..over confident!!

8
COMMENTS
assalamualaikum
sudah hampir pukul 5am..
saya bukan baru bangun tidur ye..
belum tidur lagi pon sebenarnya..
sudah over limit..maka tiada sudah rasa mengantuk..
2 hari dah macam ni..huu..zombie!!
apelagi kalau bukan kerana assignment..
bekerja 8-4..
waktu balik kerja adalah waktu untuk kakak dan adik..
sehinggalah mereka tidur pada malam hari..
selepas itu baru ada masa nak study dan settle assign..
gigihhhhh..!!
pulun nak bagi siap semua..
en zahir sudah mahu balik cuti..
rugila masa sefamili kalau en zahir ada..
saya stay up pulun assign..
huh..
alah bisa tegal biasa..
moga cepat-cepat habis study..
mau qada' waktu tidur..
ngueheheh..
sengalll..
*************************
opss..
ni gambar petang tadi..
kira petang semalam la kan...
kakak dan adik gedik-gedik tak mau masuk rumah lepas balik sekolah..
sebok nak ke taman..
okehhhhh..!!
jom..jommmmm..
susunan gambar adalah tunggang terbalik..
maklumla uminye tengah pening tak cukup tido nih..
yang penting sudah captured..
ade kenangan untuk petang semalam..
dan paling weng-weng..
dah select gambar dr nset..TERtekan DELETE..
huuaaaa..
mujur ade beberapa keping lg..
nape kah nset tiada 'recycle bin'???
boleh restore balik..huuu
salahkan nset plak eh..
zikry dan cubaan panjat tangga..
memang dia sudah boleh naik..
sangat gigih bab panjat memanjat ni..
gambar adik berjaya naik umi terdelete..adehh



kakak..
seperti biasa..
sombong dengan camera nset umi..huuuu


main adik main..
jangan tak main..
dia tak mau sape-sape pegangdia ye..
mau sendiri-sendiri..
mau bebas!!




ni gambar awal sepatutnya..
tengok betapa over confident zikry..
menonong jek jalan..
kakak pulak tinggal belakang
kakak tak mau tinggal beg sekolah..
nak bawak jugak..





ohhh..
anak lelaki sapa kah itu..
perasan sudah besar...
huuu..





..puding pulak la!!

3
COMMENTS
assalamualaikum..

dah lame tak buat entry kat dapur..
sejak takde kitchen partner nih..

tapi tadi en zahir kate MAYBE nanti cuti raya cine dapat cuti panjang..
wahhh!!
sangat suke!!

tetibe mood nak ke dapur tu berbunga-bunga..
pehtu mula la gugel2..
tetibe teringin nak try 1 resepi nih..
dah lame nak cari tapi tatau namenye ape..
tetibe tadi ade opismate beli..
katenye name mende tu adelah:

"Puding kastard triple"
owhh..
sila bayangkan dalam kepala masing-masing ye..

nanti saye try..
(owhhh..bilakah itu??)

entah??

tapi tetap akan try..
kalau dah berjaye nanti saye publish ek..



..orang lain tak heran pon kot..ala..puding je pon kan..
TAPI saye kan amatur..mau try jugak!!
huhuu..
dah..

balik!!..
pukul 4 sudah..

..berjalan jauh..

6
COMMENTS
assalamualaikum..
ini cerita perjalanan kami dari Parit ke Changlun..
ketika berhenti di rNr Gurun..
di Semanggol pon kami berhenti juga..
tapi bebudak ni tak keluar kereta..
so, bila dapat keluar..huisshh..
tak dok diam..

adik dan Uda..


masa dalam kereta..
ya ampun..
tak boleh dok diam ok budak 2 orang ni..





tengok!!..
tak mau duduk!!..
si kakak usik adik..
adik usik kakak..
kakak sebok bagitau
"umi..bas!! umi.. lori!!..
letih jugak nak layan..bayangkan berapa kali selisih dengan lori dan bas..
bila umi buat tak tau..
"umi keretapi!!"
ooohh..
ye la sangat..mane ade keretapi atas highway!!
dan kakak sengih2 macam biase..



ni dipaksa dok dalam seat..letih nak pegang..
lagipon adik dah tidur dekat 2 jam sebelum tu..
tu yang bila celik mata..sangat aktif tak dok diam..


