seronoknya berkongsi testimoni ESP Shaklee

0
COMMENTS
assalamualaikum..


ye..
memang umi tengah mabuk berShaklee sekarang ni..
happy tengok rakan-rakan yang mencuba shaklee puas hati dengan produk yang diaorang beli.


jom tengok testimoni dari seorang sahabat lama ni...memang lama..sejak dari sekolah rendah..nama dia tak kasik publish..hehehe


dia guna set bajet utk ibu menyusu..
so umi suggestkan set ESP + Alfalfa







 sapa-sapa yang berminat untuk mendapatkan set menyusu ni boleh roger-roger umi eh..
bila beli siap boleh dapat konsultasi percuma..
yang penting puas hati..anak cukup susu..mak pulak slim..
nak beli pon boleh ikut bajet masing-masing..
dan harga adalah terbaik di pasaran...




kenapa saya suka MEALSHAKES!!?

2
COMMENTS
assalamualaikum..


umi sangat excited dengan mealshakes!!
haruslaaa..
tak sampai seminggu pon guna..dah nampak keberkesanan pada anak-anak..
terutama pada si angah..yg memang sangatlaaa memilih kalau bab-bab makan ni..

dia suka makan roti..tak pon spagheti..ala-ala mat saleh la konon..
kalau suruh makan nasi..dia akan makan nasi saja!! taknak lauk..sayur..kicap pon takmo..


tapi..
jeng..jeng..jenggg..

sejak umi campurkan mealshakes dalam susu dia..
nampak ketara perubahan selera makan dia..
takde masalah nak makan..

seronok sangat weekend hari tu..bangun tidur dia kata nak makan nasi..wiii!!




ke-eksaite-an itu harusla dikongsi dengan si ayah..





malam tadi pon puas hati sebab apa yang dimasak memang licin..
tak ke heppi bile penat balik keja, pulun masak..pastu anak-anak makan dengan seleranya air tangan umi depa?

ini sedikit info tambahan mengenai mealshakes:


Fakta menarik tentang Mealshakes:

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.



so, sapa-sapa yang berminat nak dapatkan mealshakes ni..
siap dengan konsultasi & resepi..

meh roger-roger umi eh..

biasalaa..umi memang akan test sendiri dulu..
dah puas hati bolehla dikongsi dengan kawan-kawan..

nantikan review untuk vitamin lain jugak eh..











sebab dia

0
COMMENTS
assalamualaikum..






korang kena isi tak mende alah ni?
buat kt opis punyela slow..
nak kena celik mata pepagi buta semata-mata nak isi dia ni je la aiihh..

yeyy.. dah siap.. dan saya mau tidor ..zzzzzzz




Stok panas-panas dah sampai!!

0
COMMENTS
assalamualaikum..

baru je oder stok shaklee minggu lepas..
minggu ni dah kena oder lagi sebab stok yang ade dah "terang"
tak cantik la rak kalau nampak kosong aje..

so semalam dah sampai stok baru Shaklee!!













kalau datang ke kedai..
bukan saja boleh dapat barang ready stok..
free postage (^__^)
customer juga boleh lihat panduan beli stok ikut keperluan dan bajet..
serta testimoni menarik mereka-mereka yang sudah menggunakan shaklee..
pasti jatuh hati..
samada yang mengguna shaklee sebagai supplemen untuk menyusukan baby, yang mengandung (termasuk saye la tu), yang dalam pantang..yang nak slim..untuk anak-anak..mai je datang Trendyzs ye.
Staf kami sedia membantu..


Kalau nak beli secara online pon boleh..
free consultation..
boleh pm di FB Syikin Zahir atau page Trendyzs Kids & Babies
Wassap pon orait aje.. 019-3571510
Best price!!..always :)









ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

0
COMMENTS
assalamualaikum..




Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.





Sumber: facebook

Perkara yang baik harus dikongsi :)

sudah 16!!

0
COMMENTS
assalamualaikum..




dah 4 bulan..sekejap aje kan..
kenapakah pregnen kali ni terasa betul masa begitu cepat berlalu..

ish..
rase macam baru aje buat test..rase macam baru aje positif..

mybe sebab alahan kali ni agak kurang berbanding yang 3 orang tu..
hmm..
tau-tau nanti dah masuk tahun 2014..
tup-tup..dah mac..
tup-tup anak dah 4..

weee..
excited..

tak sabor nak tunggu ayahnye balik..

bila kak ina tanya bila ayah nak balik..
umi kabokan lagi 40 hari..(pandai2 jek)..
ngeee




berbibik akhirnya..

