entry khas untuk anon..

18
COMMENTS
assalamualaikum..



hari ni berkesempatan tengok komen-komen dari pengunjung blog biasa-biasa ini..
tetiba terbaca komen dari cik/en anon..
waahh..
pertama kali ni tau..
sangat excited..
jadi,saya buat 1 entry khas untuk dia..

anon..
saya tau anda adalah pembaca kerap blog ni..
sebab tu anon tau saya pernah tel misc untuk suruh suami terchenta balik ke pangkuan kami sekeluarga..
terima kasih sebab sudi baca ye..
untuk makluman anon..
en zahir perlu naik kapal untuk tempoh 6 bulan..
tapi, belum cukup 6 bulan (5 bulan setengah) saye kol misc untuk minta en zahir balik awal..
bersebab anon..
kalau anon baca blog ni, tentu anon tau, adik zaid zikry kurang sehat,..
bukan kurang sehat biasa-biasa..tapi..saye tau anon dah baca pon kan..

anon..
berjauhan dengan suami untuk tempoh 6 bulan bukanlah satu perkara mudah..
semua perkara ..dugaan..cobaan..perlu diselesaikan sendiri..
tapi bila melibatkan anak..
saya mengaku saya jadi lemah..
bila anak sakit sokongan suami sangatla penting..
moga nanti anak-anak anon sentiasa sihat, supaya tak perlu rasa apa yang saya rasa..

anon..
bila en zahir turun setelah naik kapal selama 5 bulan setengah..
tempoh cuti dia adalah 2 bulan setengah..
tempoh cuti beliau tamat pada 20 september 2010..
adalah menjadi tanggungjawab dia untuk telefon MISC..
 inform perkara tersebut disamping menghantar -notice of readiness-NOR..
bukanlah suka-suka mahu telefon mengganggu MISC..
kan itu lebih baik dari staff MISC tercari-cari siapa yang sedia naik kapal bila sampai waktunya..
kami tak buat kapal tu macam kami punya pon..


semasa en zahir kol MISC itu hari,orang office pon harap en zahir naik kapal..
tapi sebagai cargo eng..
dan encik zahir menolak..
memandangkan NOR nya masih valid,so en zahir tunggu sajalah MISC kol untuk naik mana-mana kapal nanti..
tapi TIDAK sebagai cargo eng..
en zahir tidak berniat pon nak menyusahkan staff MISC dengan menelefon mereka..
moga anon puas hati ye..

oppss..lupe..
anon..
bak kate cik sofiah sakinah..
hanya yang mengalami akan memahami..
sape tau 1 hari nanti anak cucu cicit  anon bertemu jodoh dengan orang kapal juga..
mungkin masa tu baru la anon mengerti..
teima kasih sebab sudi jenguk blog ni ye!!
jangan lupa baca bloglist -mereka senaseb- untuk tahu kehidupan chenta hati orang kapal ye..



p/s: anon..en zahir penah cakap kat saye, kalau kita tak biasa dengan seseorang tu, jangan guna "hang"..sebab nampak kasar..anon bukan orang kedah kan.. (^_^)

..belum disunting lagi..

8
COMMENTS
assalamualaikum..

senyum-senyum dalam susah hati..

susah hati sebab adik zikry masih kurang sihat..badan pon nampak dah susut..
rupanya adik demam ruam la pulak..
sat lagi akan ke klinik lagi untuk cek..semestinya dengan ayah juga..

semalam habes kerja keluar dengan en zahir saya..
cari barang dapur..
en zahir ambil kesempatan menelefon MISC..
bertanya tentang status dirinya yang kini masih belum disunting oleh mana-mana kapal..

ohh..kerana kapal..
kali ni berkenalan dengan cik J..
ingatkan encik zahir dah boleh naik kapal menggantikan chenta hati cik J..
rupanya bukan jodoh dia..

senyum sampai ke telinga bila Puan Yati kata belum ada kapal lagi..
but his NOR valid meh..
kan bahagia macam tu..
masih ada kesempatan untuk bergumbira dengan dia..

dan di kala anak tak sihat..bukankah kehadiran ayah amat diperlukan??
sesungguhnya Allah itu mengatur segalanya..
Dia Maha Mengetahui..
Alhamdulillah syukur..

kek coklat lagi..

