dua lapis

8
COMMENTS







assalamualaikum..
sekarang umi sedang bercuti..selama dua minggu bergaji penuh..cewah!!
selamat bercuti juga untuk rakan-rakan seperjuangan lain ye..
dulu pantang cuti je balik perak..
la ni dah ade kedai nak balik pon kene fikir nak balik bila..
plannya weekend ni..harap2 menjadi..

dan bila cuti,,kesempatan untuk memasak tu memang ada..
walaupun umi cuti, kakak dan adik p sekolah juga..
tak boleh cuti macam umi..rugi la x p belajar kan..
zikry tu pagi2 dah seret beg dia..
kak ina ikut mood..kadang2 ponteng juga..
pandai-pandai je kata "sekolah cuti hari ni"
nak melekat ngan umi..

lagipon mase cuti yang ade ni la pulun nak abes sume assign..
sambil layan kedai online kami..
tetiba rase indahnye jadi surirumah sepenuh mase yang bergaji penuh.
hiiiii
lepas tu buat bisnes..syokk..
marila meniaga puan-puan sekalian ye
pintu rezeki terbukak..9..banyak tu..
erkk..tetibe lebey2 membebel ye..

**************************************
ini breakfast pagi tadi..
cucur nasi ayam..

semalam buat nasi ayam untuk lunch..
tinggal nasi dalam secawan pagi ni..
so,buat cucur la..

blender nasi tu sekali dengan sebiji bawang, sebiji telur,sedikit garam
lepas tu gaul dengan tepung gandum + kentang&carrot yang dipotong kecil..
cucur tu akan jadi lembut..sesuai sungguh dengan budak-budak (mak budak pon same..)

 

brekfast sebelum p sekolah..




kat sekolah depa makan lagi dengan kawan-kawan..
umi cuti ni memang semangat la badan kakak adik..
makan..makan..makan..air tangan umi :)
masak pon puas hati sebab depa makan..

 

tengok zikry.
dengan dagu sudah dua lapis..
jenuh nak dukung..
dan adalah perkara biasa umi dukung dua-dua serentak..
macam nak patah pinggang..ayah pon senget..

 

bila ayah ada..
ayah hantar p sekolah..
dan dua-dua pon nak berdukung..

 

..yang rajin..yang mengacau..

7
COMMENTS
assalamualaikum..
seperti yang dijanjikan..
nak uplod video.
si kakak dalam mood tengah rajin..si adik pulak bukan main lagi nak mengusik si kakak..

tu yang selalu buat diaorang bergaduh..
tak si kakak kacau adik..si adik la yang kacau kakak..
umi pulak memang pulun bersabar je laaaaa..


video

..sangat suka bila dengar kakak cakap dalam keadaan teratur dan ayat penuh..

******************************************************

hari ini masa tengah main train
umi: kakak..lepas main kena buat apa?
kakak: lepas main kena simpan
umi: simpan kat mana?
kakak: simpan kat toilet..(lepas tu ketawa terkekekek..)
eeeee..ayah..c la our doter ni!!
suka buli umi sebijik la cam ayah dia..


*****************************************************
..alangkah bagusnya kalau apa yang berlaku boleh dirakam semua..
supaya kakak dan adik boleh tengok balik bila besar nanti..
umi ayah sayang kakak adik!



..angka baru..

0
COMMENTS

assalamualaikum..

lihat umur kakak dan adik..


kakak sudah 2 tahun 9bulan..

adik sudah 1 tahun 4 bulan..


milestone?

insyaAllah akan upload video malam ni..



assalamualaikum..




..semua gara-gara dia..

14
COMMENTS




assalamualaikum..
sunyi blog ni selama beberapa hari..
semua gara-gara TRENDYZS Kids and Babies Shop kami..
kedai sulong kan,banyak benda nak kene setel..

akhirnya, tercapai juga impian kami nak bukak kedai ni..
sangat excited..puas hati..lega..semua ada..
dan seolah-seolah semua bagai dipermudah..semua on time..
kebetulan en zahir sudah abes exam, maka dia balik..
bila balik banyak benda kami boleh urus bersama..
anak-anak apa lagi sangatla seronok bila ayahnya ada..
kebetula juga cuti semester saya sudah bermula..
lapang dada..boleh setel macam-macam...

sangat bertuah ada en zahir..
lampu kedai dia pasang sendiri..
rak-rak semua DIY laa..tak payah nak upah orang..
2-3 hari kami habiskan masa nak siapkan kedai..

