flashback-Taman Ular & Reptilia, Perlis

0
COMMENTS
assalamualaikum..

ni entry berapa lama sudah peram daaaa..
tempek gambar banyak-banyak..
itupun sudah diedit dengan photoscape..
nak bubuh sekeping-sekeping jenuhla..

ni gambar masa Bulan Jun yang lalu..masa ayah off..
kenangan jalan-jalan di Taman ular & Reptilia di Perlis..
not bad la untuk budak-budak..
diaorang memang suka la tempat macam ni kan..

nak cerita ape pon dah tak ingat..
mujur ada gambar buat kenangan..

sebelum memulakan perjalanan melawat ular..makan aiskrim dulu..

ni dah masuk ruang pameran ular..ular yg dimumiakan ade..ular hidup pon ade..

kesian zakwan..tak cukup inci nak tengok sendiri ular tu..
































Dah namanya taman ular dan reptilia..haiwan lain pon ada jugak..tapi kan..bukan la reptilia aje..mamalia pon ade..












tetiba terseremak dengan orang bawak ular..kak ina macam teringin nak pegang..tapi tak berani jugak..geli okeh..








ini budak excited nak tangkap burung merpati..













kucing ni kucing jalanan je..bukan kucing yang dibela di taman ular..hii







 okeh..
itu saja..
selamat berpuasa..









Persiapan raya.

0
COMMENTS
assalamualaikum..


dah masuk fasa ketiga Ramadhan..
Ya Allah..cepatnya masa berlalu..

dan makin lembab untuk mengupdate blog..
memandangkan sekarang zaman makin canggih..
hari-hari boleh berhubung dengan encik suami..thru FB..tango pon ade..dah boleh kol free
encik husben dah boleh berlagak dengan satelite phone kapal..
kalau tak dulu dia la pengunjung setia phone atas kapal tu (kannnnn...)
so semua cerita update terus ke husben..
aktiviti anak-anak snap pic terus send..
senang kan..

maka..tak banyak nak dikongsi di blog..
tapi sayang kan..
sok-sok anak-anak la yang nak baca blog nih..
nak tengok peel diaorang dari kecik sampai besar..
macam mana mereka telah berjaya "menguruskan" umi dia setelah 20 hari puasa..
walaupun sindrom muntah memag kurang sangat kali ni..
tapi berat umi makin hari makin turun..walhal makan sahur dan berbuka biasa-biasa aje..selera sama macam orang lain..


masa buat buku merah berat 64.3..
semalam timbang dah tinggal 61.8!!
ayoooooo

ehh..ehh..dah meleret plak menaip..
tajuk persiapan raya kan?

baju anak-anak dah siap beli..
baju untuk si ayah pon dah siap pos..insya Allah Bintulu ni sampai la ke tangan tuannya..
tak mau sejarah tahun lepas berulang kembali..baju raya ayah sampai lepas raya..huhu

baju raya ummi?
hahah.langsung lupa nak beli..
tak menarik jek nak raya pon kan..ayah takde..
baju ummi bila-bila boleh beli..

kuih raya adela beli sikit2 utk MIL dan jugak nak bawak balik Perak nanti..
tak sabar nak menunggu Jumaat ni..
insyaAllah kami akan bertolak balik ke Perak..semangatttt..

beraya sepenuhnya di sana..
dah kg MIL dekat aje kan..
hampir setiap hari balik berbuka kat sana..


 okehlaaa..
saje-saje..








Gaji baru dan bonus raya 2013

3
COMMENTS
assalamualaikum..


rasanya mesti kakitangan gomen sebok bukan link nk menyemak penyata gaji kan?
umi pon termasuk jugak..dari semalam try..
maka macam biasa..berlaku la kesiputan nak bukak web itu..

semalam masih tiada penyata gaji yang baru..
hari ni dah ada!!!
dan semua mesti senyum-senyum aje kan..
dah dapat kenaikan baru..
rezeki Ramadhan..







dan masih menunggu pengumuman PM untuk dapat bonus raya pulak..
ada harapan tak agaknya eh..
maklumlaa..pilihan raya dah lepas..kekeke
setengah bulan pon syok ape..

ok..jom sambung kije dengan penuh bertenaga..


cukup 2 bulan..