3
COMMENTS
assalamualaikum..
ketika menaip entry ini..
saye sedang menunggu kek coklat siap..
memasak kek coklat ditengah malam adalah perkara biasa..
baru 2 hari lepas buat kek coklat juga..
saya dan en zahir adalah "orang gila" kek coklat..kehkehkeh..
tapi kek yang dimasak malam ni adalah untuk Jamuan Hari Raya sekolah kakak dan adik esok..
sebelum ni, saya pernah masukkan entry resepi kek coklat lembap---->sini
kali ni,resepi yang sama juga, cuma adjust sikit kat toppingnya..
kali ni guna choclate bar..
guna 1 bar coklat masakan tu..
cairkan,..tambah sikit butter dan susu cair (sukatan main agak-agak)
ikut citarasa tukang buat..jangan terlalu cair sudah..
bubuh di bahagian atas dan tepi kek,
kemudian simpan sekejap dalam peti ais..
agak-agak dah keras sikit tu bolehla makan..

dan ini lah hasilnya..


 kerja-kerja topping kek adalah hasil tangan encik zahir..
-kene mention nih-
wiiiiii..wiittt....


kek dah potong separuh untuk MIL dan family BIL..
kalau tak habesla seketul tu kami makan berdua saje..
kakak ina agak aneh sikit sebab dia tak makan sangat mende-mende bercoklat nih..

sedap..sedap..dan sedap..
bila gigit kek tu akan rasa macam makan coklat..
sangat mewah dengan coklat..
adehhh..
dan kek yang akan ditopping malam ni juga akan guna cara yang ni..
sedap hingga menjilat jari..
kepada penggemar kek coklat macam kami..
sila la cuba sendiri ya!!



mujur ayah ada..

4
COMMENTS
assalamualaikum..

maaf..
entry ini tidak bergambar..tiada gambar..


adik zikry masih demam..kesian adik..tapi adik demam pon tak meragam tak tentu pasal..
semalam umi cuti..sebab adik tak sihat..demam panas..
pagi tadi adik dan kakak p sekolah..tapi waktu lunch tadi umi jenguk adik kat sekolah..
Kak Yan kata adik masih demam..makan pon 3 sudu ja..lepas tu tak mau dah..

Ayah kata, ambil la adik..
bawa balik rumah..
ayah jaga petang ni..

adik..mujur ayah ada kan..boleh jaga dan layan adik sementara adik tak sihat ni..
adik cepat-cepat sihat ya..
nanti umi tempek entry adik posing dengan gigi baru tu..
adik demam sebab nak tumbuh gigi baru lagi agaknye kan..

ayah..mujur sangat-sangat ayah ada..
cepat sihat adik..
ayah dah nak p kerja dah..
kalau tak sihat macam mana nak main ball dengan ayah..
masa dah singkat nak main dengan ayah ni..

adik..
nanti dah besar kalau ayah tak sihat adik kena jaga ayah tau..

ingat entry ni..
terima kasih sebab ayah jaga adik..

umi pon dah tak sabar nak balik ni..
setiap saat dengan ayah sekarang adalah sangat berharga kan...

      (-_-)






pelakon terbaik!!

7
COMMENTS
assalamualaikum..
tengok si kakak ni..
suka sangat nak buat nebulizer macam adik..
selesai je adik pakai,dia pon nak buat jugak..

umi mintak pon buat tak tau..
"kakak tido ni umi"..

siap pejam mata..
konon-konon tido la tu..
padahal tangan dia pegang sungguh-sungguh alat tu..
ceh kakak ni..
gigit kang baru tau!!


APA PUNCA ANAK DERHAKA

0
COMMENTS
assalamualaikum..
saya dapat ni daripada emel..
menarik untuk dikongsi..

APA PUNCA ANAK DERHAKA




Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...



"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.  Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

 "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan  persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur,pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anaktidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan sukamengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dansebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...



DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak  tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor  mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah  kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf  berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?  "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."



USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau  mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil  berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan  ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di  rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

..solehah kah kita..

3
COMMENTS
assalamualaikum..
ciri-ciri isteri solehah..

*Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.


* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.



wallahua'lam

sumber : klik sini

mereka demam..

1
COMMENT
assalamualaikum..
gigih update blog di tengah malam..semangattt..
sementara menunggu kek coklat siap..
tah ape kena sangat teringin nak makan kek coklat..


hari ni selepas kelas abes pukul 5.30pm, kami terus cabut p arau..
mau p openhouse en Jimmy..bukan Jimmy neutron ye..
en Jimmy orang kapal juge..
ini adalah kunjungan kali ke 2 kami ke rumah beliau..
tapi malang..
tiada berkesempatan mau curi-curi amek gambar
sebab..
si kakak dan adik yang kesihatannya kurang memberansangkan..
tambah-tambah adik..
asyik memerap je la kan..

kemarin lagi,kakak dah demam..
tapi, bab makan ubat adalah perkara "kacang" saja untuk kakak..

kakak sangat excited tau nak makan ubat..

ayah pon seronok nak kasi kakak ubat..

