anak bukit-futtsu-changloon

4
COMMENTS
assalamualaikum..
macam-macam cerita nak bubuh dalam 1 hari ni..
dah memang semuanya berlaku dalam 1 hari kan..
kita mulakan dengan episod awal pagi..

bangun seawal jam 4.30 pagi..
menjadi pengiring kepada para pelajar yang diarahkan untuk memeriahkan majlis pertabalan Sultan kedah sbg YDPA..
semua pelajar terlibat..bermakna ada 2000+..melibatkan 55 buah bas dari matrik sahaja
memang riuhla di awal pagi..jam 5.15 kami bertolak keluar dah..
dalam pukul 6 tiba di masjid Tunku Intan Shafinaz..dekat dengan Istana Anak Bukit..dan ya ampun..melimpah ruah umat manusia..
masing-masing mencari ruang untuk menunaikan solat subuh..alhamdulillah..

sekitar jam 7.15,pergerakan VVIP bermula..
lepas satu,satu, perdana V6 melintasi kami..tapi tak pasti Sultan naik yang mana..
akhirnya, bila nampak segerombolan moto besar polis.dah boleh agak sultan nak lalu..
dapat la tengok dengan jarak dekat..
tapi ramai keciwa sebab sultan tak bukak cermin tingkap..
melambai dari dalam kereta dengan cermin bertutup rapat..

yang ini kereta sultan..


meriah tak meriah boleh tengok kat tv..
abis je sultan lalu, selesai la tugas kami..boleh balik ke opis dan dibenarkan punch in jam 2 petang..
huhuhu....terbaekkk..padehal pukul 9am dah sampai kolej..

suami terchenta pula dah nak bertolak dari futtsu jepun balik ke bintulu..
tak berenti sms dia..satu pon tak reply..hahaha..selain dari saya tau dia bz kerja..saya juga tau dia kata "mahal" sms..1 sms rm2..takpe ..yg penting dia dapat sms saya..

TAPI..kalau kol dia tak kata mahal pulak..direct kol pulak tu..aneh kan dia?(^___^)
en soulmate sy kata, tak puas nak sms..lambat..
terasa macam dia dah ada kat Bintulu plak..
sy tak kisah..menangis je la tengok bil nanti..hahhahaha
kenangan nih..direct kol dari Futtsu, Japan13-12-2011

saya p klinik juga hari ni..nanti la updateye..(malas)


..disebabkan bangun awal p lambai sultan, pagi semalam anak-anak diuruskan oleh makwah.dan mengikut repot makwah..kakak meraung la pagi tu..selalu bangun pagi mandi ngan umi..kali ni celik mata,umi takda..zikry tetap macho..rileks je..hiiiii..

so, umi beli la coloring books angry bird siap crayon lagi.beli kat kedai 2hengget je pon..tau dah..kalau kaler2 ni..tak panjang umurnya, jangan bazir beli yang mahal-mahal ye..
heppi bukan main la bila balik dari skul ada sesuatu untuk diaorang..tak mengadap benda lain dah..

dapat je.."terima kasih umi"..pandai...umi suke!!!

kak ina ni memang feveret dia la kan..toksah la kacau..

yang sorang ni..eksaited awal2 jek..kaler sikit.."umi, dah iap!(siap)"..pehtu p page lain..conteng sket, "umi dah iap"..hahahah..ape2pon tetap kata cantik n good..

bila dipuji..makin gigih la dia kan..




tapi sat ja..pehtu dia layan tvIQ..bukan jiwa dia la kaler-kaler nih..hehhee

ok ayah..ni hasil kerja kakak (3y 4m)...tak siap petang, sambung ke malam..punya gigih sebab dia nak suruh amik gambar tunjuk kat ayah..ohh anak ayah..

Terimalah kekurangan Suami seadanya

3
COMMENTS
assalamualaikum..

di copy paste dari emel..

Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?
 
Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
 
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.
 
Lalu saya perjelaskan, 
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?
 
Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.
 
Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?
 
Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
 
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.
 
Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.
 
Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata     "NO MAN IS PERFECT"




suka pereggan terakhir itu..
apa-apapun, saya tetap berbahagia menjadi isteri kepada md zahir b samah..
no man is perfect..yess!!
hari ini si dia sudah tiba di Futsu..
insyaAllah nanti akan anchor di Bintulu..saya SANGAT suka!!!
moga Allah sentiasa memelihara perjalanannya ..jauh dimata tapi tetap dekat dihati..



kuda...pengantin?