******************************************************

ini gambar sebelum bertolak dari Parit..
dua-dua sebok nak naik motor..



adik bawak kakak la konon..




ni sebab masa dok kampung uda nya rajin bawak ronda naik motor..







sebelum balik nak naik jugak la kan..
macam tau-tau je kalau dah balik Changlun takde dah naik-naik motor nih..





okehh..
itu saja kali ini...
ndaaa..





























..sudah sampai masa..

4
COMMENTS


assalamualaikum..

baru mau update..
selepas beberapa hari..

bila sudah semangat mau update..
rupa-rupanya saya sudah tidak boleh upload gambar lagi..sudah exceed maa...1G..


mujur sudah pernah ketemu jawapan untuk masalah ini..
lalu diselesaikan segera..
add author..dan guna sahaja en zahir sebagai 2nd author..


jadi..
takde ape-ape nak dibebelkan di sini..
jumpa next entry dengan gambar-gambar kakak dan adik eh..



p/s: sesuai ke tajuk??huuu

sisi baik anonymous

5
COMMENTS


assalamualaikum..




..tetiba mau membebel sebelum tidur..
pernah tak anda jumpa entry puji memuji sang anonymous?
saya belum jumpa lagi..
kalau ada entry tentang golongan anon ini..
tak lain dan tak bukan adalah entry untuk menghentam mereka..
kan..kan..
saya juga pernah buat entry khas untuk anon..

tetapi..
sedarkah kita..
ada ketika nya catatan yang ditinggalkan oleh si anon itu ada ketikanya berniat baik?
cuma kadang-kadang cara disampaikan itu kurang enak untuk dibaca..
atau hanya kerna kita sebagai "tuan punya blog"..
kita rasa apa yang dikatakan oleh si anon itu semua yang tak elok saja..

sedarkah kita..
si anon itu biasanya pembaca tegar blog kita..
entah kenapa anon tak tidur lena kalau tidak membaca blog yang di"annoy"nya..
sebenarnya..anon adalah peminat blog anda juga..tapi takmau mengaku..huhuhu


sedarkah kita..
anon mungkin kawan rapat kita..
anon mungkin rakan sekerja..
anon mungkin jiran rumah sebelah..
sangat meluat dengan apa yang kita catatkan di blog..
jadi..untuk menjaga hati kawan..
maka "anonymous" adalah imej terbaik yang boleh dia guna..


sedarkah kita..
kadang-kadang kita memang terlupa..
kita rasa blog itu kita punya..
maka ikut suka kita nak tulis apa..
kita rasa hanya orang yang suka akan baca blog kita..
kalau tak suka sila "X"..

tapi apa salahnya..
kita jaga hati mereka yang membaca..
takut 1 hari nanti..di hari tua..
kita malu sendiri dengan apa yang kita tulis di blog..
orang lain senyum-senyum baca kenangan di masa muda..
kita..masa tua..sebok delete / edit entry..hahahaha..
malu bila anak cucu baca..
kita tak tau dimana dan siapa kita 20 tahun akan datang kan..


sedarkah kita..
adakah kita tidak boleh menerima teguran orang lain..
tidak kira atas nama apa pon yang dia guna..
walau mungkin bahasanya agak kasar..
tapi sekiranya tegurannya "berasas"..
belajarlah untuk perbaiki diri sendiri..


ada ketikanya "musuh" adalah mereka yang banyak berkata benar tentang kita..


anon..
sila hentam blog dengan berhemah ye..
sekurang-kurangnya jika apa yang dihentam itu benar..
dan tuan punya blog berubah atas kata-kata anda..
kan pahala tu...


 
akhir kata..
kalau memang sudah terang lagi bersuluh si anon memang tiada  niat lain melainkan
menghentam blog anda tak tentu pasal..takde hujung pangkal..saje cari pasal..
ohh..
..biar Allah saje membalasnye..
-bukan mudah nak puaskan hati semua orang-
dan anda..
sila teruskan berblog eh!!!


