kerana itik..

3
COMMENTS


Assalamualaikum..
Last week bila ayah ada..kakak banyak kali dok ulang kata nak p tengok itik..
itik yang kakak nak tengok tu bukan la sebarang itik..
nak tengok itik besar..
dan satu-satunya tempat itik tu adalah di tasik darulaman ,Jitra..
so, untuk memenuhi kehendak kakak,pagi Jumaat tu, ayah bawakla p tengok itik..
semangat dua beradik tu bila tau je nak berjalan..
layan ganbar je la ye..


kakak sangat hepi..sengih je bila tau ayah nak bawa p tengok itik..
dalam kereta asyik dok tanya "kita nak p mana ni??"
walhal dah cakap banyak kali nak p tengok itik..
she's sooooo excited!!

adik breakfast dalam kereta..kat rumah dah makan pon..zikry ni memang..
bagi apa pon makan..takde hal..




sukanya gambar ni..nampak si kakak itu sangat manja dengan ayah..
ayah..ni kalau amik dengan DSLR lagi la cun
(^____^)



sweet moment..
-kakak "heart" ayah-




ayah melayan anak-anak yang nak kesana..nak ke sini..



masa ni la pon nak buli ayah lebih-lebih kan..
sok ayah dah naik kapal,konfem ayah rindu nak dibuli kakak ngan adik kan...

ehhh..gambar itiknya takde la pulak,..bukan itik betul pon..nak panggil ape tah..bentuk itik..lepas tu kayuh la kat tasik tu..sapa-sapa nak tengok sila la ke Tasik darul Aman Jitra..

MOS baby

0
COMMENTS
assalamualikum..
lagi kisah Trendyzs..
last week kan en zahir balik unplanned..so, ada banyak hari sikit nak merayap..
Hari khamis kami ke MOS baby shop..
depa ni distributor untuk barangan baby brand Ku-Ku Duckbill


Plan kami, nak amik botol susu Duckbill ni..yang free BPA..
lepas tu..TERambil jugak barang-barang lain sebab ada jumlah RM tertentu yang perlu dicapai untuk dapat diskaun borong..


Big boss duduk dan cek bill.assisstant dia ja yang p pilih-pilih barang..
bos besar kate ok..ok..boleh amik la..




malam tu..selepas kakak dan adik tidur..dan makwah pon dah balik rumah..umi dan ayah pon keluar..
p susun-susun barang di kedai..keluar pon dah pukul 10lebih..
susun punya susun tau-tau dah tengah malam..

tengah malam perut lapar..
kami p cari tempat makan..


kami makan kat satu kedai ni di jalan kodiang..buka sampai pukul 3am..
yang penting sedapppp..bersih..selesa..
balik dalam keadaan kekenyangan..dapat bantal..memang terbaek..
sekarang Trendyzs sibuk kumpul stok untuk Raya pulak..
saya tak boleh nak aktif sangat jual online selagi kelas belum habes..
InsyaAllah hujung bulan 6 nanti habis kelas, bolehla meniaga online dengan riang gembira..

..ayah umi tau..

1
COMMENT
Assalamualaikum..


jam sudah 1.48am..
dan umi belum tidur lagi..sedang gigih menyiapkan final report..
tinggal yang 1 ni je lagi..tapi yang 1 ni la payah nak habes..dari tadi terkial-kial..


so..break sekejap..update blog..bleh? (^__^)



Ayah dan Umi sudah letak item baru di kedai..
safety item for kids and babies..sebenarnya ni idea ayah..
ye laa..kita yang ada anak kecik ni tau macam mana kemalangan boleh berlaku kat rumah..
tengok kakak dan adik..macam-macam benda diaorang buat dirumah, yang boleh mengundang kecederaan..



disebabkan macam tak jumpa je safety item ni kat Changlun..(maybe ada tapi kami yang tak jumpa)..ayah dan umi pon tambah item ni di kedai kami yang sekangkang kera tu..



yang ni antara barang kegemaran customer..cabinet flex lock..rupanya cun je..lagipon anak kecik memang la sangat suka mengexplore kabinet kan..




makwah jadi manager..






yang ni umi letak dirumah..ape tah namanya..disebabkan kakak ina tu "pandai" sangat bukak pintu untuk keluar rumah..yang ni memang sesuai..budak-budak tak boleh pulas tombol tu..so,pintu tak boleh bukak..














big boss in da making..



dulu masa kat sekolah cikgu suka kata anak ca ya nun alif pandai kira-kira sebab diaorang selalu tolong parents yg kebanyakannya meniaga. bila-hari-hari tolong meniaga,kira-kira pon cekapla..ni harap-harap nanti kakak ina pon cekap ye..







kiut!kiut! (^___^)








kemarin pon ayah dan umi p borong item baru lagi..nanti akan uplod laa.. moga pintu rezeki terbuka luas untuk kita sekeluarga..ameen..






jom sambung buat kerja!

