Basic H dan Puting susu bayi

0
COMMENTS
assalamualaikum..


ayooo..
aaaaa..syikin..padan muka..
kerana Basic H dan eksperimen ku itu..
bertubi2 wasap, pm, tag di fb, dan yg seantero dengannya mula menyerang..
takpe..its ok..
bagi orang yg tak biasa dengan shaklee..bukankah sememangnya wajar dia amik tahu?
kalau tak tahu, tak yakin, tak percaya, camana nak guna kan?

kepada yg tak paham..'apelaaaa si syikin ni cakap ni..cerita pasal ape?'
isskk..gini..isu ni bermula kerana sekeping gambar..yg mula nak jd viral


dan saya pulak kebetulan baru je update pasl basic H ni dalam entry lepas

Nak tau apekebenda Basic H ni? klik sini

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Dan antara 997 tu..yg telah sy buat dalam entry lepas..iaitu cuci puting..
ada yg tak faham..tak tau ape2pon..katanya Basic H tu untuk cuci lantai..takkan nak basuh pinggan mangkuk kot? lalu disamakannya dengan sabun axion utk basuh pinggan..dengan ajax pencuci lantai..sanggup ke nk guna ajax utk basuh pinggan??uhuksss..mudahnya membuat kesimpulan..
silala rujuk dulu Basic H tu diperbuat dari apa ye..

HealthyChildHealthyWorld.org has reviewed Shaklee Get Clean prodcts and endorses their safety


Ok meh saya explain. 
Basic H ade 1001 kegunaan dan di belakang of the bottle tulis hanya 3 kegunaan sahaja ie cuci lantai, tingkap dan dishwasher. Lagi 997 kegunaan adalah hasil experiment lebih 700, 000 ahli di seluruh dunia
sebab product Shaklee organik, mesra alam dan 100% saya yakin sebab ia SELAMAT! most of get clean product seperti Basic H, ini dia kandungannya : ––> naturally derived cleaning agents (corn- and coconut-based surfactant-Minyak jagung dan minyak kelapa), ––> natural thickener, ––> biodegradable preservative, and ––> water. Jika tengok Safety Datasheet, pH Basic H ni 6.5 - 7.5 NEUTRAL okeh

Kenapa PILIH BASIC H: 

●Mahu cuba atau tidak terpulang, bagi saya ia adalah pencuci botol bayi paling selamat sebab saya tak perlu nak fikir selamat ke tak pakai pencuci botol untuk bayi di pasaran. Sangat jimat hanya 2-3 titik setiap pengunaan.
●ia nya Selamat- tidak mengandungi bahan kimia, pelarut, chlorine, ammonia dan bahan bahan terhakis
●Tidak mengandungi phosphates, nitrates dan borates.
●Tidak ade tested on animals
●Sangat ekonomi. Satu botol boleh digunakan sehingga setahun dan harganya tak sampai RM50?? Sangatlah berbaloi.
●Ia adalah hasil kajian Dr.Forest Shaklee yang menghasilkan first ever Basic-H multipurpose cleaner dimana seluruh dunia begitu ASING DENGAN MAKNA GO GREEN.
Nak selamatkan rumah dan anak anak anda dari bahan berkimia dan toxin? Takut anak anda terdedah dengan bahaya toxin? Apa kata semak bahan dalam rumah anda tengok kandungan bahan kimia di dalam nya. Dan hitung sendiri berapa banyak kita sudah terdedah pada bahan toxin sepanjang hidup kita.

Anda tentukan, kalo ia merbahaya sudah tentu hasil jualan Shaklee sahaja tidak mencecah RM50Juta Sebulan.

Dan sudah tentu Oprah tak sudi mencuba sendiri dan jatuh Cinta dengan produk ini.


Jangan risau Mommies.. Basic H ni

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

psss...
sebenarnya ada 1 lg eksperimen sy dah buat..jelum anak dengan Basic H!!
buat basuh puting pon orang dah bising2..kang tunjuk gambar jelum anak guna air campur Basic H agak2 diaorang marah tak?
yang pasti suhu panas badan baby zidan turun ok..demam tak sampai 24 jam.
bukan saya je buat ni..dah ramai yg cuba..boleh tengok di youtube..tengok minit 3:01



Saya tak pandai nak mengarang ayat..nk membidas kata2 keyboard warrior yang bukan main syok menghentam produk yg dia sendiri taktau kandungannya..tapi yg saya perasan kat fb tu..bila ada si A menyokong statement si B, C pon tokok tambah sikit2..maka makin seronok la mereka berkata2.Bukan isu Basic H aje..ape2 isu ajela kan..sebab tu berhati2 la apabila jejari mula mengetuk keyboard.