disebabkan kena ada masa untuk anak-anak juga, sebelah malam kami siapkan kedai hanya setelah anak-anak tidur..dirumah ada makwah,senang sikit..
lepas tu, tengah-tengah malam p minum dan makan-makan (konfem naik pulak berat)

mula cadang nak buka hari Khamis..tapi ada pulak yang belum setel..
maka kami ambil keberkatan hari Jumaat 22 April 2011 untuk membuka kedai ini secara rasmi..
dan ini lah hasilnya..
mula lah kami berniaga secara kecil-kecilan..semoga ini jadi tapak untuk kami berniaga lebih besar di masa hadapan (berangan itu perlu)..












 alhamdulillah..sudah dua hari beroperasi
kedai kami ada 2 orang pekerja..
Makwah (my sis) dan aufa (student saya baru tamat matrik)
hasilnya untuk 2 hari ini bolehlah buat kami tersenyum lega..

saya masih meniaga secara online ya..
suka-suka..
sangat puas hati bila customer senang hati dengan barang yang mereka beli,
saya gembira untuk memberi diskaun kepada pelanggan kami..
kerana sebelum ini saya juga gemar membeli secara online..
maka saya sehabis baik mau memenuhi kehendak pelanggan..

tersentuh bila baca di sini
membuatkan perasaan untuk meniaga online itu sangat indah..
walaupun sebenarnya meniaga dikedai lebih menguntungkan..
tapi rasa seronok bila customer happy..
setakat ini belum mau berhenti meniaga online..
selagi ada sambutan..
selagi saya rasa boleh uruskan..
terima kasih kepada semua pelanggan..


paling penting..
terima kasih untuk En Zahir, suami tercinta..
tanpa sokongan dia, TRENDYZS mungkin tiada..
tanpa dia, impian ni tak mungkin terlaksana..
terima kasih b..
tanpa dia..siapalah saya..







assalamualaikum..
jumpa kami di sini juga ya










..kami pindah..

4
COMMENTS


assalamualaikum..
long time no c...
ni nak kabo sikit..kami pindah dah..
tu yang tak berupdate blog ni
bukan pindah rumah..
pindah tapak kedai online saje..

senang nak urus..
customer pon senang nak beli..klik-klik saja..
kalau guna blogpot saya nak kena update manually..
nak cek stok..oder list.eshhhh
adess..tak sempat..tak sempat..
so,selamat shoping-menyoping ye..
dan seperti biasa..
kami ni suka bagi diskaun..
p je klik-klik..
konfem ade diskaun..
bukan senang nak meniaga online baju-baju bebudak dan baby ni
selain daripada rasa macam nak bagi semua stok kat kakak dan adik :)..
saingan sangat banyak kan..
bersepah-sepah orang jual online
anggap je la ni aktiviti sampingan..suka-suka..untung tak banyak pon..
yang penting happy ;

eh..sebelum terlupa
kat fesbuk pon kami dok ade juga..
sudi-sudi la add kami ye..
Tokey fesbuk marah la bila kami add ramai-ramai serentak..
dah kena warning..hahaha
cari Trendyzs Zahirian ya..

**************************************************************



en zahir sudah selamat tiba petang tadi..
esok kami ada banyak kerja untuk settle kedai offline..
insyaAllah minggu ni dah boleh buka..
sapa-sapa singgah changlun, boleh cari kedai kecik kami di C-Mart ye..


..salam..






cak!!!..klik saye tau..

..break..

3
COMMENTS



assalamualaikum..

quick update..

sambil ngemop lantai..sambil hapdate blog..

ngueeehhh..


bolehla mengemop sebab budak kecik 2 orang itu ada di rumah tok sekarang..

umi ade kelas lagi pukul 3pm nih..

gap 12-3 bukan boleh duduk bersenang lenang

masa ni la nak clearkan rumah..



ape la projek diaorang kat umah tok eh..

shoping free kedai pak ngah tu dah konfem..

zikry mengerjakan kucing tok pon sudah pasti..

adik buli kakak tak?

zikry sekarang ni bukan macam zikry dulu..

cubit kakak adalah perkara biasa..

cubit dan cabottttt...

sebelum sempat kakak balas balik.


si kakak pulak kalau marah adik..

menggunakan dua belah tangan penuh kuasa kuda untuk tolak adik...


tapi kalau tengah angin baik..

adeiiii..

sejuk perut umi ni..


okeh..

sampai sini dulu




psttt: ayah..amboiiii..sakan berfesbuk..bukan nak exam ke sok?




..kurang 6 jam dari sekarang..