sedia kakak..ada 4 jenis ubat nih..

ohhh tidakkk..saya nak kena makan jugak ke???

see..makan dengan selamba..
macam best je tengok die picit syringe tu..
sangat rilex..

siap bergelak ketawa lagi..
kadang-kadang dia sendiri mintak nak ubat..
walaupun sehat walafiat saje..
so, kasik scott emulsion je la..
psikologi jek..

adik pon demam..
ni gambar terbaru malam ni..

adik susah sikit nak makan ubat,..
asyik uwekk..uwekk jek..
harap-harap esok adik dah sihat..
boleh p sekolah sama-sama dengan kakak ye..




harap-harap bila ayah takde selama 6 bulan nanti..kakak dan adik sentiasa sehat ye..
ameen...

study!! study!! jangan kacau..

8
COMMENTS
assalamualaikum..
sejak masuk kelas baru..
kakak dah makin rajin..
rajin study wooo..



adik gigih nak join kakak..
tapi, macam biaselaa..
adik boleh tengok je..

adik ajak main pon kakak tak layan..
kakak asyik cakap
"janganlaaa...janganlaaaa"
keciwa adik..

kesian adik..boring takda kawan nak main..




nampak sangat tekun kan..
sampai abis lari alas meja tu..

nampak macam gaya orang tak siap keja sekolah je kakak ni..
hahahaha..
ni waktu pagi sebelum p sekolah..

mungkin sebab kakak dah bercampur dengan budak umur 3-4 tahun..
dia pon dok ikut je la apa abang-kakak buat kat sekolah..
umur-umur kakak ni sangat la meniru apa ja orang sekeliling dia buat..

balik rumah dah mula nak menyanyi..
burung kakak tua..tom-tom bak..
lagu "ibu ratu hatiku" pon boleh..

ade sekali tu kakak menangis tibe-tibe dia panggil IBU..
ceh..
ummi la kakak..mane ade ibu..





bila isterinya tiada di rumah..

1
COMMENT
assalamualaikum..
tengahari tadi saya tidak lunch bersama encik zahir seperti biasa..
ada program di kolej..
en zahir suruh p program tu..
dia kata die tau la nanti nak makan ape..

dan petang ni..bila sampai dirumah..
saya cek encik zahir makan apa..

dia masak sendiri ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian..

..ayam masak kicap..


..sambal sotong..


..taugeh..





dan jugak..
dah prepare kacang goreng untuk buat kuah kacang dan nasi impit..






ni kira kalu isterinya takde kat rumah seminggu pon tak pe nih..
takde la risau tak makan kan..
mak mentua manela tak sayang menantu camni kan..
(^_^)

abesla kalau en zahir bace entry ni..
malu-malu lah dia..
saye suke..
hahahaha..


..ampun b..nak naik kapal dah ni mane boleh marah-marah..kekeke..



Menu baru si kecil : bubur nasi manis madu..

2
COMMENTS
assalamualaikum..
berlalu sudah bulan puasa..
buah kurma ade lagi dalam peti ais..
jadi..mari cuba menu baru untuk adik zikry..


namanya bubur nasi manis madu..
boley??


saya guna kurma madu..
kurma ni agak manis..


bubuh 3 biji pon dah ok..
tapi kalau kurma biasa mungkin kene tambah 2-3 biji lagi..
takut kurang rasa manisnye..
jgn lupa buang bijinya dulu ye..


masak sekali bersama beras..
lembut sikit nanti bila nak blend..


 
dah siap..



kemudian blend saja seperti biasa..




taraaa..
dah siap bekal nasi adik bawak p sekolah..

yang selebihnya simpan untuk petang sebab kakak ina pon join makan sekali..

licin..seperti biasa..

try laa..
sedap tau..
dan simple saja..





RAYA : edisi reunion

0
COMMENTS
assalamualaikum..

masih dalam edisi raya..
kali ni kisah raya bersama kawan-kawan lama..
Iskandarian yang lahir tahun 1982,..
ada yang tak pernah sekelas pon, tapi tetap geng..

Reunion ni pada raya ke 4
,bersamaan 13 September..
bertempat di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah,
Parit.


ayah mithali tolong mengasuh anak ternuanya..

alalala zikry..

kenapa tak senyum dik..

sedang bersedia untuk bergambar..

bersama kunasundari dan gomathi..
ni best student mase sekolah dulu tau..
yang 2 orang tu la..
saya tak berape best pon..kuikuikui..

adik ni runsing sebab panas nih..

tengok tu..tak mau dok diam..
kakak tak ikut..
dia nak dok ngan cu dia..






ni antara yang hadir..ade yang dah balik awal..alaa..tak dapat bergambar sekali kan..
yang terlewat pon ade juge..
tahun depan pulak la ye..
reunion last year..klik sini

RAYA: Edisi famili..

