From Taiwan with lovessss...

4
COMMENTS
assalamualaikum..


selepas seharian menunggu emel dari si dia..tetiba terus dapat direct call dr Taiwan..semangat!!!    
(^______________^)
dah!dah!
p baca buku syikin oiiii!!!!


tenkiu soulmate..

Janji mesti ditepati..

2
COMMENTS
assalamualaikum..

kalau dah berjanji,mesti ditepati..
tak kiralah dengan siapa pun..
apetah lagi dengan anak-anak..
 
umi masih bercuti tapi terpaksa hantar kakak & angah p skul jugak..
hari Rabu ni umi ada mid sem exam..
dan ada beberapa hari saja untuk study..
maka, perlu pulun dan kalau kakak & angah dok dengan umi..
abeslaaa..study dgn kakak & angah je la jawabnya kan..

kat sekolah tak ramai kawan-kawan yang datang
dah mak ayah dieorang cuti kan..
semalam adela dalam 7-8 orang saja..

walaupun diaorang excited nak p..
umi pulak yang rase bersalah je nak hantar..ye la..time cutikan..
masa ni patutnya spend dengan kakak & angah..
tapi nak buat macam mana..terpaksa berkorban sikit..
dan umi janji dengan kakak & angah..
balik sekolah nanti kita p taman, lepas tu p jalan-jalan..ok?
kakak ok!!zikry biasela..asal kakak ok..dia ok jugak!

so, seperti yang dijanjikan, semalam bawakla diaorang ke taman..
tak payah bagitau..diaorang ingat tau!!
keluar je dari pintu terus je.."umi..jom p taman!'
bayangkan kalau tak p..kecewa la diaorangkan..
dah lama sangt rasenya tak bawak sendiri..
sebelum ni tak larat..ayah la yang bawakkan..

terkejut umi bila zikry pandai naik kuda ni sendiri!!ni harus dah selalu praktis bila cikgu bawak sini eh..tapi yang lawaknya turun sendiri tak berani..hahaha
syok jugak bila anak rapat..dah besar boleh main sama-sama..time baik-baik gini bahagianya tengok..



panjat sana-sini kak ina..alhamdulillah la anak-anak sihat..aktif..zikry seperti biasa mengikut mentor saja..


Lepas ke taman umi dah janji nak jalan-jalan kan..
dulu masa ayah ada,petang-petang selalu sangat p jalan-jalan..
tentu la diaorang boring kalau dok umah sajakan..
kenala teruskan tradisi ayah tu..
semalam  teringin nak minum coolblog..
bawak anak-anak p Cmart..
tapi tak turun kereta,kol saja makwah yang tengah dok dikedai..tolong oder dan hantar kat kereta..



ni masa tengah menunggu makwah..memula ok..lepas tu kak ina mula nak menyakat zikry..aduyai..kasar sangat tu kakak..tengok muka zikry..hahahah

plan asal nak dok dalam kereta..tp lepas tu kakak mula bersuara..
"umi kata nak jalan-jalan..kita tak jalan pon?"hahahah..ooo ayah..c..c..our doter..
maksud kakak nak turun kereta..nak jalan dalam Cmart la tu..
"umi tak larat la kakak..esok boleh?"
gud girl itu kate ok..tapi tak lame lepas tu..
"umi ..kakak nak kencing ni..cepat-cepat!"
huwaaaaa..saje tau!asal p Cmart jek mesti dia nak terkucil..
so, nak tak nak kena masuk Cmart la kan..akai dia..ya ampunnnn..
mujur makwah ada..kalau tak, payah la nak bawak..
dengan zikry sekarang yang dah macam lipas kudung nak jalan sendiri..


dan akhirnya...



depa nak jam..kena pau la uminye...dapat la sorang satu..ohhh anak-anak..janji bahagia..     

umi tak kesian pon..

3
COMMENTS
assalamualaikum..



tempat kejadian adalah dirumah tok & opah
ini budak..
kalau sudah mengantuk..bukan boleh dicuit sikit..
orang kedah kate "bebai"
ni dia dah mengantuk..tapi kakak kacau..
berlaku la adegan drama air mata

dan akhirnya..

sweet dream ye..











belayar bersama

4
COMMENTS
assalamualaikum..
alhamdulillah..kami selamat tiba ke destinasi petang semalam..
drive sendiri dari Parit-Changloon..
perjalanan yang mengambil masa kira-kira 4jam++..

