captured gambar masa hari Deepavali haritu..
bawak anak-anak beli barang dapur..
sebelum ni ayahnye ade senangla kan..
dah ayah belayar umi la kena shopping semua..

mase ni drypers ade offer..tp limit 2 pack je..


barang tak la banyak mane..semua barang dapur saja..tapi kalau dah dua-dua nak dok dalam troli..nampak full la kan..


penuh semangat gigih ni..nak jugak duduk walaupun dah offer nak dukung..takmo dukung..sanggup bersempit-sempit..


dudukla angah,..asal bahagia..
 Masa ni la terfikir sok anak 3 camane pulak ye kalau ayahnye takde..
ada kawan ni cakap..insyaAlah ade la caranya nanti..doa je moga Allah permudah..dulu masa kak ina nak dapat adik pon pk macam tu jugak..macam mana nak urus 2 orang dalam 1 masa bila husben belayar. tapi ternyata ok saja..fikir positif..macam tu jugakla bila ada yang ketiga nanti..




Anak Adalah Ujian dan Amanah Dari Allah Swt: 

Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.” (Riwayat Bukhari)


 Bila di tazkirah diri dengan ayat-ayat begini..memberi semangat baru..dan menambah banyak sabar..moga dapat jadi ummi yang baik untuk anak-anak..ameen...

..cukup..

6
COMMENTS
assalamualaikum..
(kali ini saya cuba menulis dengan menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul..setelah sekian lama tidak melakukannya di blog ini..moga berjaya)

suatu tengahari,saya bergegas ke C-mart..untuk membeli beberapa senarai keperluan..tiba-tiba saya di sapa oleh seseorang..ohh..rakan sekelas pada semester yang lalu..sedikit soalan tentang perkhabaran diri masing-masing ketika ini..Saya bertanya bilakah dia akan menamatkan pengajian sarjananya? Lantas beliau menjawab ini adalah semesternya yang terakhir..wah..tumpang gembira saya mendengarnya. Apabila soalan yang sama diajukan kepada saya, lantas saya menjawab, saya masih ada 9 "courses" dan rasa seolah-olah sangat lambat lagi boleh diselesaikan (mungkin kedengaran bagai orang mengeluh). Lantas si dia berkata

"sekurang-kurangnya syikin sudah bekerja,sudah ada suami, sudah ada anak..saya ni walau sudah habis belajar nanti masih belum ada apa yang syikin ada sekarang ini.sedangkan umur makin bertambah"

saya hanya tersenyum dan mohon untuk minta diri memandangkan masa yang agak terhad untuk kami terus berbual. Kami sempat bertukar nombor telefon,memungkinkan kami untuk berhubung lagi di lain masa.

Kata-kata ringkas si dia itu sebenarnya memberi kesan yang mendalam. Betapa menunjukkan seolah-olah saya lupa untuk bersyukur dengan apa yang saya ada ketika ini. Saya lupa akan nikmat disekeliling yang saya perolehi hanya kerana sedikit dugaan dan tekanan yang dihadapi. Mungkin Allah pertemukan saya dengan dia pada hari itu sebagai satu pertemuan untuk mengingat dan menyedarkan saya..betapa saya harus sentiasa bersyukur..selalu bersyukur..

*********************************************************************************

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:



"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang.
Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."




Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.


 
lihat sini dan sini



Moga entry kali ini memberi manfaat kepada anda yang sudi membaca hingga ke ayat yang terakhir. Saya mahu bertugas sebagai pengawas peperiksaan pagi ini. Moga para pelajar diberi ketenangan dan diterangkan hati untuk menjawab soalan-soalan penentu masa depan mereka..amin..

JOM SHOPPING!!