4
COMMENTS




assalamualaikum..
seperti biasa..entry dinihari..
ni kira dah masuk hari Sabtu la kan..
kurang 6jam dari sekarang, ade midterm exam..
mana bisa tidur lena..
sebenarnya dah lena tadi bersama anak-anak..
lepas tu tukar shift study dengan en zahir..
-en zahir pon mau exam-
dia tolong kejutkan..misscall wife dia..siang tadi seharian memang tak study..
kepenatan..baru dua orang nih..
bagi diaorang 2 minit saja untuk si kakak buat adik menangis..
takpun adik yang buat kakak meraung
menguruskan anak yang dua orang itu..adalah mustahil untuk study..
rasa macam boleh buat jek exam (perasan lebey?)..
tapi risau soalan lebih dari apa yang dijangka..
20% dari final exam..
tiada yang lain..hanya mendoakan diterangkan hati untuk menjawab..
doa-doakan saya jika anda membaca entry ni eh..
ameen...
jom sambung pulun!!
-managerial accounting-
3rd sem 2010/2011





..terapi terbaik..

6
COMMENTS
assalamualaikum..
sekarang sudah menghampiri jam 4.30am..
ape ke hal tak tido..
sabtu ini exam okeh..huuuu
puas hati rase dapat setel 2-3 Q..dari jam 1am tadi..
so..update blog adalah terapi terbaik..
sebagai ganjaran dan peneguhan..




terapi minda dan mata supaya terus cerah sampai subuh..


2 orang budak baik kesayangan ayah dan ummi..
zikry dengan payung pink..adeshh..
korang penah tengok drama -sutun?-

eshhh..mintak simpang..


kakak dan buai..

buai ni macam kakak yang punya..
tiap kali datang ke taman..ni la buai yang akan dia naik..
sanggup berebut tu..adehhh

zahir's junior..


sila tengok keadaan sekeliling..
lapang..
hanya kakak dan adik..
sebab..
takde orang p taman tengah panas tau..

sekarang ni pukul 5.30 pon terik semacam..
diaorang ni jek yang macam takde rase ape-ape
lepas tu mula la bertukar warna macam udang kena bakor..

okehh..
nak tido sat la sebelum subuh..
moga tidak terlajak..
tapi biasanya ada jam biologi..
kakak dan adik akan tolong kejut..
don worry..
c u next entry..

************************************************************************



terima kasih ayah untuk -seri meranti-
siapa sangka ke situ jugak kita..
kalau dah jodoh..
(^___^)



..cukup..

6
COMMENTS
assalamualaikum..
(kali ini saya cuba menulis dengan menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul..setelah sekian lama tidak melakukannya di blog ini..moga berjaya)

suatu tengahari,saya bergegas ke C-mart..untuk membeli beberapa senarai keperluan..tiba-tiba saya di sapa oleh seseorang..ohh..rakan sekelas pada semester yang lalu..sedikit soalan tentang perkhabaran diri masing-masing ketika ini..Saya bertanya bilakah dia akan menamatkan pengajian sarjananya? Lantas beliau menjawab ini adalah semesternya yang terakhir..wah..tumpang gembira saya mendengarnya. Apabila soalan yang sama diajukan kepada saya, lantas saya menjawab, saya masih ada 9 "courses" dan rasa seolah-olah sangat lambat lagi boleh diselesaikan (mungkin kedengaran bagai orang mengeluh). Lantas si dia berkata

"sekurang-kurangnya syikin sudah bekerja,sudah ada suami, sudah ada anak..saya ni walau sudah habis belajar nanti masih belum ada apa yang syikin ada sekarang ini.sedangkan umur makin bertambah"

saya hanya tersenyum dan mohon untuk minta diri memandangkan masa yang agak terhad untuk kami terus berbual. Kami sempat bertukar nombor telefon,memungkinkan kami untuk berhubung lagi di lain masa.

Kata-kata ringkas si dia itu sebenarnya memberi kesan yang mendalam. Betapa menunjukkan seolah-olah saya lupa untuk bersyukur dengan apa yang saya ada ketika ini. Saya lupa akan nikmat disekeliling yang saya perolehi hanya kerana sedikit dugaan dan tekanan yang dihadapi. Mungkin Allah pertemukan saya dengan dia pada hari itu sebagai satu pertemuan untuk mengingat dan menyedarkan saya..betapa saya harus sentiasa bersyukur..selalu bersyukur..

*********************************************************************************

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:



"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang.
Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."




Ramai daripada kita berfikiran bahawa siapa kita, apa yang kita ada, apa yang kita lakukan, adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu pendapat yang salah. Kita telah belajar tentang Hukum Tarikan, dan bila mana tanpa kita sedari kita masih beranggapan bahawa kita belum serba cukup dalam hidup, kita sebenarnya menarik gelombang ketidakcukupan ke dalam hidup kita.

