Showing posts with label i love business. Show all posts
Showing posts with label i love business. Show all posts

Cara paling laju utk susun buku ikut jadual waktu anak

0
COMMENTS
Assalamualaikum

Alhamdulillah..akhirnya selesai jugak sesi balut membalut buku kak ina..berpeluhla memandangkan dulu ayah dia ada ..buat keje 2 orang memang cepatla.

Sekarang kena balut sorang2..ada jugakla kak ina menyumbang tenaga..tolong potongkan gam selotep..

Haritu enck husben ade wasapkan..cara nak bg senang & cepat susun buku anak..
Memang sesuai utk isteri dia ni..semua nak cepat aje..
Rasenye ramai kot dapat wasap tu..

Ummi pon ape lagi..
Praktikkan terus..

Memula cari sticker yg kaler2 tu..kt cmart abes..kt stationery pon ade 2,3 kaler je..tak boleh la..kena ada 5 kaler sebab anak sekolah 5 hari kan..

Last~last..jumpa ni...




Harganya RM3.20..
Berbaloi dari beli sticker..sebab sticker tu dalam rm2++ satu kaler..5 kaler dah boleh jadi belas2 ram jugak..

Cuma kalau guna yg ni..kene tambah sikit Vitamin Rajin..potong dan tempek selotep pastu baru tempek kat buku..

Dengan gigih buat dr tghari sampai ke petang..

Dan hasilnya....





Hijau ~ahad
Biru~isnin
Oren~selasa
Pink~rabu
Kuning~khamis


Senang gila..berbaloi dengan usaha tempek satu2 bg tiap buku..
Contoh untuk esok, isnin..tarik aje semua buku yg ada sticker kaler biru..
Tak payah nak belek, telek, baca tajuk buku dah..
Menyusun buku boleh setel dalam kiraan saat je..heheheh..1000000xLIKE


Tapi umi tetap ajar kak ina cara 'baca' jadual waktu dia..




Agak pack jadual dia..
InsyaAllah kak ina boleh..hari2 kasik Vitalea for Children (sempat promot tu)..dia akan stay kt sekolah sampai pkl 2.45pm..so kena la kuat mental & fizikal..

So far kakak nampak happy..tambah2 dah dapat duit belanja hari2..
Koperasi tu tempat paling indah utk dilawati..
Ade je mende dia beli..adeshhh..tapi lega ada gak belen duit dia bawak balik..buh tabung..tp dia kata bila dah banyak nak bawak p koperasi la...hahaha..nangessss!!!

Eh panjang plak cite.
Sape rajin sila buat..serius memang berbaloi..susah 1 hari je..lepas tu senang sepanjang tahun tau!



Rak zirafah ni ummi kak ina ade juai..sape nak cepat2 wasap 019.357.1510..
Rege??
RM149 bulan JANUARI 2015 sahaja..
Dan selagi stok masih ade..
019.357.1510


Ndaaaa...

Esok kerja!!!

Ostematrix + Vit E sebelum tido..

Assalamualaikum..
posted from Bloggeroid

Bina pendapatan kedua

0
COMMENTS
assalamualaikum..

Sumber artikel

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!


Artikle ni akak jumpa masa surfing internet suatu masa dulu.
Dah lupa kat mana akak dapat.
Hehehehe.. Baru sekarang akak nak kongsikan.
Minta maaf yer.. Hehehe
Jangan marah aaa..

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku. Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.
Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!



7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.

sumber atrikel: http://shuhaidablog.blogspot.com/2013/10/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html


nice sungguh entry ini..

dan saya suka point ke 4 beliau..

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!








walaupun dah ada Trendyzs, saya masih lagi nak join berbisnes dengan Shaklee..
selain hampir TIADA risiko..bisnesnya mudah..modalnya rendah..hanya RM75 seumur hidup!!
bayangkan saya yang bekerja 8-4 boleh sambil2 buat bisnes ni..inikan pulak orang lain yang bergelar surirumah sepenuh masa..
Apa-apapon, saya percaya minat dan kesungguhan itu perlu..
walau apa bidang yang kita buat pon..

sapa2 yang berminat untuk join bisnes shaklee bersama saya..boleh saja pm saya di FB syikin zahir..
dah banyak testimoni rakan-rakan dah sy publishkan..
pm, we chat, wassap, sms pon boleh 019-357 1510






Saya kini SID

0
COMMENTS
assalamualaikum..

lepas tamat master..
ada sedikit rasa "kosong"..
maklumla..3 tahun rasa tak cukup oxygen..tiba-tiba jadi lapang..

jadi macam -apa nak buat ni?-
memangla sibuk dengan anak-anak..suami yang jauh dimata tapi wassap sentiasa..kekeke
dengan kerja lagi..trendyzs lagi..
tapi bila kita dah "terbiasa " bz..adalah menjadi sesuatu yang pelik bila adanya masa lapang..

