assalamualaikum..
PERLU KE PENGAMBILAN SUPPLEMEN UNTUK PENYUSUAN IBU?
Jika tujuan pengambilan supplemen adalah untuk membanyakkan susu, ianya TIDAK PERLU.
Untuk membanyakkan penghasilan susu, ibu perlu mengetahui, memahami dan mengamalkan konsep SUPPLY vs DEMAND.
Lebih banyak susu dikeluarkan (samada melalui df, perahan atau
mengepam), lebih banyak susu akan dihasilkan untuk sesi yang berikutnya.
Tetapi, jika ibu sukar untuk mengamalkan pemakanan seimbang yang sihat, ibu boleh mengamalkan supplemen.
Pengambilan supplemen sepatutnya bertujuan untuk mengekalkan kesihatan
ibu dengan memastikan badan memperolehi nutrien harian yang diperlukan
secukupnya.
Ini kerana sekiranya ibu tidak mengambil nutrien
harian secukupnya (untuk penghasilan susu), badan akan bertindak untuk
mengambil nutrien yang tidak cukup itu dari mana-mana organ badan ibu.
Contohnya, jika ibu tidak mengambil kalsium pada tahap yang diperlukan,
badan akan mengambil kalsium daripada tulang ibu untuk memastikan
kalsium dalam susu ibu mencukupi.
Untuk tempoh jangka panjang, ibu berisiko untuk mengalami osteoporosis.
Keadaan pengambilan nutrien dari badan untuk keutamaan bayi berlaku dalam kedua-dua fasa mengandung dan menyusu.
Kesimpulannya, ibu perlu menentukan sendiri apakah tujuan ibu mengambil
supplemen dan barulah ibu boleh tahu samada ibu PERLU atau TIDAK PERLU
mengambil supplemen.
P.S.: untuk menghasilkan banyak susu, ibu
perlu berada dalam keadaan kesihatan yang tip-top dan minum banyak air
(sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari).
-artikel kopipes dari fb..saja-saja share..stok susu zakwan memang dah merudum..kiranya macam stok yg ada sekarang cukup utk 2-3hari aje..mula terfikir untuk beli pam elektrik sebab MASALAH terbesar umi sekarang ialah kesuntukan masa untuk mengepam..nak menggalakkan demand ni..
-beli?nak beli jenis ape?huuuu...jom gugel lg!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 tukang conteng sambilan:
cikgu ni susah betul nak minum banyak air huhu
Post a Comment