Kita tidak perlu menunggu sehingga segala impian kita tercapai untuk dapat menikmati dan menghayati rasa kecukupan dalam hidup ini. Jika kita berfikiran begini, kita tidak akan dapat merasai nikmat kehidupan dan kita tidak akan berupaya untuk berasa ikhlas dalam mengucapkan syukur kita kepada Allah.


 
lihat sini dan sini



Moga entry kali ini memberi manfaat kepada anda yang sudi membaca hingga ke ayat yang terakhir. Saya mahu bertugas sebagai pengawas peperiksaan pagi ini. Moga para pelajar diberi ketenangan dan diterangkan hati untuk menjawab soalan-soalan penentu masa depan mereka..amin..

ayah dan bas

2
COMMENTS

assalamualaikum..

sekarang ayah ulang alik ke Terengganu dengan bas saje..

sudah 3 minggu dengan bas..

setiap hari Sabtu malam, umi, kakak n adik p hantar ayah..

Sabtu Lepas..si kakak dah merengek buat perangai macam-macam pasal dah mengantuk..

tapi tetap tak boleh tidorkan dia sebab nak kena hantar ayah..



nun...

ayah sedang melintas jalan..

kami tengok dari kereta saja..

zikry yang kehairanan tengok si kakak..

kakak dok jerit "ayah cepat ayah!!cepat ayah!!bas ayah!!"

sebab last week memang ayah berlari la takut kena tinggal bas..

bas pukul 9, 9.03pm baru kami sampai.hiiii

babai ayah...





ni hantar ayah balik ganu..ok kan..

hepi-hepi saje pasal tau nanti balik lagi..


kalau hantar ayah nak sign on nanti cmane eh?

huuu..tidak mahu membayangkan!!


..i'm loving it..

6
COMMENTS

assalamualaikum..


ini kisah hari sabtu pulak..

hujung minggu bersama ayah..


pagi tu umi ke kelas macam biasa..

3jam kakak dan adik dok dengan ayah..

ayah jd nanny..

umi dah siap masak & siap mandikan kakak dan adik..

kerja ayah tidokan diaorang dan seperti biasa ayah pon tido same..(potong gaji)


petangnya umi tak p kelas (ponteng bersebab)

kami p alor star,bawa zikry p klinik..

susah jugak kalau dah putih melepak sangat..

kulit sensitif..

dulu kakak ina pon macam tu..

tapi masuk umur 2tahun, ok dah..



bukan main seronok dia boleh berlari,panjat sana sini.. yang si dia ini pon sama.. sikit-sikit ayah..ayah!..ayah!.. sampai umi pon dia panggil ayah..cehhh.. aktiviti membuli ayah.. melekat diaorang dengan ayah.. maklumla..jumpa hujung minggu jek.. slepas itu ada acara makan-makan.. kakak adik makan fries jek..
itu saja laporan hari sabtu..

ehhh..ade 1 lagi..

karang2 plak lah...

jumpa ayah lagi 6 hari..

wiiiiiiiiiii

assalamualaikum..




..Jumaat..

3
COMMENTS

assalamualaikum..

gigih curik masa update blog..

ini kisah zahirian Jumaat yang lalu..

ayah balik lagi..

dah tiga minggu berturut2 ayah balik..

sebelum nak exam next week..

next week ayah exam..umi pon exam juge..

bagus sungguh exam same2 ni..



anak dara en zahir yang pemalu nak bergambar..

tak mau tengok camera..tp tersengih2 pandang tempat lain..

siap menyorok kat carseat adik..

petang Jumaat tu kami ke C-mart..

melihat perkembangan kedai yang bakal di sewa..

adik dengan kakak harusla mau main dekat situ juga..

yessszzz..

dapat jugak snap gambar kakak tengok camera..

nanti kakak dah besar, jangan menyesal tau tengok gambar kakak banyak tak pandang camera..

huhuhuhu

nun....

jauh tu amik gambar..

nampak tak zikry yang setia dengan payungnya?

ayah merenung masa depan kedai comey kami yang bakal dibuka..

dan gambar akhir sekali..

adegan nak berebut payung antara kakak dan adik..adessshhh..



..custom..

3
COMMENTS

assalamualaikum..

semalam kak lin oder romper..

untuk anak buahnya sebagai gift..

dan kak lin minta saya pos direct kepada penerima..




erkkk.

kak lin..

saye bungkus macam ni..

tak pe ke?

huuuuu..




assalamualaikum..


jemput ke trendyzs ye!!




-petang hari semalam-

3
COMMENTS
assalamualaikum..
update untuk hari ini..
bekerja seperti biasa..
petangnya keluar mencari barang-barang dapur..



