nursery ohhh nursery

4
COMMENTS
assalamualaikum..

kesian pulak kat blog ni..
tenggelam timbul..
entry ikut dan..heheh

kalau nak memilih nursery utk anak-anak..
agak-agaknya nursery macam mana yang jadi pilihan ibu ayah sekalian?

mesti yg selesa..selamat..anak-anak bahagia dok situ kan..
semua nak yang terbaik untuk anak-anak..

tapi yang selalu menjadi persoalan ialah..mahal atau murah yuran yang perlu dibayar..

baru-baru ni umi terbaca kisah seoarang anak yang umo baya-baya zakwan dikurung dalam stor di sebuah taska..boleh baca sini ye

sengal betul rasenye..
bayangkan..anak tu baru umur berapa..boleh diaorang kurung dlm stor?ya Allah..
tolongla jangan jadikan duit objektif utama..memangla buat bisnes nak untung kan..
tapi fikirla anak orang tu..janganla dibuat sesuka hati..


nursery untuk anak-anak umi sudah berpindah tempat operasinya..
sebelum ni dalam matrik je..
tapi tender tahun ni tak dapat kat Taska Mami Adik..
faktornya..adalah disebabkan faktor harga..

masa nak bid..memang harga yang diletakkan tinggi..
nangis tengok..huuuuu..yuran untuk baby RM390!!
telan air liur la kan..
so..tak dapat sokongan la nursery itu..dapat kat pengurusan Taska lain..maka Taska Mami Adik pon berpindah keluar..
mujur dekat saja dengan kolej..dlam 200meter je dari pintu depan kolej..kira ok la kan..

memula berbelah bagi jugak nak hantar anak-anak ke Taska Mami Adik
Tapi makin terbelah hati ni untuk hantar ke taska baru..
itu semua isu dalaman la..idakla umi mau bincangkan di sini..
Akhirnya umi ayah sepakat..diaorang ke Taska Mami Adik juga..


Alhamdulillah..harga baru mereka tak macam yang dalam tender (buat masa ni laaa..)
untuk zakwan RM320..angah RM290 dan k.ina RM140..
total RM750 sebulan..pejam mate ajela ye..

tahun depan ..kita pikir tahun depan..


ni umi tempek sikit gambar anak-anak di nursery kesayangan depa..
macam mana tau diaorang bahagia kat nursery tu?

masa hantar tak ada isu meraung tak tentu pasal nak p nursery..
balik rumah ade je benda yang diaorang cerita tentang aktiviti di nursery..
dan bila tanya kakak pengasuh baik tak..hmmm..puji melambung laaa...

maka..asal diaorang bahagia..
dan umi pon berlapang dada nak p kerja..
ayah yang tinggal anak-anak berbulan-bulan pon lega..
nursery itulah yang umi rasa terbaik utk diaorang..






























sekarang ruang nursery ni dah tak sebesar dulu..
sebelum ni dapat guna 2 buah kuarters kolej yang memang besar..
sekarang mereka beroperasi di rumah teres corner lot aje..
tapi seronok tengok setiap inci ruang digunakan sepenuhnya..


nursery ni berdaftar dengan JKM..
aktiviti teratur..jadual teratur..
waktu tido, makan, semua ada dipamerkan dan umi tau memang diaorang ikut..

sebagai parent..kena la rajin menjenguk dan bersembang dengan pengasuh dan tokeynya..
bukan hantar dan ambik saja..

mereka tak kisah pon kalau parent tetiba nak datang spotcheck..
sebab memang tak ada pon yang disorokkan..


mm..setakat ini dulu kisah nursery anak-anak umi..









antara RAJIN dan MALAS

2
COMMENTS



assalamualaikum..

orang lain mungkin baru nak panas kerusi buat kerja..
umi dan seluruh matrixian dah mula kerja lastweek lagi..

minggu ni agak super bz memandangkan proses marking paper exam dah mula..
alhamdulillah..kerja tanda-menanda kertas dah pon berjaya disiapkan..
5 kelas aje pon..

