al-fatihah..

assalamualaikum..

semalam, umi lepak di meja seorang kawan, sambil membelek-belek akhbar kosmo yg ada di atas meja.
entah kenapa mata ni menangkap 1 gambar yang macam umi kenal orangnya..tapi siapa ya..
gambar adalah mangsa kemalangan yang meninggal dunia di Perlis..
eh..Perlis?dekat je..tapi siapaaaaa la dia ni..
jenuh umi ingat-ingat balik..betul-betul rasa kenal dia..
lalu umi tanya pada kawan..kenal tak siapa ni..

Bergerak laju jantung ni bila diberitahu kawan-kawan..
mangsa kemalangan tu adalah pensyarah Kolej Matrikulasi Pahang..
Ya Allah..patutla umi rasa macam kenal..

Dia ada bersama-sama semasa meeting K.U di KL haritu..
Sangat baik orangnya..macam seorang motivator..murah dengan senyuman..
Dalam meeting ada disebut-sebut la dia nak sangat balik ke Perlis..
Arwah adalah Ketua Unit Pengurusan Perniagaan Kolej Matrikulasi Pahang..

Kalau umi yang baru kenal dengan arwah dah terasa kehilangannya..
apatah lagi keluarga arwah..dan warga KMPH juga pasti berasa kehilangan seorang pendidik yang sangat berdedikasi.


kenangan bersama arwah azmir..arwah yang berkaca mata dan memakai lebai, duduk paling hujung


Al-Fatihah..


2 tukang conteng sambilan:

JOM SHOPPING!!