..ini kakak punya la..

3
COMMENTS
Assalamualaikum..
kelmarin kakak dan adik dapat buku baru lagi..
buku lama macam dah membosankan je..kebetulan depan  C-Mart ada orang jual koleksi buku kanak-kanak ni..
umi pon borong jugakla..

suka tengok kakak yang sangat excited bila bagitau ada buku baru..


dan sepeti biasa..
"ini kakak punya..ini buku kakak" adik zikry melopong ja..

pujuk-pujuk..kakak bagi 1 kat adik..yang kecik je..zikry pulak jenis asal dapat je ok..dah puas hati..janji ada..


semua kat dia..elok jek susun berlapis takut adik amik..




janji kakak rajin belajar..lain kali umi beli lagi ya..

ayah pon sangat excited bila kakak boleh sebut huruf yang ayah tunjuk..tapi kakak boleh cam dan sebut huruf je.anak orang lain umur 3 tahun ada yang dah boleh baca..sangat superb..kagum laa....sempat ke kakak nak boleh  baca umur 3 tahun?ni pon umi gigih-gigih jugak nak kasi konsisten baca buku dengan kakak dan adik lepas maghrib..bagus jugak anak rapat-rapat nih..tah-tah sok zikry lagi cepat baca sebab dia folo je apa kakak dia buat..sapa tau kan??ape2 pon moga yang terbaik la untuk kakak dan adik..umi dulu masa tadika baru boleh baca..elok ja boleh masuk U..hahaha..statement sangat tak boleh blah..



..akibat tak dengar cakap ummi..

7
COMMENTS
ASSALAMUALAIKUM!!

en zahir dah sampai rumah pagi tadi!!balik lagi..dia kata balik sebab rindu..hahaha..ye la sangat tu kan..kelas kensel..balik la en zahir..en zahir kunun-kunun mau buat surprise..tapi bagitau jugak dia nak balik..pagi tadi pukul 7.30 lebih kurang p amik en zahir di stesen bas.dengan budak dua orang tu sekali..si kakak yang becok tu sebok tanya"kita nak p mana ni umi?sekolah kakak cuti kan hari ni?"hahaha..amboihhh..tetiba sekolah dia cuti..
kakak pon macam tak percaya je nak p ambik ayah..bajet umi nak bawak dia dengan adik berjalan la tu..tapi nampak je ayah dia..sengih habis nampak gigi beratur dia tu..

********************************

semalam kakak dah mula poo di toilet!!SUKA UMI!!
selalau kalau nak poo je dia mintak pempes..tapi semalam bagitau nak poo di toilet..
pagi ni pon sama..dan mula la kakak bangga..dia kata "kakak kan BERDIKARI"
hahaha..keluar sangat lancar dari mulut dia
pada umur kakak 2tahun10 bulan..perkatan-perkatan yang keluar dari mulut dia dah makin mantap..
dulu pernah terbaca(tah dimana..banyak snagt blogjogging), ibu bapa jangan guna "perkataan budak-budak" dengan anak..
contohnya "jom mamam..nak yak?..nak itot"..
guna bahasa dewasa okeh..insyaAllah anak pon akan bercakap dengan menggunakan perkataan yang betul.sekarang dengan zikry pon bercakap guna perkataan standard.
zikry dalam proses hendak bercakap juga.tak sabar nak tengok dua beradik ni bersembang. zikry panggil kakak "atak"..penah sekali dia panggil "na" jek..eshh..
pemahaman zikry pon bagus..faham apa kita cakap..kalau sapa2 bubye siap dapat flying kiss dari dia. kalau gaduh dengan kakak..zikry akan kata "e-wan!e-wan"..dia tiru apa kakak dia cakap..kakak ina suka kata "tak nak kawan" bila gaduh dengan zikry..hahah..
kakak sekarang asyik dok nyanyi lagu Negaraku dengan 1 malaysia sampai ayah bosan dengar..hadoiii.

erkk..tetiba cerita milestone diaorang plak eh..eksaited..