1
COMMENT



assalamualaikum..

Ini cerita last week..baru perasan terperuk dalam draft..
masa ni kami p kenduri kawen di Kg Darat..
kawan en zahir menikah..dekat saja dengan rumah mertua..
kami p dalam kul 2 lebih..
memang tengah panas terik..
dan orang pon tengah ramai..
ramai sungguhlaa..parking pon jauh..nak berjalan ke rumah pengantin pon ade la dalam 50-70 meter..tah2 100m kot..
sampai-sampai memang terus cari nasik..dah pukul 2lebih kan..harusla lapar..
satu yang umi suka kalau bawak kakak n anagh p kenduri ni..
biarla panas macam mana pon..sesak macam mana pon..
idakla diaorang ni merengek2..
cuma fengsan nak dukung zikry jek..dia malas nak jalan (mungkin tak larat)..panas kan..
diaorang ni bila p tempat sesak2..macam ralit jek tengok orang..
so, memang takde hal la nak bawak p kenduri kendara..

yang spesialnya majlis kenduri ni ada kereta kuda..
digunakan dek anak teruna p menjemput si anak dara yang jarak umahnya dekat saja..
sekampung weh..
kereta kuda ni la yang menjadi tarikan tetamu..terutama budak-budak..


masa pengantin datang dengan kuda memang tak dapat nak snap gambar..dengan rmai orang..dengan dukung zikry..tp masa nak balik, rezeki kami la kot, dapat tengok kuda tu jarak dekat..


masa ni kuda sedang dibersihkan sebelum dibawa balik ke Kuala Perlis..nama kuda di Delco kalu tak silap..

jinak kuda ni..pengasuh dia kata sebab dah bela dari kecik..so, memang mendengar kata..





tengok depa..sangat eksited..ni dalam hati masing-masing ade niat nak pegang kuda tu..berbaju kuning ialah my SIL..dan kuning-kuning yang lain adalah anaknye la..yg merah itu..anak sape la ek..



bila di ajak p lebih dekat..semua semangat nak p..

tengok zikry..dari jauh bukan main teringin nak pegang dah dekat takut pulak..yang lain pon rupanya berani tengok saja..




emmm..sampai ke sudah tak berani nak pegang..geli kot?huhuhu


gambar kereta kudanya takde plak ek..masa tu diaorang dah tarik naik atas lori..dan..gambar pengantin pon takde kan?kesian pengantin..hehehe..



lagi satu sudah selesai..

2
COMMENTS
assalamualaikum..

alhamdulillah..semakin kurang beban bila sudah selesai present project leadership semalam..
tak sia-sia bersengkang mata..
terpaksa bersengkang mata bukan kerana buat kerja last minit..
tp kerana menyelesaikan kerja org lain..
yang apabila join grup, sekadar melepaskan batuk ditangga..
sakitnya hati Allah saja la yang tau..selalu en zahir la yg jadi tukang tadah telinga
bila wifenya ni bebel pasal mereka yg hanya suka jadi passenger saja dalam 1 grup..

dan moga dia sedar..satu hari nanti sarjana yg dia genggam takkan kemana..
kerana apa ilmu yang dia ada..kalau sentiasa mengharap hasil usaha org lain..
hanya kerana alasan tak cukup masa..sibuk..
lalu terfikir..rupanya ada org bujang lebih sibuk dari yang bersuami..
ada orang bujang yg lebih sibuk dari seorang ibu..
rasanya utk 3 paper yg sy ambil sem ni..3-3 ada orang yg "sangat sibuk"
dan akhirnya sy jadi "orang yang tak sibuk" untuk selesaikan kerja diaorang.
bila sy habiskan tugasan yg bukan tugasan sy..hanya berharap Allah akan membalasnya dengan memberi result lebih baik..

adehhh..membebel disini tiba-tiba..
merosakkan mood mau beblog jek..

balik kepada tajuk..
hari ni selesai presentation..dan tak sangka kelas yg tiga jam berakhir dlm tempoh sejam saja..
lalu masa yang ada diambil untuk meraikan selesainya presentation itu..
bersama khadijah..one of the grup member yg sama-sama susah payah selesaikan kerja "orang sibuk" itu.
kami ke kafe DPP Bank Muamalat UUM..
untuk mar dan mas..kalau korang baca entry ni..nak tengok rupa kafe kita dulu?