kalau ikutkan hati..tak mau balik lagi..
memandangkan sy sedang bercuti selama 2 minggu..
tp baru seminggu bercuti, dah kena balik changloon..
maklumla, sy budak sedang belajar..terikat lagi komitmen dengan kembara mencari ilmu..
terikat dengan kelas, exam,project..etc..

yang bahagianya, perjalanan kami kali ini turut "ditemani" oleh en zahir..
seminggu kami di kampung..dan hampir seminggu juga dia anchor di Bintulu..
dan ketika bertolak pagi semalam, Puteri Nilam 1 juga sedang bersiap mau keluar menuju ke Taiwan..
agak lewat Nilam 1 gerak..jam 11.30am baru mau belayar..
sempat bersms dan berkoling-koling..
mereport di mana lokasi kami..dari Manong-Kuala Kangsar-berenti di RnR Semanggol-Juru-Sg Dua..
dan kali terakhir mendengar suara en zahir adalah di Hentian Gurun..
ketika itu kapal sudah makin jauh, dan line makin hilang..

adatla tu..perkara biasa..
yang penting kami kiranya "belayar" sama-sama keluar port..hehehe
dan suka sangat bila port seterusnya adalah Taiwan..
maknanya sat ja la kan..
4 hari sampai Taiwan dah..pejam celik nanti Bintulu lagi..
tentu izan pon heppiii!!!



anak teruna kami tido dari masuk hiway Kuala Kangsar hingga ke Gurun..ampunnnn..empuk sungguh agaknya tempat tido dia..seat paling belakang..bile agaknye ayah ade rezeki nak beli si "timah" tu ye..anak kan nak bertambah..heiwwwww..

anak darayang  ni pulak sedang merajuk dengan makwahnya..bab merajuk memang terbaek..hahahah




 entry-entry dari kampung lepas ni la pulak ye..

suruh tunduk..tunduk..

4
COMMENTS
assalamualaikum..
sehari sebelum hari raya korban yang lalu..
umi bawak anak teruna umi yang sorang ni p potong rambut..
ni kali pertama dalam sejarah hidup angah..selepas kali terakhir adalah ketika dia berusia 7 hari

rambut dia memang halus dan sikit..tak banyak..jarang-jarang..
tapi dah panjang..
yang tak boleh blahnya sebab dah pandai mintak buat tocang..ohhhhh..tidak..
jadi tiada pilihan lain melainkan memendekkan rambut dia..

mula nak suruh atok je bawak dia..
tapi atok tak konfiden..takut dia mengamuk kat kedai camane kan?
so, umi ikut jugak la..tak ketinggalan si kakak..

rupa-rupanya..
sangkaan atok tu sangatla meleset..
ya ampunnnn..
anak sape la yang baik sesangat ni..
senyap!!tak kate ape..ikut je arahan..
uncle tukang gunting tu pon senang hati potong rambut dia..
suruh tunduk dia tunduk, suruh kalih kanan..kiri..dia ikuttttt je..



sangat pasrah..dan bertindak mengikut arahan..hehehe
muka berserah kepada takdir..


kakak jadi tukang kibas rambut yang jatuh..hahaha..dia ok sebab kakak ngan umi ade kot ek angah?




zikry dengan rambut baru yang semakin sikit..moga lepas ni rambut angah tumbuh lg banyak..orang kata kalau rambut anak sikit, lepas potong boleh naik lebat ..harap2 la kan..balik tu berdua dengah angah saja..sebab kakak ina nak naik motor dengan atok..sempat menjenguk kerbau yang bakal dikorbankan esoknye...







minggu 18

0
COMMENTS
assalamualaikum..

dulu pernah post pasal 40 minggu nan ajaib..
masa tu awal2 preggy dan sy copy n paste hingga minggu ke 6..
ini sambungannya..

Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.


Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.


Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.


lebih kurang macam ni la rupa beby sekarang..

sudah selamat sampai..

6
COMMENTS
assalamualaikum..


 alhamdulillah..
sedang berupdate dari kampung halaman..
kami selamat sampai jam 1.30petang tadi..bertolak jam 9.00am..

dah lama tak drive sendiri balik Perak..
selalu jadi co-pilot je..tu pon jarang-jarang jugak drive..
mujur ada makwah jadi assistant untuk kontrol 2 beradik..
tapi diaorang ok..veryyyyyy gud..buat perangai sekali sekala tu biasa laaa..

perjalanan 4 jam itu ok saja..
diaorang memang excited kalau nak balik kampung...
si ayah yg masih di tengah lautan sempat menelefon..
untuk memastikan isteri dan anak-anak baik-baik saja sepanjang perjalanan..

