Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

marah anak tangan-tangan kan?

2
COMMENTS
assalamualaikum..

bila anak-anak dah 3 ni nak buat apa pon kena plan betul-betul..
silap plan jadi kalut..bila kalut mula stress..bila stress nak marah aje..
sekarang ada dalam 22 hari lagi cuti..
selepas tu dah mula bekerja..
risaunya umi..
rakan-rakan sekerja dah roger2 bila nak masuk kerja..huuuu
kabarnya student ramai..kuliah bertambah..dan seharusnya jam mengajar juga bertambah..
yang pasti..beban kerja pon naik sama kan..

makanya..
umi kena buat persediaan mental yang kuat
bila start bekerja nanti..

sekarang, anak-anak umi awalkan waktu tidonye.
masa ada ayah diaorang tido pukul 10
sekarang pukul9 dah ajak masuk bilik.
sebabnya, nak kan diaorang bangun pagi awal..
mula-mula dulu tido awal pon diaorang bangun pukul 7
selepas seminggu dah ada perubahan..6.30 dah bangun.kak ina kekadang lg awal..so boleh ajak dia mandi n subuh ngan umi sekali.makin besar kakak ni makin dengar cakap sikit.time mood dia ok la kan.

yang menguji kesabaran umi si angah..
malam-malam suruh tido dengan dia..susu nak umi buatkan, tak nak orang lain
pagi-pagi malas mandi..dah umi siap pakai baju tudung semua baru dia kata nak mandi.
dulu masa ayah ada dia tak bangun malam mintak susu.sekarang dah mula balik perangai nak susu pukul 2-3 pagi..adehhh..ayah jampi ape dulu ni??


si angah suke cari pasal dengan kakak.
kadang-kadang bukan ape pon, dia nak duduk kat mana kakak duduk.lepas tu mula la berperang.
bila anak dah 3 ni umi rase makin garang pulak..huhuhuu
sikit-sikit nak marah..tahle..letih kot..
malam-malam dengan umi sekali tido awal..kepenatan di siang hari..kalau hari diaorang p sekolah ok lagi..
tapi kalau hari cuti..jadi bibik sepenuh mase umi ni..hii
ayah ade tinggalkan "rotan" nak on haritu
tapi setakat balun-balun dinding jek umi..takut jugak nanti terbalun diaorang bila hilang sabar..
aduhh..mintak simpang..
umi ni marah guna mulut..tp sesekali guna tangan untuk babap jugak..


hebatla fulltime housewife yang anak kecik-kecik..tapi heran ade je yang sempat berFB?
hahahaha..
kalau weekend nak on lappy pon tidak..
rugi karan jek..

selalu bila rase nak marah-marah..atau memang dah kena marah pon budak-budak tu..
umi akan study..gugel tips2 mendidik anak..
kadang-kadang dah penah baca tips tu..tapi baca lagi..refresh balik..
bila tengah marah kadang-kadang semua tips tu hilang tah kemana..
bila baca tips tu semua balik..rase menyesal plak TERmarah diaorang..
baca cerita kisah orang yang kehilangan anak lagila..hujan terussss..

kakak & angah..sori ye kalau umi marah-marah..
malam sebelum tido kite salam peluk cium lagi ye..yang tu je la buat penyejuk hati umi..
satu yang umi dok buat sekarang ialah bisik kat diaorang mase tido..
yang tu rajin buat..nampak keberkesananya..terutama kat kakak ina..
angah ni sebab kecik lagi kot (kecik ke?)

hehehe..membebel di pagi Isnin..
selamat bekerja untuk yang bekerja..



..tiada pengganti..














7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

0
COMMENTS
assalamualaikum..
Entah ape kena minggu ni ade sedikit rasa-rasa kemalasan dan ketidak seronokan bekerja..
tak tau kenapa..
tak tau mana silapnya..
rasa letih semcam..
budak-budak nak exam..chegu yang terlebih sudah?
hari ni sudah hari ketiga bekerja dalam minggu ini..
kebetulan hari ni ada 1 kelas saja..
patutnya masa terluang harus dilakukan sesuatu yang berfaedah..
maka..sebelum memulakan sesuatu kerja hari ini..
harus cari sedikit suntikan vitamin motivasi untuk bekerja..
dan..ini antara yang saya jumpa..
meh kongsi sama-sama dan moga kita sama-sama bermotivasi untuk bekerja hari ini..esok..lusa..sampai pencen.




7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :



1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.



2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.



3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.



4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!



5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.



6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.



7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.



Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.




Ok jom mula kerja dengan penuh senyuman!!!

JOM SHOPPING!!