4
COMMENTS
assalamualaikum..


alhamdulillah..
harini baby sudah cukup 2 bulan dalam womb..
dan syukur kali ini Allah permudah urusan mengandung yang ke 4 ini..
belum sekali pon umi muntah-muntah..
ajaib sungguh rasanya..
sangat-sangat la berbeza dengan 3 orang sebelum ni..

umi dah buat buku merah pon minggu lepas..
selalunya siap aje buku merah tu..haa..memang lembik..mula la loya..muntah..pening dan yang seantero dengannya..

cuma sekarang kemalasan untuk pergi kerja adalah sangat ketara..hahaha
lepas sahur sorang-sorang (sobbsss) kekadang sempat guling2 lagi dengan zakwan..
siap ber"tango" dengan ayah nun di tengah lautan..
rasa cam nak amik EL..tapi si ayah kate NO..NO..NO..
ayah kata namanya pon Emergency Leave kan..so..kalau emergency barula amik EL..


harap-harap moga terus sihat dan kuat hinggalah ke tarikh due nanti..
Allah pon maha mengetahui kan..
bayangkan kalau umi lembik..
macam mana nak jaga yang lagii 3 tu..

tambah-tambah si zakwan..
yang macam tau-tau aje dia nak jadi abang dah..
kalau boleh nak melekat dengan umi 24 jam..
memerap sungguh..









haa..ni sikit-sikit nak majuk la ni..kamon la abang kuan..dah besar dah..

ni gambar lama dah ni..rambut pon belum potong masa ni..

dah makin panjang umi tengok zakwan ni..

sat saje la zakwan jadi anak bongsu kan..

harap-harap nanti bila dah ada adik..boleh berubah perangai ye zakwan..buat masa ni..merap aje laaaa..umi redho..hahaha


dan sehingga sekarang..umi belum stop bf zakwan lagi..
walaupun misi dah suruh stop..
memandangkan sejarah pregnen umi yang lalu..asal preg aje..hb darah rendah..selalu di bawah angka 10..

hmmm..kesian..
so..selagi boleh..tidak memudaratkan..teruskan saja..boleh gitu?

abg zakwan baru 1 tahun 3 bulan..

semoga segalanya dipermudah..ameen..









Result terakhir MBA ku..huuuu

4
COMMENTS
assalamualaikum..


harini 18 Julai 2013..
dup..dap..dup..ap..


sebab result final MBA nak keluar..

so sampai aje tempat kerja..takde benda lain nak pikir..
harus la nak cek result..


dan result terakhir ku begini rupanya...







 Berakhir sudah perjuangan MBA dengan CGPA 3.6..
sedikit kecewa..
sebab dulu harap-harap sangat mengaji kali ni nak kasi CGPA tinggi sikit dari degree..
rupa-rupanya.. CGPA ku sama..sebijik..sebotol..macam degree punya..huuuu


tapi memang bersyukur banyak sebab tak rendah dari degree..



kengkawan sebok tanya..
nak ke PHD ke?

jawapannya untuk buat masa sekarang...NO..
belum mampu rasanya..
nak rehat dulu boleh?

penatnya mengenangkan tiga tahun yang sudahpun berlalu...




pssttt..en husben takmo kasik ape2 ke?kehkehkeh..









Berpuasa semasa hamil

2
COMMENTS
assalamualaikum..

saja umi gugel2 untuk bacaan bersama..
 

Berpuasa semasa hamil

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.
Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.
Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.

Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.

Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.

Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.
Semakan terakhir: Julai 2012

http://www.babycenter.com.my/a1029032/berpuasa-semasa-hamil#ixzz2ZAnXYgJT

zamrud ke..mutiara?

2
COMMENTS
assalamualaikum..

zamrud?
ke..mutiara?




kak sue tak silap..saya yang silap..ngeeee



hahaha..
macam sengal kan bile si isteri tak tau silap suami dia naik kapal mana..

masa opis kol dulu..rase macam terngiang-ngiang aje..incik zahir kata naik zamrud..
eshhh..
cuba tengok entry ni..konfiden tulis zamrud kan..
sepanjang trip pertama ni..umi dah pos 2 parcel untuk ayah..
2-2nya adalah bekal untuk bulan pose..
dan kapal ayah dah anchor beberapa hari di Bintulu.
dan hari ni nak masuk port..