1. Ni nak tunjuk ni..changlun dah nak ade KFC!..dulu-dulu lekeh jek changlun nih..outing pon paling koman p Jitra..tapi sekarang dah ada bowling dengan KFC..dah nak meyamai Jitra plak..tunggu Dr Rozmey bukak cawangan kat Changlun plak..baru setaraf jitra..(tak de kena mengena langsung)
2. Ni traffic lite paling membosankan. leceh sebab simpang 4. ade member kata, ni laluan antrabangsa..jalan nak p Thailand nun..
3. Lori dan trailer memang kenderaan berat yang paling biasa guna laluan nih..memang laluan antarabangsa sungguh..

 tah tetiba plak cerita pasal changlun ..

***************************************************************
Petang tadi pulak..bawak kakak dan adik p taman..diaorang masing-masing dah ada payung..zikry sangat aneh..orang lain sebok dengan bantal busuk..dia pulak tak boleh lekang dengan payung..tengok orang lain pegang payung pon dia excited.Haritu mula-mula belikan untuk kakak..tapi tak larat..berebut..beli lagi satu untuk adik..

kakak dengan payung biru..adik dengan payung pink..terbalik sudah!!
kakak sibuk usung ke hulu..ke hilir payung tu..tak lepas..sama je dengan adik..

owhhh..budak dua orang nih!!geram!!




sekarang 2.34 am..
mereka berdua sedang lena tidur..
uminya tak boleh tidur..
sangat excited menunggu ayah yang dalam perjalanan dari Terengganu-Changlun..
diaorang tidur awal malam ni..
sebab umi dah bagitau..
"sapa nak ikut umi ambik ayah esok kena tido awai"..
huuuu..
diaorang rindu ayah..
dengar cakapla kan..dua-dua tidur awal..
okeh..
mau buat kerja lain pulak..
jangan lupa jenguk2 singgah kedai kami ye..
malam ni malas la pulak nak edit dan upload item baru..
mungkin esok@lusa ye..




assalamualaikum..


..password..

2
COMMENTS
assalamualaikum..

entry sebelum balik kerja..
cuba senaraikan berapa banyak password yang kita nak kena ingat?
petang-petang ni ajak minda berfikir..kalau tak mengantuk saja..

1. email ikinarif@yahoo.com
2. email add_echo11@yahoo.com
3. email trendyzs@yahoo.com
4. email trendyzs2@yahoo.com
5. pasword login blog
6. pasword kad atm (jumlah kad atm adalah sulit-kad je banyak..duit..huuuu)
7. pasword email kolej
8. password slip gaji
9. password e-filing (korang dah buat belum??cepat..due end of April nih)
10. password login facebook-akaun sendiri-akaun en zahir-akaun trendyzs
11. password login frienster (jarang sangat dah bukak..harusla lupa)
12. password online banking(m2u-akaun sendiri + akaun en zahir, cimb)
13.password rekod keluar masuk staf
14. password Matriculation Information System -MIS-
15. password myeG
16. password nak on handset (safety maaa..ade lock code)
17. Password student attandance
18. Password PC dewan kuliah
19. Pasword Postgraduate Academic Info System
20. Password portal UUM
21. password PTPTN
22. nak bukak PC kat opis ni pepagi pon ade password juge..Fengsannnnn..

ade lagi kot..lupa dah den..


haaa...listkan korang punya password..
tengok betapa banyak password nak kena ingat..
simpanla password dalam ingatan baik-baik ye..
pernah dulu ade sorang makcik hilang kad atm..menangisssss...
sebab dia tulis password pada kat atm..senang bila nak cucuk katanya..
haihh..
dan jangan guna password yang sama untuk semua keperluan..
kalau orang yang tak sepatutnya dapat access..bahagianya la dia kan..
merana kita..

ok lah..saya nak balik..sudah pukul 4..

assalamualaikum..

mengasuh anak mengikut fitrah

8
COMMENTS

assalamualaikum..

sekarang adalah minggu study week..maknanya..takde kelas!! boring jugak bila datang kerja, tapi tak da kerja.. untuk menghilangkan rasa boring..saya gugel..gugel je la kerjanya kan.. gugel benda-benda yang berfaedah..lepas tu kongsikan pulak,rasanya adalah bagus dari p merewang tempat orang lain, buat ketupat mengumpat, abeskan duit bila tengok katalog yg bermacam-macam..
sangat menarik artikel yang ingin dikongsi ini.. tentang mengasuh anak-anak.. saya rasa, ada ketika saya sangat garang dengan anak-anak..tambah-tambah dalam keadaan penat dan letih..biasa la budak kecik..kadang-kadang memang boleh buat kita pening kepala..tapi bila kat tempat kerja..rindu pulak kat depa..bila balik rumah..rase nak gigit-gigit jek geram..ilang rindu.. so, sajala gugel..nak jadi umi yang baik..cari tips2 mendidik anak-anak..dapatla mendidik hati ni supaya banyak bersabar dalam melayan kerenah kakak dan adik.. *******************************************************************************