Organic Super Cleaning Concentrate. We  challenge you to use it up any time soon. 


Kalau takut sangat dengan Basic H yg memang organik ni,jangan guna..kan senang..

Shaklee:Halal, Selamat, Semulajadi.








Kisah cuci botol

0
COMMENTS
assalamualaikum..

dah 4 orang anak ni..botol susu memang tak dapat dipisahkan..
alhamdulillah kak ina memang sudah bebas dari botol..
si Angah tu yang masih liat..nak p sekolah sebotol..balik sekolah sebotol..amboiii..
zakwan semestinya masih berbotol dan zidan pon sama..berbotol jugak waktu umi p kerja..

laaa..punye lama tak update blog..nak cita pasal botol je?kekeke..
bukanla..adala benda yg umi nak kongi..
berkaitan dengan mencuci botol ni..
tak kena gaya cuci, botol kelabu, puting pon memnag berkerak la kan..
ada 2 jenis botol kt rumah ni..Avent & Tommee Tippie..
angah & Zakwan guna avent, zidan guna TT

Selalunya, asal puting dh start berkerak..memang ke tong sampahla jawabnye..terbang plak RM beli puting baru..
sampaila ada kawan2 bagitau..silala guna Basic H..biasa umi beli supplement Shaklee yg makan2 ..dah orang rekomen, try jugakla..
nak memuaskan hati..betoi ke hebat sangat boleh bg puting cantik berseri..umi buat eksperimen sendiri tau..
dan puting yg digunakan bukan calang2..hahahah..puting TT yg memang dah lama..ade setahun lebih..tah2 dah 2 tahun tak guna..dengan kesan kotoran yang..senang cakap kalau orang tengok memang buang ajela..



tengok gambo SEBELUM..bukan aje ade kerak susu..siap hitam2 lagi tau
so..apa yang perlu dibuat..campurkan sesudu (orang kata beberapa titik..tp rase cam..'eh..sikitnya?') ke dalam sebekas air..air tu kira cukup utk rendam puting sudahla..takdela sampai sebesen..

biarkan ..lepas sejam umi amik..kesan hitam masih ada..umi tomyoh gak..eh..senang je dia tanggal!!
lepas tu rendam lagi..
lepas tu..i terlupa okeh!hahah..
esoknye baru jenguk balik..gosok2 cuci2 sikit..maka hasilnya..sila lihat gamba SELEPAS..

Timbul penyesalan tidak terkata..napelaaa lambat sangat diaorang cite n bgtau pasal basic H ni..kalau tak, tah berapa RM la yg dapat dijimatkan untuk beli puting baru..isskkk

sebenarnya basic H ni banyak lagi kegunaan dia tau..umi dah test utk sembur kat pokok limau & pokok cabai belakang rumah..nak halau ulat..esok cuti ni bolehla p cek..berani tak cik ulat makan daun lagi..

yang berminat nak tau lebih lanjut tentang Basic H, klik SINI




MAJLIS KO-KURIKULUM TASKA

2
COMMENTS
assalamualaikum.

Isnin lepas, berlangsungnya Karnival Kokurikulum  Taska JAHEIK
Untungnya sebab umi masih cuti sem. So dapatla join program dari awal hingga akhir. Ada parent siap amik cuti lagi semata-mata nak bg sokongan kat anak memasing.

Antara pertandingan yang dijalankan adalah Pertandingan mengenal dan membaca jawi, hafazan surah, azan, kuiz dan nasyid.

Kak ina masuk Nasyid. Angah tak masuk apa pasal pertadingan ni untuk pelajar 6 tahun je. Kak Ina punyala semangat bangun pagi..si angah pulak.. umi dan kak ina dah siap baru nak bangun mandi..umi kata angah tak payah p laaa..dah lewat, sebab kena berkumpul kat Taska diaorang pukul 7.30 pagi..yg bagusnya angah ni memang dengar cakap plak pagi tu..ok aje dia..heheh

Ok jom tengok gambo

sampai kat lokasi kejadian, budak2 ni di bagi breakfast dulu..bihun goreng

lepas tu di touch up dek chegu..