..tipu..












bercakap dengan...

5
COMMENTS
assalamualaikum..
testing..testing..
bulehla uplod 1 gambar ni..
dalam keadaan line yg menyiput nih..



gambar pon tak berape elok..
ni si kakak sedang mengasuh bear dia..
sedang bagi bear makan biskut..
kakak sedang melalui fasa "bercakap sorang-sorang"
kalau dia duduk sorang..
intai-intaila..
boleh tengok kakak macam bercakap dengan "seseorang"
kadang-kadang dia tiru apa yang cikgu dia buat..
mulut bising tanya "ni apa?..ni apa?"
kadang-kadang macam dia tengah bersembang dengan kawan..
kalau di tegur..
akan tersengih-sengih malu..huhuhu
jadi..biarkan saje die berimaginasi..


slow!!

4
COMMENTS

assalamualaikum..

sudah 3-4 hari tak update blog..
Ahad lepas..saye sudah bertolak balik ke Perak..
bila sampai kampung ni..macam biasala..
line sangat menyedihkan..
nak on lappy pon malas..
siap boleh suruh en zahir nun di Ganu tolong online dan cek ape yang patut..
nak baca blog orang lain pon memerlukan kesabaran yang tinggi..
nak buh komen apetah lagi..
dah taip2..tibe 'Internet explorer cannot bla..bla..bla.."

nanti la dah balik changlun baru update laju-laju..


ndaaa..
salam!!

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

3
COMMENTS
assalamualaikum..


WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA



"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.
Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"
"Habiskan ini!"
"Pergi mandi!"
"Cepat masuk kereta!"
"Gosok gigi!"
"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"
"Heiii, kenapa buat macam tu!"



Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.
Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.


Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"
"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"
Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.


Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.


TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.
Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"
"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.
Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.


KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.
Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman




dipetik dari sini

her email..

2
COMMENTS
assalamualaikum..


Waalaikummussalam Ikin,




Thank you for your "long" email . At least you were more eloquent this time, a trait which I think is necessary for an educator. Didn't know that you are a teacher yourself. Welcome to the world of education. For me, it's one, if not the, richest world that I have been, and still are, a world that is immensely satisfying and rewarding.

But again it depends on how we approach our life. Remember I gave that quote "We should like what we do, and not do what we like"? I read somewhere that the best teachers teach from the heart, not from the book. And Carol Buchner did say this of students. "They may forget what you said, but they will never forget how you made them feel." I do believe, as teachers, or a better word, as educators, we should make our students remember us in a good light.

There are times when, as Aristotle said "The roots of education are bitter, but the fruit is sweet". As for the emails, I'm not disappointed or sad at all. That student was being candid with me. Can't blame that student though. I think I have taken much of people's ever busy time. I'm sure the class are not used to receiving my kind of emails, or emails at all, from other lecturers .

I would like to share with you what Hiam Ginott said about being a teacher, or the "power" of a teacher, rather:


"I've come to the frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It's my personal approach that creates the climate. It's my daily mood that makes the weather. As a teacher, I possess tremendous power to make a student's life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration. I can humiliate or humor, hurt or heal. In all situations it is my response that decides whether a crisis will be escalated or de-escalated and a student humanized or de-humanized. "

Surprising, isn't it, how we teachers affect our students? It's really food for thought.


Prof. Afifah

bola kalerfull

2
COMMENTS
assalamualaikum..

sudah hampir waktu untuk pulang..
hari ini kepala penat..sangat penat..
sebab ada meeting pelarasan skema untuk mid sem exam bebudak nih..
tapi esok sudah mula bercuti seminggu!!
tapi apelah maknanye cuti tu kalau orang laut yang duduk di darat nun jauh di mata..
sementara menunggu minit-minit akhir untuk bercuti..
tempek gambar la..

bulan lepas punya gambar juga..
bertarikh 24 dis 2010..
sehari sebelum zikry cukup setahun..










adik..jom balik!!!




ok..umi mau balik juga..
ini hanya entry pengisi masa lapang..

ndaaa..

salam!!



JOM SHOPPING!!