isu paling hangat di kalangan penanda haruslah isu markah rendah gila-gila yang student dapat..

lowest adalah .....sulit weh..tapi memang pak pandir punya markah..
hmm..memang membebel la lect student tu..
memang hangat dan panas di hati..
soalan senang..ada soalan past year sebijik-sebijik keluar..itu pon tak boleh buat?

umi yang tengok skrip jawapan dia pon tepuk dahi..

kepada sesiapa yang satu hari nanti nak masuk matrik..adik beradik ke..anak sendiri ke..
percayalah..matrik ni senang aje sebenornye..
memang fast track nak masuk U..

cuma satu ajela..korang kena ade RAJIN..
umi biasa jumpa student yang masuk dengan hanya 2-3 A aje..
tapi boleh keluar matrik dengan 3.5 above weh..
kalah budak yang masuk straight A.. pasal apa? sebab dia RAJIN.


kat matrik ni takde budak yang pandai atau bodoh..
hanya ada RAJIN dan MALAS aje..

kalau berjaya meRAJINkan diri..insya Allah..matrik ni kekacang aje..
jangan percaya dengan mitos kononya subjek susah..lect garang (garang??)..P&P laju..
karut je semua tu..
pandai sesuaikan diri dan RAJIN (ye..rajin sekali lagi)
memang ke U la korang..setahun aje kat sini..
sape yg sebok main-main..sebok nak bercinta..sebok nak monteng..
awal-awal lagi cakap..toksah masuk matrik.

hmmm..
pagi-pagi dah TERbebel kat sini..
ok la..nak sambung kije..





untuk ayah di lautan..

1
COMMENT
assalamualaikum..

lupa nak cerita pasal kiriman untuk si ayah di perantauan lautan
haritu ada la kirim kad raya untuk ayah..
dah boleh bagi k ina pulak yg tulis..

mesti syahdu kan ayah..
bila anak dah tulis rindu-rindu kat ayah..huuuuu



Selamat hari raya ayah..kak ina, angah dan zakwan rindu ayah..sooobbbsss..


entah ape benda gambalaaa k ina lukis..yang kembang comot tu disumbangkan dek air liur si zakwan..hahaha



kak ina kate dia nak lukis gambar masjid..tapi tak reti..dia lukis gambar rumah ajelaaa




status ayah di FB beliau..kkekekke



dan ini foto raya ayah di kapal..sikit jek..dia kate gambo tak boleh anta kedai untuk cuci lagi..sb kedai gamba tgh cuti lg..nyampahhhh










Lelaki pukul isteri dalam lif..

0
COMMENTS
assalamualaikum..


semalam telah menonton video suami lelaki pukul isteri dalam lif..
sakitnya hati ya Allah..
paling kesian bila tengok si anak macam cuba nak menghalang perbuatan lelaki itu..
lelaki okeh..tak layak dipanggil suami mahupon ayah..

tak tau ape kesilapan si isteri..tapi perbuatan lelaki dayus itu memangla dapat kutukan, sumpahan dan maki hamun sesiapa saja yang menonton video itu..
bayangkan kesan kepada si anak..trauma..
walaupun ape pon silap si isteri..islam ada kaedah untuk menegur dan memperbetul si isteri..
bukan suka-suka boleh terus pukul sepak terajang sebegitu..

itu yang kita nampak kan..
yang didera di rumah entah macam manala agaknya..
itu yang dapat dirakam cctv..
bayangkan kes-kes keganasan rumah tangga yang kita hanya tau cerita..tapi tak tau trauma sebenar yang dialami mangsa..

seeloknya hantar je lelaki tu p syria..biar dia bantai puak syiah kat sana.
ada faedah..


ni copypaste dari yahoo..


Footage of man abusing wife in lift goes viral



This man chose to bash his wife up in a closed lift thinking nobody would see it.

