Showing posts with label al-fatihah. Show all posts
Showing posts with label al-fatihah. Show all posts

al-fatihah..

2
COMMENTS
assalamualaikum..

semalam, umi lepak di meja seorang kawan, sambil membelek-belek akhbar kosmo yg ada di atas meja.
entah kenapa mata ni menangkap 1 gambar yang macam umi kenal orangnya..tapi siapa ya..
gambar adalah mangsa kemalangan yang meninggal dunia di Perlis..
eh..Perlis?dekat je..tapi siapaaaaa la dia ni..
jenuh umi ingat-ingat balik..betul-betul rasa kenal dia..
lalu umi tanya pada kawan..kenal tak siapa ni..

Bergerak laju jantung ni bila diberitahu kawan-kawan..
mangsa kemalangan tu adalah pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang..
Ya Allah..patutla umi rasa macam kenal..

Dia ada bersama-sama semasa meeting K.U di KL haritu..
Sangat baik orangnya..macam seorang motivator..murah dengan senyuman..
Dalam meeting ada disebut-sebut la dia nak sangat balik ke Perlis..
Arwah adalah Ketua Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Pahang..

Kalau umi yang baru kenal dengan arwah dah terasa kehilangannya..
apatah lagi keluarga arwah..dan warga KMPH juga pasti berasa kehilangan seorang pendidik yang sangat berdedikasi.


kenangan bersama arwah azmir..arwah yang berkaca mata dan memakai lebai, duduk paling hujung


Al-Fatihah..


takziah..

7
COMMENTS
assalamualaikum..

akhirnya,
mangsa terakhir tragedi kapal meletup - MT Bunga Alpinia - dijumpai semalam..
tumpang bersedih..
banyak info yang umi dapat dari Grup - Partner Geng Kapal- & -Komuniti Perkapalan Malaysia- di facebook..
tak mampu nak kata apa-apa..air mata mengalir bila membaca status keluarga mangsa yang terlibat..
walaupun tak kenal secara peribadi..warga PGK &KPM bagai duduk dalam sebuah kapal..

salah seorang magsa Sharil Azmi Baharuddin..merupakan kenalan suami..
bila disuarakan rasa bimbang dengan kerja suami sekrang..
jawab si suami "kalau dah sampai ajal..kerja laut ke..kerja darat ke..tak sapa boleh halang"..

emm..betul kan..

sejuk hati bila dapat berita mangsa terakhir, arwah nazrin ditemui dalam keadaan cukup sempurna..
walaupun setelah 5 hari baru mayatnya ditemui..
kuasa Allah s.w.t.

sekurang-kurangnya mereka semua pergi di bulan yang mulia..
nasib kita ni entah macam mana..

sumbangan untuk keluarga mangsa boleh lihat disini


al-fatihah..  



Terima kasih PELAUT..



saya bangga dengan kerja halal suami saya (^__^)
walaupun selalu berjauhan dan bahaya..
yang penting halal dan kami bahagia..

moga segala tugas suami dilindungi oleh Allah s.w.t











Pesanan dr Abah Allahyarham Adik Faris...

5
COMMENTS
assalamualaikum..


Pesanan dr Abah Allahyarham Adik Faris...
Buat kawan-kawan semua....

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last time that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......

Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.
boleh baca kisah pemergian adik Faris disini
 
 
 

al-fatihah untuk abah izz..

2
COMMENTS
assalamualaikum..
terkejut dan tak sangka..
ketika berblogwalkin di sini..
dapat khabar sedih..
pemergian abah izz..
abah izz adalah salah seorang follower blog ni..
yang rajin tinggalkan komen..
dan saya juga rajin singgah blog beliau..
saya suka pada gambar-gambar cantek di blog arwah..
arwah abah izz seorang yg ramah tamah walau hanya kenal melalui blog sahaja..
pemergiannya tidak diketahui punca..
terkenang anak-anak arwah..
moga isteri dan anak-anak arwah tabah,..
**sedih**
al-fatihah..

JOM SHOPPING!!