ok2 saja ayah..
ade le sekali sekala TERtekan p 120km/h..errr..tak sengaja..
huuuu..

ok..short entry saja..letihhhh
angah sudah tido..kak ina p meronda dengan pakngah & makngah..





diaorang heppi kan? masa ni dah makan..dah tido..sooo excited..kalau umi ngantuk boleh je suruh kakak ina nyanyi pehtu dengar die cakap merapu-rapu ..nak tergelak..buntng la biji mata..



yang ini ketika berenti mengalas perut di Hentian sebelah Bukit Gantang..nasi lemak tak sedap..bihun tu ok laaa..tp agak pedas sikit..kakak & angah makan sikit je..pehtu p beli buah la makan dalam kereta...



nota kapal  : esok insyaAllah ayah sampai bintulu. Dapatla kami ber BJJ (beraya jarak jauh)..lagi best bila kebarangkalian ayah akan anchor!!!

sekerat dulu...

7
COMMENTS
assalamualaikum..





anak teruna ini berumur 1 tahun 10 bulan..
budak laki memang lambat bercakap kot ek?kakak dulu banyak dah perkataan yg clear die sebut berbanding zikry pada umur ini..
sudah berjanji dengan si ayah utk tunjuk video milestone zikry ini..
tapi geram..bila dia tau umi sedang record..suku saja yang dibuatnya..
ini video pagi tadi..selepas mandi, sebelum p skul..

zikry boleh sebut A untuk apa..B untuk apa..dan seterusnya hingga Z..
tapi biasenya dia akan sangkut di huruf Q dan X..
A..ayam
B..beruang..
C..cicak..
D..daun
E..emak..tp biasanya dia sebut..amma!

untuk alif ba ta..sampai huruf kho setakat ini..
lepas tu dah lintang pukang..
umi cuba ya ayah memaksimumkan masa berkualiti untuk mengajar kakak &angah..
lain kali cuba videokan lagi..

..tabiat..

3
COMMENTS
assalamualaikum..

masa di awal-awal preg (1st trimester)..alahan agak teruk..
makan je keluar balik..
tapi selera nak makan itu dan ini tetap ada..
sangat suka makan makanan yg berkuah ..terutama tomyam..laksa juge!
ayam tak lalu nak makan..

dan mengandung kali ini agak aneh kerana ketagihan makan buah..
tak kira apa buah pon..
sy bukan pemakan asam..buah mempelam masam pon tidak termasuk dlm list..
tapi mengandung kali ini, buah mempelam antara yang menjadi pilihan..anggur juga
alhamdulillah masih boleh mengelak dari makan asam..
dan kalau beli buah mempelam potong sepeket seringgit tu, tak cukup sebungkus sebab en soulmate itupon mengidam sama..beli 1 xcukup..hiiiiiiiiiiiiii


bila teringin nak makan ABC..suami sy itu kate.."Jom p Napoh..p Jo Cendol Pulut".
teringin nak makan mekdi..jom p alor staq..
nak makan tomyam..jom p kedai makan feberet kami..
masa dia ada macam-macam teringin dan alhamdulillah dapat je semua..

tapi aneh..
lepas en suami sign on.
takde pulak selera buaya tu..
tetiba berubah tabiat..
makan je apa yang ada..cuma selera nak makan buah yang tak hilang..
agaknye si beby dalam perut nak manje lebih2 dengan ayahnya..bila ayah sign on..dia pon tau..(bukan umi yng mengada-ngada nak makan macam2 ek b..hahahah)

ini gambar ketika makan di Restoran D'Green..
tomyam terbaik di Changloon..(mengikut tekak saya la kan..)



angah dan rambut bersepahnye...

excited 2 beradik ni menanti oder sampai..

kakak kate nak udang..ayah suap...

saya oder mi sup..cuba ubah dari asyik makan tomyam saja..tp malangnya..tak pedas, jadi rasa tak berapa nak syok..

en soulmate oder nasi goreng ape eh..lupe dah..dengan air teh laici..

fries untuk anak-anak..zikri tengok sape kah?

dia sentiasa memerhati sekeliling...

kakak sombong takmo tengok nset umi...


ayah suke ape?


bila umi asyik captured gamba zikry..kakak kate "amik gambar kakak dia pulak"..hahaha..tetibe!..umi tanya"kakak dia tu sape?"..kakak jawab "kak ina laaaa"..comey jek jawab gitu..umi suke!


tapi bile umi suh tengok nest umi..tengok ape die buat!!!haippppp!!

    
but at last...kakak sudi posing..mekasihhhhh!!!

JOM SHOPPING!!