assalamualaikum..
saya terfikir juga ye..pernah terdetik dalam hati..salah tak kalau kita mem"browse' tenet..ketika waktu kerja?halal tak gaji yang kita peroleh?maklumlah..kita tidak dibayar gaji untuk berinternet >> berfesbuk..frenster..twitter..youtube..berBLOG (saye la ni.sumtime buat entry di opis..)..
bukan masalah sama ade kite gune line internet mahupon menggunakan brodben sendiri..Persoalannya adalah MASA kerja yang kita gunakan untuk aktiviti "sampingan" ini..
saya akui sangat memerlukan sumber maklumat internet..maklumat-maklumat yang perlu sebagai input tambahan untuk pelajar. So, rasanya yang ini tiada masalah kerana sebahagian daripada tugas..Namun kadang2 klik untuk urusan persendirian juga e.g: bayar bil..beli online..
Alhamdulillah terjumpa artikel ni di web ustaz zaharuddin..so, mari kita bace sama-sama..tengok balik kot2 kite salah guna..tahu samada salah atau tidak penggunaan internet kite tu..bace ye..sharing is caring!!
Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.
Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.
Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.
Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.
Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.
Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.
JAWAPAN
Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام
Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)
Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)
Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.
Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-
1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.
Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.
2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.
Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.
Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.
3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit. (ini kategori saya)
Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.
Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.
Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.
KESIMPULAN
Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.
Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
..pabila anak-anak berjumpa ayah..
assalamualaikum..
KONON jek takut x dan update bloh kan??
update jugakk..
nak tengok respon kakak pertama kali jumpa ayah??
ayah sampai lebih kurang 4pm..
sangat excited la kiteorang nak p amik anak-anak..
ni diaaaa..
mula-mula tak mau..
nak umi jugak..
kakak bukan tak mau kat ayah..
tapi die MALU..
akhirnya..
alalalala...anak ayah
tengok...
sangat manja dengan ayah die..
xmau lepas okehhh!!
amboi-amboi kakak...
adik zikry masih konfius..
siapakah lelaki itu???
kakak ajak ayah main..
turn ayah pulak layan budak 2 orang ni
syoknye kakak..
ok..tulis pendek2 saje..
hiiiii..
ok la kan..
berupdate jugak la blog nih..
tegar sangat la konon..
huuuu
menanti
assalamualaikum..
pagi ni gegas-gegas p kerja..
jumaat harusnye cuti..
tapi keje jugakla sebab nanti nak cuti raye lebih sikit..
hari ni kelas 1 sahaja..
8-9 am.
lepas tu..
huuu
tiada motivasi untuk kerja..
mujurla half day sahaja..
kakak dan adik p sekolah macam biasa..
semalam tok tak datanag rumah..
so, kami tinggal bertiga sahaja..
ummi punyela berdoa kakak tak buat perangai menjelesi adiknya..
sesungguhnya Allah tu maha mendengar..
dan seperti yang diharapkan..
baik-baik saja..
balik kerja..masak..
siap asar,amik dieorang dari sekolah..
kemudian makan..mandi..
haiahh..
bahagianya hidup bila semuanya lancar saje..
hari ni..
insyaAllah en zahir akan kembali kepada kami sekeluarga..
dah plan dengan en zahir, die akan amik kakak dari sekolah petang ni..
ape agaknye reaksi kakak eh?
kalau berkesempatan akan snap gamba dan uplod kisahnye..
KALAU sempatlaaa..
pagi ni gegas-gegas p kerja..
jumaat harusnye cuti..
tapi keje jugakla sebab nanti nak cuti raye lebih sikit..
hari ni kelas 1 sahaja..