2
COMMENTS
assalamualaikum..

saya sudah berbibik..
aduhaiii..
akhirnya..

i serender ye..
sebelum perut makin berat, elokla membuat persediaan awal..
saye perlukan bibik!!

perancangan awal umi nak ambik maid yang bayar ikut jam..
rate kat kawasan sini 1 jam rm10..

tapi bila dipikir-pikir balik..
masalah utama yang nak disetelkan ialah kain baju..
bayangkan kalau asisten tu datang untuk lipat baju..duduk2 dekat sejam mau jugak tu lipat & urus kain baju..
dah hilang rm10..berpeluh pon tidak (ade ciri-ciri kedekut disitu kan>)

sebelum ni dah deal dengan sorang makcik cleaner kat kolej..
tapi hati ni masih berbolak-balik..
dan makcik tu pon macam senyap aje pulak (eh..td kate dah deal kan?)

ada jugakla tanya pada kawan-kawan..dan ada sorang kak ni yang dah ada bibik..
lama dah bibik tu keja dengan dia..
dan bibik dia mencadangkan seseorang untuk diambil sebagai maid..
umi pon rasa macam ok..nak try..

akhirnya..ahad minggu lepas umi p la deal dengan bibik ni..
baru sampai ke Malaysia..dok dengan husben dia yang dah 3 tahun menetap kat sini..

eh awat sebok bagitau detail sangat ni??kekeke..

dan 13 sept..
bermula la fasa baru hidup berbibik..

alhamdulillah Allah permudah segalanya..
bibik ni menutup aurat..dan solat..
ade je umi dengar bibik yag aurat tah kemana..solat pon nak kena suruh..walhal menda dah wajib kan..

1st day kerja habis semua menda nak dibuatnya..macam esok tak mo datang dah..hahahah
senang diajar dan cepat belajar..
senang je keja bibik umi..mengemas saja..
tak perlu memasak dan mengasuh..
itu semua kerja umi..

dan seronok sikit rasa..
bila kita ada lebih masa berkualiti dengan anak-anak..
takde la sebok dengan kerja rumah..
masa yang ada khusus untuk depa je..
kan lagi bahagia..

moga bibik ini baik-baik saja..
jangan baik awal-awal saja ye bik..


curi-curi snap gamba..zakwan memang rajin menolong..tolong basahkan dapur...




















Saya kini SID

0
COMMENTS
assalamualaikum..

lepas tamat master..
ada sedikit rasa "kosong"..
maklumla..3 tahun rasa tak cukup oxygen..tiba-tiba jadi lapang..

jadi macam -apa nak buat ni?-
memangla sibuk dengan anak-anak..suami yang jauh dimata tapi wassap sentiasa..kekeke
dengan kerja lagi..trendyzs lagi..
tapi bila kita dah "terbiasa " bz..adalah menjadi sesuatu yang pelik bila adanya masa lapang..

lantas umi mencari "sesuatu" untuk dilakukan..
dan kini yang umi pilih ialah SHAKLEE..


entry ini bukanlah untuk umi promot "mai beli shaklee dengan saya"
takk..
umi dah banyak study testimoni..
terasa yakin dengan shaklee.

dan sekarang dalam proses mencuba untuk diri sendiri dan anak-anak..
insyaAllah akan umi kongsikan testimoni umi sendiri nanti ye..
harus cuba sendiri sebelum pandai-pandai nak suruh orang lain cuba..



dan untuk mommies yang sudah menjadi pengguna tegar shaklee..
shaklee kini boleh didapati di Trendyzs dengan harga berbaloi-baloi..

bagitau je-sy dah bace blog syikin..kata boleh dapat harga berbaloi?-
kikikikiki
p je la ye..takya bayar postage




Shaklee di Trendyzs

Hari sukan kak.ina

0
COMMENTS
assalamualaikum..

Sabtu lepas sekolah kak ina sukan..
dia sangat excited..
1st time la katakan..


