Jumaat lepas ada orang kol umi..
perkenalkan diri dia sebagai..sekian..sekian..
dan dia mohon kebenaran nak tumpang jadikan Trendyzs lokasi penggambaran sebuah drama..
Umi pon ok aje..
ni kan salah satu cara nak market Trendyzs :)
Encik X itu (sudah lupa nama laaa) mintak umi berada di kedai sepanjang proses penggambaran.
dan kebetulan kak ina & angah weekend akan melepak di rumah pakngah diaorang..
so bawak zakwan sorang :)
ni umi tempek sikit gambar sepanjang proses penggambaran..
bukan umi yang snap pon..
staff Trendys, Lia yg snap
sepanjang penggambaran umi tak dok dalam kedai..
sat lagi takut zakwan tu mengganggu..huhuu
dok luar kedai aje la..
Lia dan mak Engku...ekceli umi pon tak tau nama dia ape..tapi biasa tengok..dah depa kata nama dia mak engku.. |
ni hero dia..shah jaszle --betuk ke pon eja tah.. |
ni antara krew..ramai jugak..termasuk tukang mekap, bancuh air semua ade dekat 15 orang.. |
diaorang ejas barang & rak ikut kesesuaian..tu yang bertudung hitam siti saleha..berlakon mengandung tuh.. |
jasmin hamid & siti saleha |
kalau tak silap diaorang ni berlakon jadi anak & mak..jasmin tu mesti jadi mak jahat ..hahaha..selalu macam tu kan.. |
shooting .. |
lepas tu krew akan kemas balik ..letak balik barang yang mana diaorang ubah |
Penggambaran dua babak aje..
tapi amik masa dekat 2 jam..
zakwan dah merepek-repek dok luar kedai..takmo dok diam..haiisshh..
penggambaran dah selesai..lega dia dapat masuk dan tengok upin-ipin. |
dapatla bergambo dengan siti saleha..kalau permanent bertudung gini kan cantik..doa-doakan.. |
okeh..zakwan dah ngamuk sakan..hahaha..tak kasik can langsung |
So, sapa-sapa nak tengok Trendyzs boleh tunggu siaran drama ni ye..
Tayangan sempena awal Muharram..
slot Cerekarama..
Tajuk drama ni Dari sinar mata..
Share satu lagi..
ramai gak tanye berapa diaorang bayar Trendyzs?
Jawapanya..FREE..
tumpang sat saja..
nanti diaorang kasik kredit kt Trendyzs je..
n bagi DVD sebijik..
kata bos dia laa..
okeh..
ni pon pengalaman kan..
1 tukang conteng sambilan:
wah bertuah tau. hehe..boleh tengok cerekarama ni nanti.
Post a Comment