**********************************


ini baru cerita yang ada kena mengena dengan tajuk..
kemarin balik sekolah kakak kata nak p rumah tok..umi pon ok laa..kemas2 baju kakak dengan adik..mesti nak mandi kat rumah tok..tapi bila umi dah keluar angkut beg semua.selamba je dua beradik tu kona p taman..haaa..sudah..ni yang umi malas..mula kata nak p rumah tok..lepas tu suka-suka pulak p taman. masa tu ramai orang kat taman..nanti payah la nak kontrol..kakak dan adik akan jadi sangat eksaited..tau dah..
tapi layankan jugak..mula-mula baik-baik saje berbuai .lepas tu kakak dah mula nak merayap..kakak main kat tepi longkang..longkang tu berpenutup konkrit. tapi umi tetap tak bagi sebab takut kaki kakak tersadung pada lubang penutup longkang..umi panggil dah..tapi kakak tetap nak jalan kat situ..baru je umi berpaling nak amik zikry.dengar dah kakak meraung..tengok-tengok kaki sebelah dah masuk lubang..adehhh..sakit tu..umi tau sakit..tapi geram sebab kakak tak dengar cakap umi..kasut memang dah lucut dari kaki..jatuh dalam longkang..nak taknak terpaksa la umi dukung kakak adik sekali..dekat 30kilo tu.terus balik rumah..

masuk dalam rumah terus umi sapu minyak gamat..
kakak memang menangis tersedu-sedu..tapi mulut umi ni bebel-bebel lagi.."kenapa kakak tak dengar cakap umi".."dalam sedu-sedu boleh lagi kakak kata "kakak tak degil"..haiahhh..


bila kakak bertampal kaki..si adik pon kata.."akit..akit"..tetiba dia pulak yang sakit..nak bubuh macam kakak la tu..muka tu yang tak bleh tahan tu..macam sakit sungguh kan..


tengok zikry dah pegang tu..maknanya kat dia pon nak kena bubuh la..


"umi..buh!buh!"..ecececehhhh...


dah bubuh baru mau senyap..kakak kata "kakak tak p kat lubang dah"..haaa..kakak dah janji ni..itu la kakak..tak mau dengar cakap umi..
psssttt..kakak..ayah balik ni..pow ayah sandal baru ek (^___^)




ayah & ummi tak lupa..

3
COMMENTS


assalamualaikum..
new entry!!
tak lain dan tak bukan untuk update kisah saya ke Terengganu untuk bertemu dengan encik suami terchenta..



-happy!!-
kisah bermula..
saya dapat tahu bas kolej akan ke Terengganu untuk mengambil pembantu fasilitator (PF) bagi minggu pendaftaran pelajar baru..maka saya pon mendapat idea bernas untuk ke sana juga!..perancangan asal adalah saya akan mengambil cuti pada hari Rabu, dan balik dengan bas kolej pada hari Khamis bersama-sama dengan en zahir..tapi nasib ternyata menyebelahi bila kaunselor-En Zaidi- sudi mengeluarkan surat melantik saya sebagai pengiring!ini bermakna, tak perlu ambil cuti..sangat bagus..terima kasih daun keladi en zaidi..jasamu di kenang..

bertolak dari kolej lebih kurang pukul 8.30am..bersama-sama staff lain yang menuju ke SP untuk kursus Golf..lebih kurang pukul 10.30 bertolaklah kami ke Terengganu dari SP..dalam bas hanya ada 2 orang driver dan 3 pengiring termasuk saya..tatau la berapa kali tertidur..terjaga..tapi tetap dok teringat dekat jalan Grik-Jeli..haihhh..dok teringat bila en zahir balik naik motor..dah malam baru sampai ke hotel penginapan..dan hilang penat bila ketibaan disambut penuh senyuman oleh en zahir (^__^). Kami dok di Grand Continental , KT..tengah bandar..dekat je dengan pasar payang..
   sebelah malam jalan-jalan pusing-pusing tak tau nak p mana..dahla takde transport..memang kena berjalan la menikmati keindahan KT..eheheh..sudahnya saya kol seorang x-student..dan bernasib baik kami, sebab dia sudi bawa kami p makan-makan..untung sih..ade student merata ceruk Malaysia ni ;)