udah bertukar 100%..
yang terbaiknya ..kedai pakcik mat brand tetap ada..dan tadi makan koteow sup dari kedai yang same dulu!wahhh..dah berapa tahun tu..

terima kasih sebab belanja ye..harap2 dapat bertembung lagi dlm mana-mana paper di semester akan datang..


semalam sebab makwah belum balik dari Langkawi, sementara umi p kelas, kakak & angah dok rumah kak yan..cikgu diaorang..mujur kak yan free,lagi pon zikry memang sangat kamceng dengan kak yan..

bila mak wah balik dari langkawi, ada ole-ole untuk diaorang..sangat excited..tak sempat-sempat dah nak pakai tshirt burung..


nampak sama besar je kan..

alololo..skanye dia...

si rambut kerinting ni pon sama..tapi dia kata gambar ni untuk ayah :)



psstt..baju utk ayah kakak dah simpan dalam lemari..nantila umi poskan ke Bintulu ye..dgn coklat sekali!


 

selesai satu

3
COMMENTS
assalamualaikum..
alhamdulillah semalam sudah berjaya menamatkan exam paper law..
lebih lega bila lect kata.."don worry..nobody will fail..insyaAllah"
maklumlah..saya pernah conteng sikit kisah lect ini di sini
ternyata saya tidak menyesal sebab tak drop paper bersama Madam Roosniza ini..

sebelum bersurai semalam,sempat madam senyum-senyum pada saya dan kata..jangan stress2 sangat..nanti tak pasal2 beby keluar awai..
hahaha..adakah muka saya nampak SANGAT stress masa jawab exam tu ye..
apa pun..segalanya sudah berakhir..moga yang terbaik..
terima kasih untuk erni, kak abby dan lily..sempat meninggalkan jejak doa untuk saya di entry sebelum ini ;)
lebih semangat untuk jawab exam bila dapat kol dari en soulmate..
terima kasih ek b..tolong doa dari kejauhan..
tnggu saja resultnya pulak nanti..

tak lupa untuk 2 beradik ni..terpaksa duduk lebih masa kat sekolah..sebab umi exam semalam..i lebiu both!!!




..tajuk apekah?

3
COMMENTS
assalamualaikum..

tak tau nak letak tajuk apa..
tp tetap nak menyonteng kat blog neh..
alhamdulillah dapat sudah berpuasa pada 9&10 muharram..
moga terhapus dosaku Ya Allah..
dan saat dapat panggilan dari en soulmate siang td, dia juga gigih berpuasa hari ini..
memandangkan hari ni sunday routine..
maka kurang la kerja...insyaAllah bertahan la puasa tu..

sekarang jam 1.02 am..
saya tak dapat tido memandangkan esok adalah final exam..
paper law..yg semestinya perlu hafal..hafal..dan hafal..
memang berdebar nak exam itu perkara biasa..
beberapa kali sudah pesan pada en soulmate tolong doakan wife dia ni diterangkan hati menjawab soalan..
maklumla preparation pon suam-suam kuku..
tapi dalam hati tetap excited..
selepas selesai exam esok..yang dijangka berlangsung selama 3jam..
3pm-6pm..
kurang 1 beban dah
tinggal lagi 2 paper.. saat ini rasa masa sangat cepat berlalu..
dan saya sangat suka..
Bintulu ni cukup 2 bulan en soulmate belayar!
wahhhh..tak sangka..mungkin sebab sy juga sibuk dgn macam-macam..
habis semester ni pon sudah ada projek plan lama dah dengan husben..
pandai oooo  en suami sy itu plan macam-macam..
idakla mak buyung ni kebosanan menunggu kepulangan dia kan..(^__^)

ok la readers..
tolong doakan sy dapat menjawab dengan tenang esok ya..
sy nak sambung study lg...


ndaaaaa..nunite!!

ASSALAMUALAIKUM!

Petua Mengetahui Jantina Bayi - Perempuan atau Lelaki?

9
COMMENTS
assalamualaikum..

Petua Mengetahui Jantina Bayi - Perempuan atau Lelaki?


ok..ini anak yg ketiga kami..tapi rasa excited nak tau boy@girl tetap tinggi..walaupun dah ada sepasang..umminya ini punya rasa ingin tahu yg sangat tinggi..ayah?rasenye tak kesah pon kan..hiii



Diambil daripada blog: amal's pregnancy journal..terima kasih ye amal..akak edit la sikit kan..eh..banyakkk jugakla..hehehe


1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 



saya rasa perut saya tak tajam..bulat saja.. = PEREMPUAN




2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...