lantas umi mencari "sesuatu" untuk dilakukan..
dan kini yang umi pilih ialah SHAKLEE..


entry ini bukanlah untuk umi promot "mai beli shaklee dengan saya"
takk..
umi dah banyak study testimoni..
terasa yakin dengan shaklee.

dan sekarang dalam proses mencuba untuk diri sendiri dan anak-anak..
insyaAllah akan umi kongsikan testimoni umi sendiri nanti ye..
harus cuba sendiri sebelum pandai-pandai nak suruh orang lain cuba..



dan untuk mommies yang sudah menjadi pengguna tegar shaklee..
shaklee kini boleh didapati di Trendyzs dengan harga berbaloi-baloi..

bagitau je-sy dah bace blog syikin..kata boleh dapat harga berbaloi?-
kikikikiki
p je la ye..takya bayar postage




Shaklee di Trendyzs

curik masa...

0
COMMENTS
assalamualaikum..

curik masa nak update jugak...
sebenarnya umi dalam mood bercuti 2 minggu
so, mana ada masa sangat nak berblog..

minggu lepas balik kampung..
lepas balik kampung pulun menyiapkan rumah  nak pindah..
ayah la sebenarnya yg lagi banyak pulun..

umi tolong mana yg patut je la.
tambah-tambah bab nak pilih kipas ape..lampu mane..cat kaler ape..ngeeee..softskill semua..
sapu-sapu dan mop tu memang keje umi la..
ayah yang cat..pasang lampu..kipas..wiring tang mana yg patut..
semua dia buat sendiri..
mujurla ade skill nak buat kan..ayah kata kalau upah orang, nak pasang sebijik kipas je rm70
kat rumah tu ade 7 bijik kipas nak kena pasang...haaa..kira dah jimat berapa utk pasang kipas..




ayah tengah pasang baby fan..nama dia babyfan sebab saiz dia kecik sikit dari kipas standard biasa..ni kat living area.

esok umi ada exam..
hari ni baru nak start study..
ayah kata takpe, study awal2 nti lupa..muahahaha..
saje tauuuuu...tp ye la..kesian ayah ngemas rumah sorang2 kan..
berbelah bahagi betol..
kalau result tak berapa nak hensem ayah tak boleh kate ape2 la kan..
takkan nak tarik balik scholarship..wiiiiiiiii

selain bz dengan rumah, bz meniaga pon ye jugak..
hobi okeh..hiii...hobi le sangat..
masa cuti ni la amik kesempatan nak menjual kan..

 tengok gambar kat bawah ni..


 gambar ni di kirim dek customer umi..pn zaireen..
dulu kami penah 1 sekolah dan sekelas..
pn zaireen beli tikar evamatik dan girraffe storage shelf dari umi..

dia puas hati, umi pon seronok tengok customer happy..


ada sape2 nak oder rak zirapah tu tak..masih buka lagi utk oder..



year end sale LITTLEWHIZ pulak...

0
COMMENTS
assalamualaikum..

dah hujung tahun ni,macam-macam sale ada..
sekarang little whiz pon tengah buat sale..
 jom jenguk ye mommies..boleh klik link di sebelah untuk terus ke little whiz..mesti tak sesat..hii


SUSUN DAN SIMPAN BARANG ANAK DENGAN LEBIH TERATUR

4
COMMENTS
assalamualaikum..

Ada sapa-sapa berminat nak oder girrafe storage shelf ni tak..
umi tengok macam cantekkkkk..
dan memandangkan barang budak-budak ni makin lama makin banyak..lepas tu bubuh dalam box aje..
.nak simpan senang..main tambun je dalam box.. bila nak cari payah.
guna rak jirapah ni nampak teratur jek..
sapa-sapa yang berminat boleh la emel trendyzs@yahoo.com



comellll..

nampak kemas kan..kaler pon cantik..jatuh hati dah ni...


rasa nak buh dalam bilik baru kakak n angah nanti..huhuu


so, mommies lain kalau nak oder jom oder sekali dengan umi..
umi nak borong letak di Trendyzs juga..
umi bukak oder ni sampai 8hb November 2012 saja ye..
dah survey2 harga..dan rasanya umi boleh bagi murah sikit  dari harga yg orang lain offer..
yg umi gugel harga dalam rm200-rm250 tidak termasuk pos..


JOM BORONG JOMMMMMM..




WAREHOUSE SALE-littlewhiz

0
COMMENTS

assalamualaikum
utk mommies semua..
26-28 Okt ni littlewhiz akan buat warehouse SALE..
selagi stok ada bolehla borong

harga nya memang menggugat iman..
silala berbelanja dengan bijak.              >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
nampak gambar kat sebelah tuh..
klik..jangan tak klik
bajet utk anak-anak bulan ni bolehla beli dgn lebih jimat di little whiz..
kan?kan?

JOM SHOPPING!!