Anak-anak perlu dibelai dan diasuh mengikut fitrahnya bukan mengikut kehendak ibu bapa. Perkara yang selalu gagal difahami oleh ibu bapa tentang anak-anak ialah wujudnya ‘sensitive period’ sepanjang perkembangan mereka.


Contohnya, semasa anak-anak sudah pandai bertatih, ada satu tempoh kita dapati anak-anak ini suka sangat memanjat tangga (sensitive period for stairs climbing). Selalunya, kita akan halang anak itu sebab takut terjatuh atau tercedera. Lalu kita pasang semacam pagar di tangga untuk halang anak dari memanjat tangga.

Secara tidak sedar kita halang perkembangan fizikal mereka yang sepatutnya dipuaskan secara fitrah. Sedangkan aktiviti (memanjat tangga)tersebut melatih perkembangan psikomotor anak-anak. Juga menanam rasa yakin diri pada anak-anak. Sepatutnya, biarkan sahaja anak-anak itu meniti tangga. Jangan dihalang, tetapi dipantau dari jauh. Ibu bapa boleh sahaja mengikut dari belakang dan apabila anak-anak berjaya tiba di tangga paling atas, berikan ganjaran atas ‘kejayaannya’ itu.


Persekitaran anak-anak juga sepatutnya lebih child-centered bukan adult centered. Maksudnya, persekitaran rumah perlu membantu ke arah mengasuh fitrah anak-anak ini. Jangan terlalu taksub dengan perhiasan rumah yang mahal dan pelbagai sehingga menghalang perkembangan fizikal dan mental anak-anak.




Pada usia 0-3 tahun, anak-anak perlu dibelai dan disantuni. Mereka terlalu kecil untuk memahami jerkahan atau herdikan daripada ibu bapa (terutamanya ketika menyepah rumah dengan kertas atau mainan). -ingatan untuk ummi dan ayah. Didik dan sentuh jiwa mereka dengan lembut serta kasih sayang. Kekerasan tidak membawa natijah yang positif pada peringkat ini. Pada peringkat usia 4-6 tahun boleh diperkenalkan konsep disiplin secara lembut.


Contohnya, bungkusan makanan perlu dibuang dalam tong sampah, ampaikan tuala di tempatnya atau susun kasut sebelum masuk ke rumah. Anak-anak juga sudah boleh diajar konsep perkongsian pada peringkat ini. Contohnya, makan dengan kawan-kawan bekalan makanan yang dibawa ke sekolah atau pinjamkan pensel warna kepada kawan yang terlupa membawanya ke sekolah, atau masukkan sebahagian daripada duit belanja dalam tabung Palestin setiap hari.
-makan sepinggan ..berkongsi-


Berikut disenaraikan tips untuk membantu perkembangan anak-anak secara fitrah:


1. Sensitive period: menyonteng

Selalunya: Kita marah apabila anak-anak menconteng dinding. Lalu kita sorokkan pen atau pensel supaya dia tidak dapat menconteng dinding.


Kesalahan kita:

Menghalang perkembangan motor halus (penggunaan jari) dan daya tumpuan anak (fokus mata) Sepatutnya: Salurkan minat menconteng pada tempat yang betul. Sediakan kertas dan melukislah bersama anak-anak ini. Beri ganjaran pada hasil ‘seninya’ dalam bentuk pujian, ciuman dan gosokan di kepala

                                           -moga sampai besar pon rajin macam ni ye-

2. Sensitive period: main pisau

Selalunya: Kita halang anak-anak masuk ke dapur setiap kali hendak masak. Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk menggunakan pisau, kita marah kerana bimbang tercedera atau terluka.


Kesalahan kita: Mematikan minatnya terhadap kerja-kerja di dapur. Dia mungkin membesar dalam keadaan membenci atau tidak berminat dengan kerja-kerja di dapur. Sepatutnya: Sediakan set memotong khas untuknya. Gantikan pisau yang tajam dengan pisau mentega misalnya dan sediakan satu ruang khas untuk dia ‘menjalankan’ kerja-kerja dapurnya.3.