Jadi cikgu Taska ni memang kena banyak bersaborla kan..bukan senang..kekeke..mana taknya..sementara nak tunggu turn acara diaorang tu, ada yang jatuh longkang, ada yg baju dah comot, yg berlari-lari..esshh..



ni antara yg sempat umi snap..dari taska lain-lain..kalerful betul diaorang..


ni semenTara tunggu giliran persembahan masing-masing

kak ina dengan BF..oppss BFF dia..kawan dari nursery sampai tadika ni ha..selalu sangat cerita pasal amjad ni bila balik sekolah..sikit2 amjad..amjad buat ni..amjad buat tu..sampai umi tanya..kakak takde kawan pempuan ke kat sekolah? barulaaa ada kuar nama nisa, farisya,ayu..huuu

kak ina and the gang..

 Sementara nak tunggu turn diaorang tu..sempat pulak uminya balik rumah..mengepam stok untuk zidan & amik si angah..
Tak jauh mana Kodiang dengan Changlun, 15-20 minit je..
Elok-elok sampai balik ke Kodiang, ngam-ngam Kumpulan Nasyid Taska Paya Nongmi yg lelaki nak buat persembahan..



Diaorang nyanyi lagu Yahanana versi Melayu





budak ni tak reti dok diam..basah baju dia berpeluh2.dok menyelit2 kat kerusi VIP yang tak menahan tu..sebab nak dekat dengan kipas..




Persembahan kumpulan Nasyid kak ina..nyanyi lagu Sumaiyyah.

semangat kemain depa nyanyi..comey2 aje tengok bebudak kecik ni bernasyid..



angah..angah..huuuu..dia tak masuk apa2 acara sebab ni semua untuk budak 6 tahun. Tahun depan ye angah..acara bergerak tak dok diam.hahaha

hadiah & piala..menang kalah semua dapat..

Kumpulan nasyid lelaki dapat no 3 kot kalau tak silap..yg perempuan dapat saguhati jek..jadilaa..


OK ITU SAJE, SEKIAN..



































Tragedi 15 May..

4
COMMENTS
assalamualaikum..

Benda kalau dah nak jadi kan..
haiiahhh..
semalam buat pertama kali umi dapat pengalaman bawak anak ke hospital waktu ayahnye takde..eh..bukan kali pertama..kali kedua dah ni..angah pernah dah sekali dulu

yang di bawak ke hospital tu si zakwan..
kisahnya cenggini..

selalu pukul 7 ustazah budak2 ni akan datang umah mengajar..tapi semalam dah pukul 7 tak sampai lagi..umi pon tak apela..mungkin lambat..
kemas2 sikit living kt atas..ada kak ina dan zakwan jugak 'menolong'..
lepas tu umi turun..terus kutip baju kat bilik bawah..
Kak hana @ pengasuh dok bagi zidan susu botol..

tiba2 dengar kak hana menjerit!!serentak dengan suara zakwan menangis kuat!
terkejut umi..rupa2nya zakwan dah tersembam ke lantai
terus berlari p angkat dia..
kepala dia bertelor besar..berdarah sikit

terus umi dukung sambil tuju peti ais utk amik ketul ais,pekap kat benjol dia.
zakwan menangis2..sakit..
sambil mulut umi membebel2 marah kak ina..
kak hana kata kak ina dukung dia turun tangga..
banyak kali dah umi pesan JANGANNNN..sebab zakwan tu boleh tahan hantapnya..
degil jugak..kene babap jugakla kak ina..haiiasshhh

umi pujuk2 dia..bg susu botol tak mau..
menyusu badan dengan umi baru dia senyap..sudahnya dia tertdur..lega sikit umi,sempatla maghrib..
tak lama pastu zakwan bangun..menangis lagi..umi dukung bawak turun bawah..
tetiba dia muntah..dah umi perasan macam ada yang tak kena dekat rusuk dia.
haiiassshh..mula nak panik..

aduussss..umi pon rase sakit tengok gamba ni

kesian abg kwan..


harus bawak p hospital sebab dia dah muntah..
terus kol MIL..mintak MIL siap2 temankan umi nak p bawak zakwan ke hosp..

dipendekkan cerita, biras umi yg drive ke hospital Jitra..
konfiden tak bertempat uminya pon...nak drive sendiri..lupa ada biras n ipar..kekekeke
tengah panik kan..dalam kepala ni pikir nak cepat sampai hospital je..
sebab kat rumah MIL sekali lagi zakwan muntah..

sampai hospital terus p bahagian kecemasan..
doc cek..tanya umi berapa kali zakwan muntah..muntahnya jauh ke dekat..eh ada beza rupanya kalau muntah jauh dengan dekat tau..
tunggu dalam 20 minit,zakwan kena p xray..