 semangat bangun awai pagi..
kebetulan sukan nya dibuat di dewan tempat kerja umi..
bagus sangatlaaa..
parking depan pintu dewan nun...kekeke..
maklumla..hujan..kete pon muatan penuh dengan budak 3 orang tu..

tapi nak ceritanya kat sini..
kak ina yang sukan..tapi uminya yang letih 80x ganda dari dia..

penat sangat nak kontrol zakwan yang macam lipas kudung ke sana kemari..
huhuu
kekadang hampir lupa yang umi ni tgh pregnen.
haisshhh



sebelum acara perbarisan..tudung dah senget benget..ni belum mula acara lagi ni..


ada perbarisan mula-mula..asyik blur..sebab sambil snap..sambil zakwan tarik-tarik umi dia..nak snap gamba jugak..





tak dapat snap semua acara k ina masuk..sb...bzzzzzzzzzzzz...tau..huhuhu..


angah tolong urut kaki kak ina..kak ina menang dapat no 3 utk musical chair tau..tengok la coach dia kan..hehehe..no 1 n 2 boys..so, not bad la kakak..



fokusss..




acara lompat kangaroo..



sesi memperknalkan adik dia kat kawan-kawan..masa ni zakwan dah comot macam ape dah..




ni meh umi tempek gelagat angah n zakwan masa kakak diaorang bersukan..



memula ok la..dok saja kan..tengok orang lalu-lalang



nganga apa tak tau..




umi siap bawak bekal..konfem lapo..dari pukul 8 sampai 12.30 dok di dewan..patutla kembung aje pipi mu zakwan..kikiki




ha tengok..main aci nyorok disebalik langsir atas pentas tu..saja menguji kesabaran dan kesemputan umi dia tau..






turun naik tangga lagi..haishhh



ni siap tukar baju okeh..baju asal dia dah jadi pengemop lantai dewan dah..comot ya rabbiii..dan umi memang dah bersedia dengan segala kemungkinan..hahahah..



kak ina dan sekumpulan kawan-kawan dia..sementara menunggu acara seterusnya..angah pon menyelit sama..tahun depan insyaAllah dia pon masuk sekolah yang sama dengan kakak dia.




sampai part ambik hadiah..
umi tak boleh snap dah sebab zakwan dah lena ..
dok riba dia ajela..

angah plak dah merengek nak medal macam k ina..
sudahnya umi angkut masuk dalam kereta..

tak tau la kak ina menang acara apa..

tau-tau dia bawak 4 hadiah..
1 tu cabutan bertuah..1 musical chair
lagi 2 tah acara ape..
tak sempat nak tengok label pon dia dah bukak..

hmmm

tahun depan punya sukan konfem tak bawak zakwan dah..hahahaha









7 tahun dulu..dalam kenangan

0
COMMENTS
assalamualaikum..

7 tahun dulu..
pada tarikh yang sama hari ini..

11 Sept..

cepatnya masa berlalu..












insyaAllah tahun ni konvo ditemani suami terchenta!!



Vaksin Rotavirus HARAM

1
COMMENT
assalamualaikum..

Pernah dengar tak tentang vaksin Rotavirus mommies sekalian?
anak umi dah 3..pernah dengar pasal vaksin ni..tapi tak pernah ambik..
sebab..tak ada sape pon cadangkan untuk ambik :)

vaksin ni boleh diambil di klinik-klinik swasta..gomen memang tak ada
umi bawak anak-anak p cucuk kat klinik gomen aje
lurus je..orang suruh cucuk..cucuk..tak sebut pasal rotavirus maka tak ambik..

tapi baru semalam ada kawan update status di FB berkaitan keharaman vaksin ini..
dan sebagai orang islam..umi rasa wajar dikongsikan agar dapat memberi kesedaran kepada ibu-ibu lain juga..
sharing is caring ok..tambah-tambah ini dikira isu berat..
memasukkan unsur haram kedalam tubuh anak yang suci bersih itu..







Apakah itu vaksin rotavirus?


