Vaksin Rotavirus HARAM

assalamualaikum..

Pernah dengar tak tentang vaksin Rotavirus mommies sekalian?
anak umi dah 3..pernah dengar pasal vaksin ni..tapi tak pernah ambik..
sebab..tak ada sape pon cadangkan untuk ambik :)

vaksin ni boleh diambil di klinik-klinik swasta..gomen memang tak ada
umi bawak anak-anak p cucuk kat klinik gomen aje
lurus je..orang suruh cucuk..cucuk..tak sebut pasal rotavirus maka tak ambik..

tapi baru semalam ada kawan update status di FB berkaitan keharaman vaksin ini..
dan sebagai orang islam..umi rasa wajar dikongsikan agar dapat memberi kesedaran kepada ibu-ibu lain juga..
sharing is caring ok..tambah-tambah ini dikira isu berat..
memasukkan unsur haram kedalam tubuh anak yang suci bersih itu..







Apakah itu vaksin rotavirus?


Rotavirus adalah virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan di usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang telah dijangkiti, dan disebar melalui sentuhan dengan najis ini. Perkara ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku dari anak ke anak di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia boleh merebak melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang mengurus bayi yang dijangkiti.
Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di atas permukaan keras dan kering. Ini bermaksud ia juga mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti, dan kemudian menyentuh mulutnya.
Gejala-gejala bila terkena jangkitan :-
- Demam
- Muntah-muntah
- Cirit birit yang teruk berserta najis berair (berlarutan)
- Kurang selera makan
- Tidak bermaya
- Air kencing kurang.
 Apa hukum menggunakan vaksin ini?
dengan jelas ianya adalah haram..
berdasarkan fatwa yang dikeluarkan di sini


Boleh baca juga dari sudut pandangan seorang doktor..
tentang keperluan vaksin rotavirus ni..Dr Zubaidi


Alhamdulillah umi tak pernah ambik untuk anak-anak..
tapi ada persoalan yang tidak dijawab di blog Dr Zubaidi tu..
bagi anak yang sudah disuntik dengan dos pertama..dan setelah si ibu maklum tentang perkara ini..ada kesan tak jika pengambilan dos yang seterusnya dihentikan?
hmm..harap ada pencerahan dari dr tentang perkara itu..


Bagi mereka yang telah / pernah memberi vaksin ini kepada anak..moga jawapan/komen dari salah seorang pembaca  yg diprintscreen dr web dr zubaidi ini sedikit melegakan..




Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk anak-anak ummi&ayah..juga anak-anak para pembaca blog ini..dan dilindungi mereka dari perkara-perkara sebegini
ameen..



1 tukang conteng sambilan:

Unknown said...

thanks for sharing..baru2 ni anak kedua saya juga dijangkiti rotavirus..ramai ibu2 yang tak tahu apa itu rotavirus sehinggalah anak mereka dijangkiti..ramai juga yang tak tahu rotavirus boleh bawa maut..tentang vaksin tu..saya ada terbace ianya menggunakan sumber porcine dan tidak halal..ada fatwa yang dikeluarka..boleh rujuk e-fatwa..jemput baca artikel di blog saya tentang rotavirus ^^

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Rotavirus Pada Si Kecil Anda

JOM SHOPPING!!