4
COMMENTS
assalamualaikum..
belum habis lagi kisah raya..
kali ni edisi album famili pulak ye..


ini family pakngah..
abang kepada en zahir..
serupa je kan muka dieorang..
kaler tema dieorang tahun ni oren kaler woo..


ni pulak famili maklang..
kakak encik zahir..
kaler tema purple+pink..
paklang keje asykar..
takde di pagi raya adalah perkara biasa..
beby alisya  tengah tido..takde la dalam gambar..

ni pulak family encik zahir yang tak complete..
si adik sedang tido..
tema kami purple la ini tahun..
muka en zahir itu sangat serius kan..
serius tak bertempat..hahahah


ini pula famili pak arip..
ipar duai saye dan en zahir..
semua pakai baju tak raya..
pasal ni gmabr pada hari malam raya ke lima..
dan pada masa ni la yang semua orang ada..
yop baru sampai kg raya ke lima..
kami sekeluarga pulak dah nak bertolak balik ke changlun..
tak kesah la tak berbaju raya pon..
yang penting cukup semuanya..
agak-agak tahun depan bertambah tak bilangan ahli famili ni eh??




report attack -blog tak boleh dibuka & penyelesaiannya-

2
COMMENTS
assalamualaikum..
semalam tiba-tiba dapat msg ni di facebook..
terima kasih pada kak hasni dan bella..
kalau tak saya pon tak tahu..


terima kasih juga untuk hanin..
yang tolong maklumkan masalah ni..



mujurlah terjumpa penyelesaiannya..
sapa-sapa yang ada masalah sama boleh  ke sini untuk buat apa yang patut..

macam mana nak bawa anak dalam kereta..

5
COMMENTS
assalamualaikum..
sekarang ni tengah susah hati nak pikir..
macam mana la nak bawak budak 2 orang tu naik kereta bila ayah dah p kerja..
bila umi nak p ngaji..dieorang akan dok dengan tok..
tapi nak bawak 2 orang tu p rumah tok..yang mengambil masa 15-20minit..
haiahhh..susah hati..
adik memang boleh duduk dalam seat dia..
tapi dia tak mau pakai belt okehh..
nak tau kenapa??


sila lihat gambar di bawah..

tengah tido tu..
kalau pakai belt mana boleh tido macam tu kan?
dasayat betul adik ni kalau tido..
jenuh..jenuh..
macam tido dengan penuh masalah negara nak kene pikir..





si kakak pulak..
bukan senang mau duduk diam..
kena bagi dia barang supaya mau duduk diam..
tengok nih..
mau mekap-mekap bila dalam kereta..
cehhhh..
babap baru tau!!



tawakkal saje..
moga kakak dan adik boleh dok diam-diam nanti ye..



persediaan..

3
COMMENTS
assalamualaikum..
en zahir sedang menuggu hari saje untuk ke laut balik..
menuggu je misc kol..
balik keje je mesti tanye..opis kol tak?..
(^_^)

bersediakah saye?
cewahh..
saye ok..(ok la sangat)..
kakak tah camane la nanti..
adik kecik lagi..taktau apa-apa..

kalau lama kakak tak nampak ayah..
mesti dia tanya..
"ayah p mana?"
ayooo..
abeslaaa..
nak menempuh 6 bulan tanpa ayah..
harap-harap kakak ok..



ayah dah siap-siap cuci..lap-lap helmet dia..
nak bungkus..


kakak tengok je apa ayah buat..



ayah & kakak..
kenapa tengok adik macam tu?
huhuhu
marah ka??

kakak tu tak mau bagi adik air kotak dia la tu..
kadang-kadang dia baik sangat..
bagi ape je kat adik..
tapi bila angin kedekut dia sampai..
adik boleh tengok je la..


ummi dah suruh ayah pasang balik playpan..
sebelum ni simpan je la sebab kakak dah pandai jalan,
adik pon tak tido dalam playpan dah..
playpan ni nanti untuk buh adik..
selamat sikit la daripada biar dia dok ngan kakak..
eshh..tak bleh..

penah sekali masa bulan puasa..
kakak makan almond london..
almond tu dia suap kat adik..
adik tu suap la apa pon..dia nganga jek..
mujur la ayah perasan!!
memang la niat kakak tu baik..
nak bagi adik makan..
tapi dia bukan tau ape yang adik boleh dan tak boleh makan..


tengok tu..
mesti tengah pikir macam mana die nak panjat masuk dalam tu..
kakak..oh..kakak..




JOM SHOPPING!!