~ tak sure la ni..malas nak cek boleh?macam takde hubungkait je..hehehe


3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.


~ nampak gaya lebih selesa nak mengiring ke kiri bila perut makin besar ni = PEREMPUAN


4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.


~ yang ni tak berapa sure la..rasanya mcm beby suka dok belah kanan je =LELAKI?


5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.


~ solek-solek memang idakle..bukan jenis solek-solek..so..anggap yang ni saya tak valid..hihihi


6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.


~ penah dengar tips ni..tp lihat garisan tu lurus atau senget..kak ina senget, zikry lurus..dan kali ni macam senget jek =PEREMPUAN


7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..


~ohhh..yang ini tak pasti..tapi bukan ke selalunye org kata kalau berseri tu beby girl?


8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan


~ ni pon tak tau..hijau?hahaha..tetiba teringat Hulk..


9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..


~ yang ni..zikry sangat suka letak telinga kat perut umi..suka nak cakap dgn beby..=PEREMPUAN?




PEREMPUAN kah?hiiii..ade la kawan main masak-masak kak ina kan (^__^)..








sebelum pergi..

1
COMMENT
assalamualaikum..
sebelum ni..selama 3 sem, alhamdulillah dapat kelas sekali seminggu,umi himpun 3@ 2 subjek sehari ..
makanya hanya sekali seminggu perlu berulang ke UUM.
tapi masuk sem 4, xde rezeki nak buat macam tu..tak dapat kelas yg berbeza dlm 1 hari yg sama..
jadi, sem kali ni dalam seminggu 3 hari terpaksa berulang ke UUM.
Hari Rabu, Jumaat dan Sabtu..which mean..no more weekend!
sedeyyyy..
dulu, masa ayah cuti..hari Jumaat & Sabtu,bila umi nak p kelas, ayah akan bawak kakak & angah ronda-ronda naik motor..
kalau tak nanti kakak & angah sebok nak ikut umi..
tapi bila ayah dah sign on..takde sape nak bawak ronda-ronda naik motor kan..
so, sebagai ganti tiap kali sebelum p kelas pagi tu, umi akan bawa kakak & angah ronda..tapi naik kereta la..
kita p beli nasi lemak sama-sama..
kakak & angah akan bangun pagi macam biasa, siap-siap mandi semua..
selalu akan keluar sebelum pukul 8 pagi,
kalau terlambat, nanti pakcik & makcik jual nasi lemak dah siap bungkus habis nasi lemak diaorang..
tak boleh la nak request nasi lemak "takde sambal, telur lebih"



hepi saja dapat ikut umi beli nasi lemak..dan diaorang memang dah biasa dengan rutin ni every weekend..


kami good tau ayah!!

ecececehhhh kakak..kate je gambar nak bagi kat ayah..mau je dieposing..




orang yg jual nasi lemak tu pon dah biasa dengan kami..dah tau apa yang nak diorder..excited kakak & angah tengok orang bungkus nasi lemak pehtu excited juga nak bayarkan..


pas beli nasi lemak, kami balik rumah terus..
makan sesame..legala tengok diaorng dah mandi makan semua sebelum tinggalkan dengan makwah..
dan kakak & angah pon ok, takde merengek nak ikut dah pastu..
dah biasa kan..tau umi akan p sorang-sorang..
selalu bila umi balik tengahari biasanya diaorang tengah tido..alalalal..baiknya anak-anak ayah&umi..

macam ni je la kita sampai Januari nanti..
terima kasih kakak&angah..
sebab jadi anak-anak yang baik sepanjang umi p mengaji..
tak sabar nak habiskan sem ni!


psssttt..harini ayah sampai Bintulu!!





officially ours..

2
COMMENTS
assalamualaikum..

bagi semangat kat ayah..banyak mende nak buat bila ayah balik nanti (^__^)

penutup november..

0
COMMENTS
assalamualaikum..

bersyukur kerana diberi peluang bernafas lagi pada hari pertama bulan Disember 2011..
 saya akhiri bulan november semalam dengan senyuman..


 +1978010..untuk beberapa minit semalam sudah cukup sempurna..
 terasa betapa cepat november berlalu.. 
bubbye oktober..november..selamat datang disember..
selain menghitung hari tumbesaran si kecil dalam perut..
kepulangan ayahnya terus ditunggu..
pstt: entry ambil mod mula bekerja di hari pertama bulan Disember 2011..

JOM SHOPPING!!