                                                                -kakak dan tepungnya-

3. Sensitive period: basuh pinggan

Selalunya: Kita larang anak-anak kecil untuk membasuh pinggan sendiri kerana tidak mahu mereka main air atau pinggan tak bersih atau takut pinggan pecah.


Kesalahan kita: Apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mula membasuh pinggan, bermakna mereka telah faham sedikit sebanyak konsep kebersihan. Jika kita melarang, bermakna kita menghalang perkembangannya secara fitrah. Mereka mungkin cenderung menjadi ‘rebel’ jika keinginan ini tidak dipenuhi.


Sepatutnya: Tunjukkan cara yang betul untuk membasuh pinggan. Gunakan pinggan atau peralatan plastik jika takut pecah. Andainya tidak puas hati dengan kebersihan pinggan yang dibasuh, basuh semula ketika anak itu tidak nampak. Practice makes perfect. Selepas beberapa kali, pasti anak itu telah mahir. Selepas ini mereka pasti lebih bersemangat untuk membantu ibu di dapur kerana telah punyai satu kemahiran baru!


4. Sensitive period: makan sendiri

Selalunya: Kita tidak gemar membiarkan anak menyuap makanan sendiri kerana takut bersepah atau lambat makan. Kesalahan kita: Secara tak langsung kita halang perkembangan koordinasi motor kasar dan halusnya (mencedok makanan dengan sudu, menyuap makanan ke mulut). Kita desak anak-anak supaya menghabiskan makanan dengan cepat sedangkan ketika makan itu derianya belajar mengenalpasti rasa dan tekstur makanan dan otaknya merekod maklumat yang dikenalpasti oleh deria itu.


Sepatutnya: Sediakan peralatan makan yang khas untuk anak-anak. Tunggu dengan sabar setiapkali anak-anak makan. Beri ganjaran setiapkali mereka berjaya menggunakan sudu atau garfu dengan betul (pujian, ciuman, tepuk tangan). Jangan dimarahi jika makanan tertumpah kerana mereka masih belum mampu mengawal pergerakan sebaik orang tua.



Sensitive period bagi setiap anak adalah berbeza-beza. Jangan dilabel anak-anak itu sebagai lambat jika dia belum mencapai tahap sebagai mana anak-anak lain. Bukanlah bermakna anak itu lemah tetapi tempoh ‘sensitive periodnya’ masih belum tiba. Jadi, bersabarlah dengan karenah anak-anak kerana mereka bertindak berdasarkan fitrah bukan logik akal. Semoga berjaya menjadi ibu bapa yang dirahmati Allah atas kesabaran antum mendidik anak-anak amanah daripada-Nya.

sumber: anakkusayang.com


si kembar

4
COMMENTS

assalamualaikum..

update terkini dua beradik kegemaran umi nih..

sekarang zikry pon dah pakai baju sekolah..

tapi pakai kakak punya jek.

si kakak sebelum ni tak mau pakai dah baju sekolah dia..

sebab dah sempit sikit..

tapi bila tengok adik pakai..mcam biasa,..dia pon mau juga..



ni pagi-pagi sebelum p sekolah..

jenuh tau nak suruh diaorang posing..

tak mau duduk diam..

bila kakak ready, adik tak mo dok diam

bila adik ok..kakak pulak buat perangai..

adehhh...

nampak sama besar je diorang sekarang ni..

si adik dah semakin pandai protect diri sendiri bila bergusti dengan kakak..

dan sekarang,nampak gaya dia lebih rajin buli kakak..

sangat pantas menggigit kakak..

dan kakak pon apa lagi..meraung 1 kuarters boleh dengar..

siap suruh balut tempat adik gigit..

sangat parah la kunun..huhuhu..

tapi kalau bab membongkar rumah..rajin sungguh diaorang bekerjasama..

ni di sekolah pulak..

sementara tunggu kawan-kawan lain datang, diaorang main berdua..

setiap hari sangat excited nak pergi sekolah..

dah la depan rumah je..

memang antara yg paling awal laa..

sebab tu diaorang takde masalah untuk bangun awal pagi dan jugak mandi..

kalau tak mandi umi kata tak boleh p sekolah..

mandi pon dekat setengah jam dua beradik ni..

nak main jugak masa mandi..

selagi tak rase kecut ..selagi tu la tak mau keluar..

kakak memang ok lepas mandi..boleh je urus diri sendiri.

pakai baju seluar semua sendiri..

adik la yang letih sikit..melarikan diri bila nak pakai pampers..

sebab tengok kakak tak pakai kot?

entah,,


nanti dah besar pon kene rajin-rajin p sekolah n rajin2 la belajar jugak ye kakak dan adik..



c u next entry..





pssttttttttt..cepat2 p jenguk trendyzs shop..ada replica handbag pulak..siap ade less 10% utk 25 follower pertama..5% untuk follewer 26++..ape lgi..kli!klik!!


berangan itu bagosss..sila berangan sekarang!!