8-9 am.
lepas tu..
huuu
tiada motivasi untuk kerja..
mujurla half day sahaja..
kakak dan adik p sekolah macam biasa..
semalam tok tak datanag rumah..
so, kami tinggal bertiga sahaja..
ummi punyela berdoa kakak tak buat perangai menjelesi adiknya..
sesungguhnya Allah tu maha mendengar..
dan seperti yang diharapkan..
baik-baik saja..
balik kerja..masak..
siap asar,amik dieorang dari sekolah..
kemudian makan..mandi..
haiahh..
bahagianya hidup bila semuanya lancar saje..
hari ni..
insyaAllah en zahir akan kembali kepada kami sekeluarga..
dah plan dengan en zahir, die akan amik kakak dari sekolah petang ni..
ape agaknye reaksi kakak eh?
kalau berkesempatan akan snap gamba dan uplod kisahnye..
KALAU sempatlaaa..
-sedang menanti kepulangan ayah-
(^_^)
-hepi saje ini hari-
assalamualaikum..
kakak..
pagi tadi..
masih fresh lagi nih..
sekarang hari-hari mau ikut umi p opis..
masuk p punch card..
dah la arini kelas pukul 8..
kalut uminye...
konfiden mau masuk kereta ayah..
sangat gigih..nak masuk sendiri..
chaiyokk kakak!!umi snap gamba je..
letak katak dulu kan senang..
yesss!!berjaya masuk jugak!!
sedang membetulkan posisi..
muka syok dapat naik kereta dan ikut ummi..
macam biasa..tak mau tengok camera..
p/s: gile dok update blog jek..sok..lusa..tulat..update ke x..tah laaaa
SERAM..captured imej gadis bertudung dan berjubah hitam di kuarters..
assalamualaikum..
selalu sangat dengar kisah-kisah seram bila dok kuarters kerajaan ni..
di matrik ni pon ade..
kisah paling glamer adelah kisah orang dibawah dengar bunyi orang atas alih-alih barang tengah malam..
bunyi kuat sehingga anak2 kecil tak boleh tidur..
bila ditanya orang di atas, kate mereka..tak buat apa-apa ..tido lena sahaja..
ade juga 1 rumah yang kosong sahaja..
walhal level dua..(4 level + g)
orang yang ada anak kecik tak mau masuk rumah tu..
sebabnye, peghuni sebelum ni pindah keluar sebab anak die asyik meragam..
tak boleh tidur..
macam nampak sesuatu..
haishhh..
macam-macam..
kali ni saya dapat ambil gambar..
lagi real kan!!
sebab dalam rumah selalu ade ..
suare gelak-gelak ketawa..
kadang-kadang menagis..
merengek..
*
*
*
*
*
*
*
selalu sangat dengar kisah-kisah seram bila dok kuarters kerajaan ni..
di matrik ni pon ade..
kisah paling glamer adelah kisah orang dibawah dengar bunyi orang atas alih-alih barang tengah malam..
bunyi kuat sehingga anak2 kecil tak boleh tidur..
bila ditanya orang di atas, kate mereka..tak buat apa-apa ..tido lena sahaja..
ade juga 1 rumah yang kosong sahaja..
walhal level dua..(4 level + g)
orang yang ada anak kecik tak mau masuk rumah tu..
sebabnye, peghuni sebelum ni pindah keluar sebab anak die asyik meragam..
tak boleh tidur..
macam nampak sesuatu..
haishhh..
macam-macam..
kali ni saya dapat ambil gambar..
lagi real kan!!
sebab dalam rumah selalu ade ..
suare gelak-gelak ketawa..
kadang-kadang menagis..
merengek..
*
*
*
*
*
*
*
ni dia gadis bertudung dan berjubah hitam..
*
*
*
*
*
*
cakkkk!!
jangan marah ye..
saye la yang selalu ketawa..menangis..merengek tuu..
huuuuu
p/s:tapi cite pasal kuarters tu kisah benar tau..
bukan rekaan penulis..
konflik kakak-adik
COMMENTS
assalamualaikum..
kakak dah nak masuk umurnya 2 tahun bulan hadapan..
makin membesar die,makin banyak peel "dewasa" die tuh..
paling ketara:
sangat jeles dengan adik zikry..
kadang-kadang die SANGAT SAYANG adik..
peluk cium..
nak suapkan botol..
kasik toys..
siap nak dukung..