Rotavirus adalah virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan di usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang telah dijangkiti, dan disebar melalui sentuhan dengan najis ini. Perkara ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas ke tandas atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku dari anak ke anak di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia boleh merebak melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang mengurus bayi yang dijangkiti.
Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di atas permukaan keras dan kering. Ini bermaksud ia juga mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang dijangkiti, dan kemudian menyentuh mulutnya.
Gejala-gejala bila terkena jangkitan :-
- Demam
- Muntah-muntah
- Cirit birit yang teruk berserta najis berair (berlarutan)
- Kurang selera makan
- Tidak bermaya
- Air kencing kurang.
 Apa hukum menggunakan vaksin ini?
dengan jelas ianya adalah haram..
berdasarkan fatwa yang dikeluarkan di sini


Boleh baca juga dari sudut pandangan seorang doktor..
tentang keperluan vaksin rotavirus ni..Dr Zubaidi


Alhamdulillah umi tak pernah ambik untuk anak-anak..
tapi ada persoalan yang tidak dijawab di blog Dr Zubaidi tu..
bagi anak yang sudah disuntik dengan dos pertama..dan setelah si ibu maklum tentang perkara ini..ada kesan tak jika pengambilan dos yang seterusnya dihentikan?
hmm..harap ada pencerahan dari dr tentang perkara itu..


Bagi mereka yang telah / pernah memberi vaksin ini kepada anak..moga jawapan/komen dari salah seorang pembaca  yg diprintscreen dr web dr zubaidi ini sedikit melegakan..




Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk anak-anak ummi&ayah..juga anak-anak para pembaca blog ini..dan dilindungi mereka dari perkara-perkara sebegini
ameen..



ya ampunn..macam mana boleh lupa???

0
COMMENTS
assalamualaikum..


benda ni dah lama berlalu..
tetiba baru nak ingat..
teruk betul..

dah masuk September pon..

ni semua pasal besdey kak ina..
besdey dia 24 Julai 2013..
alhamdulillah..dah 5 tahun..

bayangkan sekarang dah september!!macam mana laaa umi ni..itu pun lupa..

ampun ye kak ina..





ini hadiah untuk kak ina..dapat 2 lagi tau..yg board tu umi memang berkenan..set masak-memasak tu memang dia dah request lama da..
 balik sekolah senyum lebor dia bila tengok 2 hadiah tu..
syoknya laaa..tegnok dia happy..


yang ini hadiah tambahan..beli borong terus tudung untuk kak ina..semua soft awning pasal senang umi nak sumbat dalam mesin basuh..pon sengih manjang dia..

isshh.sangat kurang bersopan makan style gitu..hiii..memandangkan besdey k.ina tahun ni jatuh bulan pose..umi beli kek resepi rahsia slice aje la..dah 5 tahun..maka beli 5 slice dengan pelbagai perisa..

angah & zakwan pon apat sorang satu.tapi seperti yang dijangka..konfem tak abes..umiiii jugakla kasik licin :)

zakwan dah ada kek pon nak bodek jugak kek kakak dia..




dan untuk kawan-kawan kakak di sekolah..umi bagi cupcake..bulan pose kan..yang ni boleh bawak balik n makan mase bukak pose..





dan sempena ulangtahun yang kelima..
dia ada 1 lg request..
amboiiii..macam2 makcik ni tau..

dia suruh umi tempek-tempek gambar kat bilik..
sebab dia kata bilik dia tak cantik takde gambar..

uhukkss..

so 24/7 itu..
masa lunch hour..gigih umi balik rumah untuk tempek-tempek gambo yang dia nak..

tak sempat siap..sambung pulak lepas balik kerja sebelum ambik dia di nursery..
kena bagi siap sebab nak seperaihhhhh!!








ini je la yang mampu umi nak tempek-tempek..



dengan harapan kakak suka..




dan ini masa balik sekolah..dia memang suka!!!eksaited!!..tu umi paksa suruh susun ABC foam tu sama-sama..semangat 3 beradik tu buat termasuk si zakwan yang tidak mengerti apa-apa itu..huhuu..






 apa-apa pon..seronok tengok kakak happy..
wajib buat entry ni untuk kenangan masa hadapan kakak..
walaupun masa ni ayah nun di tengah lautan..kena bagi seronok juga la di hari bahagia dia..
ececechhhhh..

be a gud girl kakak..
jadi anak solehah umi ye..
terharu sangat bila umo dah 5 tahun ni..kalau ditanya kenapa kakak pakai tudung?
jawapan dia..
sebab kakak tak nak ayah masuk neraka..kakak sayang ayah..sobbbsss..


ingat jawapan tu sampai bila-bila ye kakak..




JOM SHOPPING!!