-terima kasih hannan dan umminya-
gambar diambil dr FB hannan..




esoknya selepas breakfast kami terus p pasar payang..bukanla boleh berjalan sesuka hati memandangkan saya ke terengganu atas tiket free sebagai pengiring PF..yang penting dapat jumpa en soulmate saye..beli-belah sikit-sikit..(terima kasih hannan bagi keropok free)

ni baru jalan level groundfloor pasar payang en zahir dah kecoh penat..huhuhu


 

singgah beli keropok lekor..dasyat la diaorang..jual keropok lekor je..ade banglo tau..




ni kat hentian Titiwangsa..rindu kat anak-anak..telefon MIL tanya diaorang macam mana..ok ke tak..

sepanjang kat Terengganu umi dan ayah tak lupa pon kat kakak dan adik tau..sembang ape pon topik pasal kakak dan adik mesti ada..umi dan ayah rindu kakak dan adik..walaupun p sehari je..
di hentian Titiwangsa juga..



..mini hanimun..



tok dengan makngah kata kakak dan adik baik-baik je sepanjang umi p Ganu. memang pandai bawak diri..tak de pon meragam..baiknya anak-anak ayah ummi ni..dapat upah nemo dengan kura-kura sorang satu..






..mengecewakan..

8
COMMENTS
assalamualaikum..
semalam cuti hari Wesak 17-05-11
plan nak bawa anak-anak ke UUM..ke Tasik Guthrie..
sebelum tu harusla bagitau ayahnya dulu.. ayah kata "jauhnya"..20 minit saja dari rumah..takde idea nak bawa anak-anak ke mana..dan umi reply sms ayah.."esok umi p lagi jauhhhh"..umi kan nak ke Terengganu..so,dah hari ni hari cuti bawakla kakak adik p jalan-jalan kan..esok dah nak kena tinggal..

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8.30am..


hari sangat cerah..jalan pun lengang saja..


zikry yang sudah pandai tunjuk hero..tak mau duduk dalam car seat..nak duduk di depan..wahai bakal pemimpin..awak kecik lagi okeh..belum masanya duduk di depan..
 



see..terbalik sudah..si kakak yang beria dok kat car seat.siap bawak roti nak kasi ikan makan..excited sangat kakak bila kata nak p tengok ikan..


TAPI..bila tiba di Tasik Guthrie..sangatla mengecewakan..lihat muka kakak yang frust itu..roti separuh lagi dia dah makan..dah la bawak sekeping jek..hahaha..ikan takde okeh..kesian kat kakak dan adik yang excited itu..nak tau kenapa??





air tasik guthrie sudah keruh..dah tak menarik dah..nampak terbiar kawasan sekelilingnya..sebab UUM nak buat ape pon tak tau..ade aktiviti pembangunan di hujung tasik..korek-korek..tambus..tak tau la..

kenangan nih..dulu sini la antara tempat umi dan kawan-kawan melepaskan tension..tempat berjoging..tempat berposing..alalala..rindu kengkawan saya dulu..

disebabkan ikan pon takde..berkesempatan snap beberapa gambar dengan anak-anak tersayang je la..sayangnya encik suami terchenta takde la pulak..siapa sangka akan kembali ke sini..bersama anak-anak!!memang tak pernah terbayangkan..


susahnya la nak bergambar dengan anak dara en md zahir ni..jual mahal sungguhhhh...



zikry yang rimas kena peluk..geram kat dia nih..pipi pauuuu inti kacang merah....

kakak dan roti yang tinggal separuh.
.kecewa takda ikan..dah ikan takde,plan nak p melawat rusa..kakak kata nak bagi roti kat rusa..
TAPI..



Rusa pon ade OFF DAY jugak..sekor pon takde..haihhhh..tak berbaloi sungguh rasenya..


**************************************************************************
Hari ini umi dah nak bertolak ke Terengganu..kakak dan adik akak dok di rumah Tok..dok baik-baik ye.jangan dok ulang p kedai Pak Ngah jek..harap-harap zikry boleh tidur..sehari je dik tak BF dengan umi..boleh ye dik zikry.. ini pon zikry macam tau-tau jeumi nak p jauh..bangun awal nak menempek dengan ummi..ummi mesti rindu kat kakak ngn adik..walaupun p sehari je..