masa anchor haritu ayah tanya umi pos ke kapal mana?
muahaha..dan dengan bangganya bagitau Zamrud..
dan ayah kata..tu kapal yg ayah naik 3 tahun lepas..hahaha
mabuk b..mabuk orang mengandung gamaknya.

makanya parcel ke 3 baru pos ke kapal yang sebenar..Puteri Mutiara Satu..

ni parcel kedua..
 tapi alhamdulillah kemarin ayah kata dah terima dah 2 parcel tu..
kalau dah jodoh tak ke mana..
aihhh..cepatla bulan-bulan ni berlalu..


saya rindu mau makan-makan sama dia..posa sama dia..huuu









hari ni nak makan koteow!!
nak koteow sup & koteow goreng black pepper..
dam masuk Ramadhan ke lima..dengan bangganya nak bagitau..hari-hari masak..
belum makan lauk bazar lagi..
kuih muih adela kan..


psttt..baby girl kot eh?








terharu..

2
COMMENTS
assalamualaikum..


terima kasih shauqi..


Sempena Ramadhan ini

3
COMMENTS
assalamualaikum..


pejam celik esok insya Allah dah nak puasa..
dan sekali lagi umi berpuasa tanpa si ayah..
dan sekali lagi umi berpuasa dalam keadaan berbadan dua..

Alhamdulillah..
sehingga ke saat ini..umi belum mengalami sebarang alahan..
Allah itu maha pengasih dan penyayang kan..
Bayangkan kalau umi alah teruk macam sebelum-sebelum ni
Dengan puasa..dengan kerenah 3 orang tu..dugaan besarrrr...

Moga terus gigih sehingga ke Syawal.
bahagianya kalau takde alahan langsungkan..
cuma satu saja..
setakat ni mudah letih..asyik nak terlena..
tadi lepas zohor, masuk kolej balik..punyela tak tahan mata..terlelap dalam kereta kat tempat parking jek..huuuu

apa-apa pun umi nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak..
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu..
semoga baby juga kuat melalui Ramadhan ini dengan umi..



ikhlas dari Trendyzs



Lasagna ibu mengandung..

5
COMMENTS
assalamualaikum..


kemarin lepas terbaca resepi lasagna dari kak ana suzana terus keinginan meluap-luap nak buat jugak..
kepingan lasagna memang dah ada stok kat dapur..
sejak dari encik husben ade kat rumah..
tapi entah..tak bernafsu nak buat pon..

tapi semalam memang beria-ria la nak buat..
gila kentang punya teringin..

sebelum balik keja dah sms kat kak na..staf trendyzs..mintak dia belikan barang apa yang patut..
balik tu terus bersilat di dapur!!

meh tengok resepi yang dicilok dari blog kak ana tu..bagus betul entry dia pasal lasagna..penuh gambo step-by-step..sesuai betul utk org yg baru pestime nak buat.

Sambil-sambil nak menyedia bahan-bahan bolehla panaskan oven dengan suhu 180 dan guna api atas bawah ye.

Bahan-bahan
Kepingan Lasagna
rebus lasagna dulu


Bahan untuk inti daging:

sos prego-14oz
cendawan butang dalam tin-buang air dan potong ..belah 4 (dadu)
daging cincang-umi guna daging kisar Ramli 400gm
serbuk black pepper
serbuk oregano
bawang besar sebiji-potong dadu
bawang putih 5 ulas-cincang
Keju mozarella
Keju parmesan
Garam secukup rasa


antara bahan untuk inti daging


Bahan untuk sos putih
2 sudu besar butter
Keju cheddar-umi guna 3 keping cheesedale
250ml susu HL
2 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa


Cara buat inti daging

1. Tumis bawang yang dicincang hingga naik bau
2. Masukkan daging
3. Tuang sos prego-gaul sebati dan masukkan garam secukup rasa
4. Masukkan serbuk oregano..-agak2 la banyak mana
5. Masukkan cendawan butang
6. (lepas tu k.ana bubuh sos cili sesudu-umi tak buh pon )
7. Tabur serbuk black pepper
8. Selesai..

daging dicampur sos spageti


Cara buat sos putih

1. Cairkan butter
2. Masukkan tepung gandum..kacau selalu dan guna api kecik
3. Tuangkan susu-kacau lagi
4. Masukkan cheesedale-kacau dan terus kacau
5. Bubuh sedikit garam dan seterusnya kacau sampai likat
6. Siap.

ini nak buat sos putih..caikan butter

tambah susu cair..lepas tu chessedale..i bubuh 3 keping




Cara melapik lasagna.