Unfortunately for him, the despicable act was caught on a closed-circuit television (CCTV) installed inside a lift in a private hospital in Bukit Mertajam, Penang.

The shocking 2:20 minute footage uploaded by Facebook user Nur Hisyam Hashim on Tuesday has been spreading like wildfire  - with 4,306 shares - in 21 hours.

The clip begins with a man waiting to get off the lift. The couple and two children enter the lift almost a minute after the man exits.



As the lift closes, the husband is seen trying to get the woman's attention. When that failed, he began punching the woman while their children -aged four and five - looked on in horror.

She is then forced into a corner where she is punched repeatedly in the face. As the lift door opens seconds later, he kicks the cowering woman out of the lift as one of their children run after her.





He then kicks her again outside the lift and drags the child inside before closing the doors.
Nur Hisyam on his Facebook page described the woman and the 'elder sister of a friend' and the man, as her husband. He claimed the clip was meant to be used as evidence of abuse for the police but claimed they did not accept a police report because the assault did not cause permanent injuries.



We tried to get in touch with Nur Hisyam to verify his claims but there've been no replies yet.

 Meanwhile, police identified the abuser as a 36-year-old civil servant from Jerantut, Pahang who has gone missing since yesterday.
Penang CID chief Mazlan Kesah denied rejecting a complaint from the victim.




"We treat cases like this very seriously and we have already issued an interim protection order (IPO) for the victim," he told Bernama.

The couple had just visited their eldest child in hospital when the incident took place. Mazlan said the fight was a result of domestic problems.

He added that the woman sustained injuries to her wrist, head and face and is now being treated.







Syawal ke 2..

0
COMMENTS
assalamualaikum..

Syawal ke 2..tak ke mana..
bz kat rumah..
ada persiapan untuk kenduri di Syawal ke 3..

ni gambar lembu angah yang ambik..lembu yang bakal dikendurikan..

ini gambar k.ina pon angah yang ambik..nyombongla kakak..takmo bg orang amik gambo dia..

baik kan kak ina..maklumla..adik pon dah nak bertambah lagi sorang..tolong buh kan kasut zakwan..

umi tengok dari jauh ajela..tak ammpu nak menegok dekat-dekat..huuu


barisan pak-pak sedara merangkap pangkat tok la untuk anak-anak umi..



pakngah & makngah yang pakai smart nak cabut balik melaka..takmo potong lembu..wiiii..k.ina jual mahai takmo join lagi..cettt








nanti sambung tempek-tempek gambar lg...


sikit-sikit gamba raya..

0
COMMENTS
assalamualaikum..


Salam syawal ke 6..
Umi dah mula bekerja hari ni..

 Dan hari ni, kesian kat student..tak habis mabuk rendang, lemang, ketupat..dah kena dok mid sem exam..
adat orang belajar kan..macam tu la..
Agak membosankan sebab umi tak bertugas mengawas exam..
haiii..kalau boleh nak bercuti lagi..

Semalam dah selamat sampai ke Changlun..
beraya penuh perasaan di Parit..

so, macam orang lain..nak tempek sikit-sikit gambar beraya la kan..
mulakan dengan gambar raya pertama..

Sangatla geram dengan budak-budak ni..
bukan boleh nampak uminya pegang kamera..
semua datang nak berebut nak pegang kamera jugak..
hangin tau..risonye kalau berderap kamera tu jatuh ke lantai..huuuu

makanya..tak banyak gambar yg proper..
banyak la gambo yang blur, gambo siling, lantai, gambo tv..gambo kasut,selipar etc dalam kamera tu..




tak tau sapa snap ni..kak ina kot..zakwan bersungguh-sungguh nak cuba pakai kasut sendiri..ekceli tu bukan kasut dia..kasut angah..



sibuk nak menyapu anak teruna ni..kalau dah ada angah & zakwan..mestila yang amik gambo ni kak ina kan...



taraaa..ni gambo feveret umi..sebab cukup 3 orang & kamera umi yang pegang..ni dah nak keluar berjalan p rumah moyang diaorang..