(sangat bahaya dan jangan harap la umi kasik..huu)
TAPI
2-3 hari ni sangatla menonjol kejelesan kakak itu..
-waktu makan-
balik saje dari keje..
umi akan masak "moi" untuk adik..
kakak akan join juge..
bila dah siap bubuh dalam 2 mangkuk..1 utk zikry. 1 untuk die..
mula-mula ok saje..
tapi lepas tu..die nak jugak yang dalam mangkuk adik..
nak jugak umi suapkan..
so,suap gilir-gilirla dua beradik tu..
yang ni umi suke..suap 2 orang serentak adalah syok..
-waktu mandi-
Umi:
"kakak..jom mandi"
kakak:
"tak nak"
Umi:
"ok la..umi mandikan adik dulu ye"
kakak:
tak kate ape-ape TAPI
-cepat2 nak bukak baju seluar sebab nak mandi!!
-waktu tidur-
bila dah siap bentang toto untuk adik zikry golek2 tidur..
kakak akan tibe2 terlentang dulu atas toto tu..
siap bukak luas kaki tangan..
takde tempat la untuk adik baring..
kalau ade pon sipi-sipi toto tu je la..
jenuh pujuk okeh..
umi kene baring tengah-tengah antara kakak dan adik sebab kakak nak tido sebelah umi jugak!!
-hampir pengsan umi nih-
-waktu menyusu-
kakak suka menyusu atas sofa panjang sambil tengok tv..
dan die nak umi duduk atas sofa tu jugak..tuggu die habiskan sebotol..
adik tak boleh duduk atas sofa tu..siap pegang jari umi kuat-kuat x mau lepas..
haiahh..
mujurla tok ade tolong layan adik..
dan mujurla adik tu sangat2 la baik..
opah pon selalu cakap..
nanti dah besar mesti adik ni jenis beralah dengan kakak nye..
tok pulak kate..
siap la kakak nanti dah besar kene "tumbuk" la dengan adik..
sebab adik asyik kene buli dengan kakak
hiii..
jangan gaduh2 ek..
macam-macam la kakak ni..
-kakak ketika berumur 13 bulan-
sat je dah nak 2 tahun anak ayah umi nih..
tapi jumlah rambut x banyak berubah..hehehh
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sedang menghitung "jam" untuk en zahir balik..
xmo guna hari..rase macam lambat sangat pulak..
ni semua unxpected..
dah set dalam kepala en zahir balik lepas Jepun i.e lebih kurang 2minggu++
tiba-tiba en zahir bgtau dapat balik..x jadi p Japan..
mane2 saje la..
asal selamat sampai balik ek b..
nice bloggers award
assalamualaikum..
1. Ape yang bermain di fikiran u allz sekarang
-rahsia..
2. Apakah nama samaran u allz
- dalam family - Yang Ikin
- anak-anak-Ummi
-student-Puan syikin / chegu
3. Berikan 3 orang yang u allz sayang
-mane boleh 3 je..saye sayang ramai orang laa..jadi tak bleh tulis sini la..x muat..hiii
4. Panggilan untuk si dia
- sape si die? en zahirkah?biar en zahir saje la yang tau..
5. Hadiah yang u allz impikan dari seseorang yang istimewa
- paling istimewa adalah en zahir..ape je yang en zahir bagi sume istimewa!!
6. Blog mana yang u allz suke visit
-sume yang ade dlm bloglist saye..terutama yang rajin update..asal update je..saye bace laa..
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger u allz... (Ramai nye laa, weyh?)
saye jarang bagi tag kat orang(huh!ye ke?) tgh tiada mood nak tag orang nih..tapi sape2 berminat nak tag orang..boleh je amik tag n award nieh..
ohh..thanx pika.. untuk award comelss ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
