..bukan kami tak sayang kamu..

1
COMMENT
assalamualaikum..
hujung minggu lalu, menghabiskan masa sefamily dengan en zahir lagi..
hampir saban minggu en soulmate saya tu balik kan..
bukan la balik saja-saja..ada urusan mau diselesaikan..
minggu ni balik sebab mau tukar tayar KCM kesayangan beliau..

hujung minggu kami yang lalu..
Hari Jumaat..
Sebelah petangnya kami membuat tinjauan rumah ke rumah..saja jalan-jalan tengok rumah orang dan bakal rumah kami..

-bukan rumah kami-

selain itu..tujuan utama adalah untuk berjumpa dengan bakal pembeli rumah taman seraya..bukan kami tak sayang kat rumah taman seraya..tapi..sayang..memang la sayang..alalalala..jual aje la..ini adalah calon pembeli kedua..yang pertama kensel beli sebab loan dia tak lepas..pembeli yang kedua ni dari Perlis..harap-harap ok..
-main la kakak dan adik..tak sempat dok pon lagi dah nak jual rumah ni..rumah pertama ayah..-



-tinggal kenangan je la kawasan perumahan ini..orang lain sibuk renovate..kami sibuk deal dengan pembeli..hehehe-
***********************************************************************************

Hari Sabtu..seperti biasa umi ke kelas..adik dan kakak ke rumah tok..ayah pulak ade program
dengan geng motornya..
***********************************************************************************

Hari Ahad

Umi dan Ayah ke Alor Star..
adik dan kakak p sekolah ye..
Ayah mau tukar tayarnya..so,umi drive sorang2 ke Napoh..ayah bawa motornya ke sana..ada kedai baru di situ..Highway Bikers..motor ditinggalkan di situ dan kami gerak ke AS..









Tujuan utama ke Aor Star adalah mau ke JPJ..selepas itu singgah menyinggah ke lain-lain tempat..dan tempat kegemaran kami adalah -kedai perabot (^__^)



ape ke name kedai ni tah..lupa dah.. di Mergong..memang hobi kami la p survey-survey..buat perbandingan harga..tengok mana yang lawa..dan biasala kan..yang lawa tu..regenya pon lawa..adehhh..kena bajet betul2 ni..


selagi tak masuk rumah, selagi tu la tak beli segala perabot.kuarters yg kami dok sekarang ni fully furnish..sikit jek barang sendiri. senang kot nak pindah nanti.ni bukan nak beli ni..memang cuci mata jek..syok dapat tengok barang-barang gini..kena pikir la perabot macam mana yg ok untuk rumah yang ada budak kecik.

puas cuci mata kat kedai perabot, singgah pulak kedai sebelah..sebelah kedai perabot ni kedai kereta..

belek en zahir..jangan tak belek..angan-angan 2nd car,,kami kan suka berangan..



siap test drive sekali..mana tau ade rezeki..en zahir penah kata dulu..masa teringin nak beli KCM dulu.memang selalu berangan..selalu tengok2..last2 TERbeli..manela tau kot ade rezeki kat SWIFT pulak..huhuhu
..sepatutnya en zahir balik ke Terengganu tengahari tu..naik motor dia..tapi saya telah berjaya "menghasut" en zahir balik naik bas saja..balik malam..cubaan untuk suruh en zahir balik lepas cuti Hari Wesak sudah gagal..(melampau eh bini dia ni..hahaha)..bukan apa, saya suruh en zahir balik naik bas..sebab..hari rabu ni kami mau berdating lagi!! saya pulak akan ke Terengganu "menjemput" en Zahir..selang berapa hari je..elokla naik bas..nanti weekend baru balik naik motor..nanti pulak cerita kenapa saya ke Terengganu eh..tapi kakak dan adik tak ikut..alalalala..nanti kita suh ayah bawak kakak adik jalan okeh!!

sangat excited mau jumpa "dia" hari rabu ini..


okeh..rasa panjang pulak entry ni..tak payah nak update banyak2 kali..kena pulun bagi habis assign..nti grup member marah pulak kalau tak siap..bagi siap, boleh "cuti" dengan senang hati..mau sambung "bace buku"..Jumpa di Terengganu nanti eh..cewah!!


..ayah kata tahun depan kita pindah masuk rumah seri meranti..bubbye seraya..

JOM SHOPPING!!