1 more..tah apela diaorang tengok..

umi suka bawak budak kecik ni..kalau dah sampai waktu tido dia..konfem pengsan..tak kira kat mana..bising ke..panas ke..dia tetap lena..


zakwan & makwah dia..

biasela tetamu datang tak berenti..



sesi petang..
sudah bertukar baju..
biasela baju melayu kan..sat je pakai..
panas berpeluh..











 zakwan main bubble yang pak ngah dia beli..



sesi pra tidur..agah dengan topeng ..pon pak ngah yang beli..

kak ina?
hmmm..payah betul nak amik gamba anak dara sorang tu..

nanti kite sambung tempek-tempek gambo ye..





 

Salam Aidilfitri dari Kami sekeluarga..

0
COMMENTS
assalamualaikum..

**ini adalah entry autopublish


ketika entry ni dipublish..insya Allah kami sekeluarga sudah berada di Parit, Perak..
dan rasanya memang tak berupdate la blog ini sehingga lepas raya..

Makanya, umi amik kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pengunjung blog ini..silent reader..yang tak silent pon samelaa..heheh

Mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa..terguris di hati sepanjang membaca blog ini..
terlanjur taip kita delete..ngeee








Ini satu-satunya foto "raya" kami tahun ini meandangkan si ayah yang bertugas di tengah lautan..*sooobbssss
gambar ni diambil sehari sebelum ayah sign on hari tu..-bukan senang nak fullhouse mcm ni..
ni la yang terbaik  berbanding beberapa keping lg yg huru-hara dengan perangai bebudak nih
Insya Allah fota raya tahun depan bertambah sorang lagi *eksited!!



Selamat Hari Raya ye semua..
sekali lagi..ampun maaf dipinta..

insya Allah jumpa lagi di entry seterusnya (kalau panjang umur..murah rezeki)..diizinkan Allah)








orang puasa jangan tengok gambar ni..

1
COMMENT
assalamualaikum..























zakwan 1y3m

Iftar di luar dengan 3 + 1 orang anak buat pertama kali..

0
COMMENTS



assalamualaikum..

punyala panjang tajuk..


Jawatankuasa Pengurusan Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin memutuskan untuk mengadakan majlis IFTAR  PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 2013.
Majlis akan diadakan pada:

Tarikh: 28 Julai 2013
Hari:   Ahad  
Tempat: Masjid KMK
 


haaa..gitula ayat salintampal dari emel yang umi terima..
teringin nya la nak pergi..

dah lama tak bawa budak-budak ni bersosial..ececeehhh..

hampir setiap hari berbuka puasa kat rumah tok diaorang..
mari kita bertukar angin..
dan setelah memikirkan segala risiko yang perlu diambil..umi nekad nak hangkut 3-3 tu p..

dan macam biasa..diaorang memang eksaited sesangat nak p..


syukur la umi dapat duduk semeja dengan rakan seunit..en nizam & famili..
dia la yang tolong buh nasik lauk segala kat anak-anak..

see..see..Allah permudahkan,,



amboih dua orang ni...makan buah rambutan..


erk..kak ina makan bertambah..sedap katenye..mengalahkan orang pose..ngeee




dessert




alololo..comot..blur plak..


 tak banyak la dapat snap gambar..bukan senang nak galas kamera..dengan anak2 lagi..tu mujur EPL..kalau D90?hahahah..kirim salam je la..


Ape2pon majlis tu memang meriah..dengan ribuan student..makan tepi2 jalan alas suratkhabar..wahhh..
tapi umi tak maghrib kat situ la..
habis makan terus cau cin cau balik..maghrib kat rumah..
itupon jenuh pujuk k ina yang merengek nak maghrib di masjid..syok tengok ramai kan..huuu..tak mampu la umi kakak oii..

lalu umi kate masjid penuh..orang laki je solat kat masjid..
mujur dia redho..kekeke..lain kali pulak ye kakak..






JOM SHOPPING!!