alhamdulillah lepas xray, tengok semua ok..
kepala & dada ok semua..cuma bengkak sikit kat badan dia..
doc suruh duduk kat wad sehari..tapi cmana la nak dok kat wad..kesian zidan..so umi dengan rela hati sign surat..'ingkar perintah'..kalau berlaku apa2..kena tanggung sendiri..dan doc pesan..kalau dia ada muntah berterusan atau pengsan..terus bawak ke hospital sultanah bahiyah..

alhamdulillah balik dari hospital dia boleh lena..
zakwan masih belum cerai susu lagi..ada hikmah jugak rupanya..kurang2 tak la dia lapar sebab tak mau susu botol..




kesian jugak kat ayah yg jauh..
dah lama ayah tak kol direct dari kapal..
sejak dah boleh berkomunikasi via fb & wassap..
risau si ayah..siap buat solat hajat..terima kasih suami..
don worry..umi kan super mak (^__^)




pagi tadi tengok dia bangun tido dengan ceria..macam takde jadi ape2 pulak semalam..
sekali lagi syukur..
moga anak2 umi sentiasa dalam perlindungan Allah swt..tak lupa untuk suami yang jauh..doa yg sama..untuk seluruh kaum keluarga..


1 Dis 13 dalam kenangan..

2
COMMENTS

assalamualaikum..

ni antara entry lama diperam2.
harus masuk blog eh..sekali seumur hidup ni..

Akhirnya..setelah berhempas pulas 3 tahun, berjaya jugak menghabiskan master degree..
tak sangka..mampu jugak ke garisan penamat..
dalam keadaan husben yg sekejap ade..sekejap takde :)
dengan anak yang bertambah..
dengan kerja hakiki..
dengan Trendyzs lagi..
pheeewwwww..

Paling syok..memang Allah punya aturan memang hebat..
doa termakbul juga..nak ada incik suami di hari konvo..tulang belakang tuu..sooobbsss

Perarakan masuk..waaa..teringat masa degree dulu..eksaited kemain..snapped by husben

Suasana dalam dewan di hari bersejarah itu
MBA kaler gold..yg merah tu entah master ape eh..lupe sudaaa..

tq kak fidah..tolong snap gamba dalam dewan ni..preggy moms sesama kami..
photo  by en halim..mekasih banyakkkk..


Paling mengecewakan ada misscommunication dengan pihak photographer yg amik gamba masa terima skroll tu..mujurla ada en halim ni..photographer UUM yang umi dah kenal lamaaa..sejak buat degree dulu..aktif join aktiviti Persatuan Pendidikan..mujur dia ada snap gamba..walau amik sambil2 aje la kiranya kan..kalau tak..langsung takde kenangan terima skroll tu..


untungla zidan..dapat folo umi naik pentas..hiiiii..dah 7month plus2 masa ni..


a walk to remember..

satu-satunya coursemate yg sempat umi bergambar,..dah keluar dewan tu memang memasing berterabur dah kan..tahniah khadijah..


Konvo master ni lain dengan konvo degree dulu..
semangat dia lain..hahahah..dulu eksaited dengan kengkawan..
sekarang dah jadi mak-mak ni..keluar dewan carik husben dulu la kan..

bergambar dengan my husben, penyokong kuat dan sumber biasiswa..hahahahah..

Terima kasih tak terhingga kat suami kesayangan saye ni..kalau tak kerana izin dia..kalau tak kerana pahamnya dia..manakan mampu nak buat master..dok stay up memalam..p bercuti pon bawak buku..aihhhh..kenangan semua tu..husben inila yg tolong jagakan anak-anak bila umi p kelas(masa dia dok darat la kan)..dari anak 2..ke anak 3..i owe him...sooobbbssss..








i love u dunia akhirat!!

dan..
paling best bila tengok gambar 'full house" ni..

ada mak abah, mak mertua, suami dan anak-anak yang tanpa mereka..tak sampai ke tahap inilah umi..




Puashati okeh!!
3 tahun wehh..3 tahun..
Allah je yg tahu..
bila dah tamat tu kepuasan nya macam mana..

pada mereka-mereka yang sudah bekerja, sudah berkahwin, dah ada anak..dan terfikir utk sambung belajar..GO ON!!
awak -awak boleh buat..
nanti tau la nak bahagi masa macam mana..
jangan jadikan anak,suami,kerja ..sebagai alasan..
dimana ada kemahuan..di situ ada jalan..cewah..

Alhamdulillah..syukur..



















JOM SHOPPING!!