Resepi apam pori

assalamualaikum..


dah lama tak buh entry dari dapur..

ni nak share antara feveret anak-anak..
terima kasih en husben sebab rajin tolong carikan resepi..

Resepi apam pori

Bahan-bahan ( 10++ )

  • Kulit :
  • 2 1/2cwn tepung gandum
  • 2 1/2cwn air (agak-agak)
  • Sedikit garam dan sedikit yis
  • Telur sebiji
  • Pewarna-ikut suka nak kaler ape :)
  • Inti :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air (kalau agak pekat boleh tambah air tapi jangan cair sangat..)
  • 6-7 sudu gula-agak2 la ye..
  • Pewarna..pon ikut sesedap mata memandang

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan2 untuk kulit dan blend semua sampai sebati.Biarkan sekejap..buat inti pulak.
  2. Untuk inti campurkan semua,tepung,air dan gula,kacau sebati supaya tepung tak berketul. Kemudian letak atas api yang kecik aje,masak sampai likat dan licin..kena kacau selalu
  3. Kemudian ambik adunan tepung untk kulit,tuang dlm pan-saya guna pemanggang ajaib..tak payah letak minyak pon.
  4. Letak 1-2sb inti dalam adunan kulit yang dah masak td,lipat dua jd mcm bentuk karipap. Siap!






 sekarang dah tak beli dah apam pori..
buat sendiri..puas hati :)

1 tukang conteng sambilan:

dieha said...

kikiki..dah jumpa update pasal preggy..mabruk ikin..hai..nak jgk..nk jgk..:)

JOM SHOPPING!!