1. Guna loyang saiz agak-agak sesuai.
2.susun kepingan lasagna
3. tuang daging sampai tutup lapisan lasagn
4. tuang sos putih sampai tutup lapisan lasagna..kasik banjir..heheh
5. taburkan parmesan dan mozarella..

ulang sampai 3 lapisan..




lapisan bawah yang dah letak daging..


tutup aurat dia dengan lasagna second layer,..heheh



ni bahagian atas sekali..tabur habis penuh cheese..

Lepas tu boleh la bakar lasagna tadi ye..
proses bakar dalam 30-40 mint..

taraaaa....tak sangka lasagna berposing dengan hensem sekali..



sepinggan ni pas kat jiran sebelah..



yang balance ni bawak balik rumah mak mentua..barula jadik menantu kesayangan kan b..muahaha

 lepas ni dah berazam..nak buat lagi!!!
sedap woo..
dengan chesse yang melimpah2..

tapi kos nak buat lasagna ni bukanla murah..
kalau nak buat jual ni tah berapa puluh la satu loyang

haishh.ibu mengandung punye pasal..

dan promis..nanti encik zahir balik buat lagi..hiii..konfem tak beli kat Domino dah..


 sori tak mampu nak snap 1-1 pic macam k ana buat..umi masak daging dan sos putih tu serentak..
nak kejar masa amik anak-anak di nursery
lasagna ni umi buat dalam tempoh tak sampai sejam (tak termasuk proses bakar)
sebab lepas masuk oven tinggalkan aje p amik anak-anak..
balik-balik harum semerbak bau dia 1 rumah..
sampai angah tanya..umi masak apa ni? (^___^)

berbaloi penat masak pas balik kerja bila anak-anak makan dengan gumbira





flashback..Penang yang tak dirancang..

0
COMMENTS
assalamualaikum..


entah bila tarikh yang tepat ye..
lupa dah..ini la akibat lambat update..
yang pasti kami sefamily menerjah Penang tanpa persiapan rapi..hiiii
selepas balik dari Perak sempena PRU ni..

ini semua gara-gara nset si ayah buat perangai..hantar kedai kena tunggu 2 minggu..
uisshh..payahla si ayah kan..
lalu beliau buat keputusan,..jom p samsung Penang!
takkan nak p semata-mata repair nset kan..ambik angin sikitla di Penang..

penginapan semua ayah yg gugel..
lalu kami menginap di Sri Sayang Resort Service Apartment..
sangat dekat dengan Batu Feringghi..
dan murah aje..
1 malam RM 138..
dah pergi bawak budak-budak memang elok sangat la pilih penginapan yang maam ni..
complete semua dapur, ruang tamu, tv,mesin basuh..etc..etc..



tak banyak pulak gambo..

macam biasa p mana-mana pon..kolam dulu la yang bebudak ni cari kan..apartment ni ada kolam..
tapi belah petang harusla jalan-jalan tengok laut tempat ayah cari makan :)


ini semua kak ina yang ambik..nice la kakak!

zakwan yang berani..tak takut ombak..tak takut pasir..hmm..konfem anak pelaut.
ayah dan anak-anak..

sebelah malam konon nak berjalan ke Padang Kota..tapi hampeh tak jumpa..hahaha..sejak itu si ayah telah insaf..balik dari penang terus update GPS..muahahaha..ni ape name tempatnye tah..p bawak diaorang main aje la..
ni bahagian ruang tamu..

ni view bilik kakak & angah..kak ina siap punggah semua baju dia & angah susun dalam almari buat macam almari kat rumah dia..ingat nak dok lama la tu..




esok paginya acara yang ditunggu-tunggu 3 beradik ni...mandi kolam!!!








ini adalah video latihan renang secara gerilla oleh si ayah..hahaha..nak ikut style orang putih main campak-campak anak terjun kolam..lawak betol k ina...hahaha
video




tenghari..masa nak balik..diaorang dok menengok kolam aje la..lain kali mandi kolam lagi ye..


sempat nyinggah di Tasik Darul Aman Jitra..


short vacation..
bye Penang..
ayah kata lain kali p lagi..kan?kan?




JOM SHOPPING!!