cara solat terawih sendirian..

assalamualaikum..

sekali lagi berpuasa sendirian tahun ini..
maka, terawih pon harus sendirian jugakla..
bila dah ada anak, kecik2 pulak tu..memang tak dapat la p masjid berterawih..
last solat terawih berjemaah adalah pada tahun 2008, masa tu anak baru sorang..berjemaah dirumah dengan pak imam umi saja..punye laaa dah lama...
bila anak dah bertambah..suami terawih di masjid..
kalau kat rumah, hmmmm..payah sudah kami nak berjemaah..

tahun ini nampak gaya terawih sendiri-sendiri jugak..
itupun bukan dapat tiap hari..
kadang-kadang kepenatan..terlajak tidur tu perkara biasa 
gigih jugakla bangun nak terawih..bila anak-anak dah lena diulit mimpi..si suami yang jauh dok berpesan-pesan dalam amos..untuk berterawih..
sayang la kan..setahun sekali je ramadhan ni..

jadi, untuk ibu-ibu lain yang macam saya..tak dapat nak ke masjid,jangan risau..
boleh dapat jugak pahala terawih..
buat sendirian je la kat rumah..macam mana ek..
perlu ke baca bacaan zikir serta selawat yang biasa di baca kalau solat jemaah..



CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN
Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:22 AM 

bacaan / cara / tasbih solat terawih berjemaah boleh rujuk disini




2 tukang conteng sambilan:

Melati Qistyna's Mummy said...

Terima ksh berkongsi kin... :D

cik chinta said...

nk g traweh sorg2 kat sni. tp, xde kawn. solt sorg2 je la

JOM SHOPPING!!