10
COMMENTS

assalamualaikum..
ape punya tajuk..betul ke berangan itu bagosss?
haaa..saya kata bagus..saya yang kata ye..sebab dari berangan la buleh datang cita-cita..
buktinya..
Lahirnya Zahirian Enterprise..
siapa sangka..
dalam sebok-sebok..sempat pulak "melahirkan" zahirian enterprise itu..


dulu-dulu..saya dan en zahir memang selalu berangan nak bukak kedai..
berangan macam-macam..
nak jual pa..nak bukak kat mana..
nak try francais la..ade la 2-3 jenis francais dok berangan..
sama-sama  minat nak meniaga.

Masa TPM datang matrik dulu, saya nak bukak gerai..
tapi memandangkan masa tu sibuk dengan final exam..harapan tu berkubur macam tu saja..
habis saja exam,tiba-tiba ternampak banner sewa tapak di C-mart..
terus saja berkobar-kobar nak meniaga..
setelah berbincang dengan en zahir..dia pon setuju..
terus memohon secara rasmi..semangat nih..walaupun sewa nya..ya ampunnn..
bukan kedai besar pon..comey saje..sewa dishopping mall memangla boleh berpeluh dahi..
tak mampu dan tak konfiden lagi nak sewa kedai yang sewanya rm3k sebulan!!
mula dengan kecil-kecil ye..walaupun kecil, rase nak terkulat-kulat jugakla pikir sewa yang nak kena bayar..

bila dah konfem mau sewa tapak, saya terus register bisnes kami dengan SSM..
sila ikut saluran yang betul ye..nak serius meniaga kan..
sekarang tapak yang kami nak sewa masih dalam renovation.
tapi insyaAllah bulan ni boleh sudah masuk meniaga..

sudah rezeki agaknya, sebelum dapat masuk c-mart, saya dapat peluang sewa kiosk dalam KMK..
kira test market la ni..
sewa 5 hari saja..tapi memang sangat berbaloi-baloi pulangannya..
dan en zahir tanpa berbelah bahagi sudi menyuntik lebih banyak modal..hiii
dia pon tak sangaka boleh untung macam tu kot..




-ini kiosk yang disewa-
sambutan memang diluar dugaan..
ada yang tanya, kenapa bukak sat saja..
hii..ini la strategi..
cikgu bisnes kan..
hahahah..
tunggu kemunculan kami di C-Mart ye..

sesudah selesai final exam hari tu..
saya sebok dengan ini pulak..
segala kira-kira harusla saye kena buat kan..
en zahir tukang kasik modal..saya tolong manage..
tiba-tiba jadi ala-ala akauntan ye..
lepas tu jadi storkeeper juga..segala stok semua nak kena kira..dan semua dibuat tengah malam..
kalau buat sewaktu dua beradik tu belum tido..
kak ina asyik kata "canteknya...canteknya..nak baju cantek.."
dan baju cantek yang dia berkenan tu pulak bukan saiz dia..tak pengsan ke uminya..
sangat seronok juga bila kakak dan adik boleh dapat banyak baju dengan harga borong..
rezeki anak-anak kan..

ohh..lupa pulak pasal kedai online kami..
sambil-sambil meniaga offline, saya buat online juga..
macam tamak haloba sungguh..huuu
bukan apa..part time..partime..
sambil menyelam minum ayor..kate orang parit.

dah ada orang tanya-tanya..
sempat ke nak buat semua ni?
dengan status isteri,umi, orang gomen,student..nak meniaga pulak dah??
ala..kalau minat..suamai pon izin..InsyaAllah..
nak seribu daya..mau seribu cara..
hanya berdoa yang terbaik..
moga segala urusan dipermudah..
oppss..
terbebel panjang lebar sudah..
ini entry khas sempena pembukaan Trendyzs Shop
zs disitu adalah untuk Zahir dan Syikin..
fasa baru dalam hidup kami..
dan nak terus berangan lagi..moga angan-angan seterusnya jadi nyata jugak..



penutup bicara..
 lakaran kasar oleh orang kapal..
(^_^)

..dengan lafaz Bismillah..

6
COMMENTS




Assalamualaikum..

dengan lafaz Bismillah..

zahirian..dengan rasa rendah hati..

menjemput kalian ke Grand Opening kecil-kecilan..

sila klik gambar di bawah ye..




JOM SHOPPING!!